Happening sungguh la malam ramadan di Putrajaya ni. Ni kami pergi ni hari Jumaat malam. Hari yang saya hantar mee goreng kat anak-anak saudara. Ni jalan tengah Putrajaya ni. Tak boleh terus sebab jalan ditutup jadi kena belok ke kanan.
Ni berdekatan dengan padang yang luas kat Putrajaya ni berdekatan Masjid Besi. Kat sini dihias indah.
Kami duduk berdekatan dengan kolam air pancut.
Hubby beli kat takoyaki ni. Lama tak makan. Sedap.
Masjid Besi dihias indah. Masjid Besi ni namanya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Bagaikan bersinar malam hari di sini kerana disinari lampu yang cantik.
Close up atas pokok ada lampu ala ala lampu Turki digantung atas pokok.
Ini takoyakinya.
Ini pula air strawberry Yakult. Strawberry dari buah sebenar. Sedap rasanya masam-masam. Dania pun macam ni cumanya Yakult ditukar kepada susu. Rasa dia tak manis.
Saje saya cakap dengan hubby nak berjalan ke Bazaar kat kanopi putih tu. Lepas tu hubby kata jom la. Post selepas ni. Alang-alang dah tiba kan. Nak pergi siang hari berpuasa...malam pulak dah boleh makan. Tapi nya gigih berjalan juga walaupun kaki ni rasa berat je nak melangkah sebab letih berpuasa di siang hari. Rasa nak berehat ajer.
XOXO,
Ezna
Lama tak pi Putrajaya.
BalasPadamWaah cantik memang mesjidnya kak 😍😍. Sukaaaa, dihiasi banyak lampu begini. Bagus memang utk foto2. Strawberry Yakult itu pasti segar juga. Apalagi pakai buas asli
BalasPadami plak mlm2 bln ramadan memang zzz awal ezz ie right after tarawih...tp mlm ni dan esok mlm, i ada kelas online so tak leh zzz awal
BalasPadam