Khamis, Mac 20

Moreh di mana?

Ada sekali malam tu kami nak gi moreh la. Gi pun setelah hubby balik dari Surau. Saya dan Dania buat 8 rakaat je untuk terawih. Hubby lebih sikit. Mulanya ke Bangi Sentral. Ada kedai kecik2 macam ni. 

Ni jual Burger. 


Ni pula kedai kopi. Kat sini penuh. 


Sebelahnya baru ada tempat duduk. Settle duduk dah kat meja....bila hubby nak order sekali dah tak boleh order dah. 


Lepas tu lalu Elrah kat Bangi Sentral ni. Nampak berderet kereta mewah kat sini dan ternampak 1 kereta merah dengan plate number EL. Mungkin la owner Elrah tu. 


Kemudian kami ke Q Bistro Putrajaya yang confirm bukak. Bulan puasa ni buka jam 3pm - 6am keesokannya. Nak moreh boleh, iftar boleh dan sahur pun boleh. 

Masa sahur nak tapau lauk je kat sini. Telur ikan kami tapau sebab saya yang teringin. 


Ini saje nak tunjuk ala ala kobis yang saya masak tu. 


Ayam madu pun tapau 2 ketul. Tapi.....manisnya ayam madu ni. Tertumpah madu agaknya?. 😅


Sementara itu, saya teringin nak makan telur separuh masak. Ada juga roti canai telur goyang dan fries. Lain2 saya cuit la serba sikit. Sesekali moreh di luar sebab nak tapau lauk jugak. 


Alhamdulilah. 





XOXO,
Ezna

 

7 ulasan:

  1. mcm2 menu moreh bole mkn tu....kita moreh kt umh je...sedap tu telur ikan

    BalasPadam
  2. Aihhh..Roti canai telur goyang tu menarik =D

    BalasPadam
  3. meriah lah Bangi time puasa ni kan Ezna, anak kak ana duk BBB nak keluar pun jenuh hujung minggu jemmed melekat sana sini, itulah kemeriahannya.. sedap moreh tu :)

    BalasPadam
  4. SA plak teringin nak makan kari kambing..tapi tekak blom ok lagi...ingat nak masak sendiri tapi badan blom kuat sangat lagi...haih laaa.....beli je la kan...

    BalasPadam
  5. alhamdulillah. i sempatlah kuar moreh so far sekali jer dgn mr hubby dan razeen (kuar mkn colek kelate) kat area sri gombak

    BalasPadam
  6. Sayangnya dah tak boleh pesan di tempat pertama yaaa. Nasib baik ada yg buka lama.

    Istilah moreh ini makin sering saya dengar. Kemarin ada beberapa teman di bandung pakai istilah moreh saat menulis di IG nya. Ternyata dia tahu juga istilah itu Krn temennya yg dari Malaysia datang. 😄. Kalo kami sebutnya nongkrong🤭.

    BalasPadam
  7. Bulan puasa kali ini sempat sekali jer moreh di luar itu pun sebab kawan dgn wife dia dtg darii pahang...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...