Rabu, Mac 26

Kelas Bahasa Korea online | CALC UPM

Dania dah memlulakan kelas online untuk semester baru pada 17 Mac 2025 lagi. Semester baru ni Dania ambil Bahasa Korea pulak instead of Bahasa Turki. Ada seorang kawan yang sama-sama ambil Bahasa Turki Umum I dulu pun ada kat kelas Bahasa Korea ni. Rupanya budak ni yang Dania tanya jadual waktu Bahasa Turki dulu. Seorang je la sama kelas. Lain2 tu mungkin sambung Bahasa Turki Umum II. 


Kelas ni memang ramainya perempuan la. Mula kelas, lecturer suruh buka kamera sebab nak ambil gambar. Lepas tu baru la tutup kamera. 

Nampaknya ada beberapa kelas dah mula secara maya dan ada juga kelas yang akan bermula minggu hadapan. Ada juga lecturer yang suruh buat assignment dan hantar pada hari yang sama. Pada minggu raya 2 April 2025, ada seorang lecturer ni akan buat kelas online. Jadinya cuti raya tak lama pun. 

Moga dipermudah urusan Dania untuk kelas Bahasa Korea ni. Bahasa asing ni kalau bukan wajib kena ambik sebanyak 6 jam kredit memang tak ambik la. Baik fokus subjek program pengajian kan? Tapi...memang kena ambik....

Diantara bahasa yang ada kat UPM ni, Bahasa Perancis, Jepun, Jerman dan Cina orang kata susah. Bahasa Sepanyol orang kata senang juga. Bahasa Turki average sebab bunyi akan lain jika ada tanda kat atas huruf. Lecturer Turki ni memang baik la sebenarnya. Apa pun nak kena menghafal hurufnya tu. Bahasa Arab pula ada yang kata siapa dapat ustazah, garang pun ya....entah ya entah idak...bebudak ni citer. Selain tu ada juga Bahasa Tamil, Bahasa Myanmar dan Bahasa Thai





XOXO,
Ezna

11 ulasan:

  1. lps ni dania bole berckp korea la kalo jmpa retis korea fav dia Jungkook BTS :) all the best Dania utk kelas bahasa korea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha....berchenta nak jumpa JK tu Amuy. Hehehe. TQ Amy!

      Padam
    2. ***sorry typo Amy patutnya....

      Padam
  2. Balasan
    1. Ada. Orang kata lecturer yang mengajar pun orang Myanmar.

      Padam
  3. Saya kalo belajar bahasa asing, pasti pilih yg aksaranya sama macam kita. Biar tak pening sangat. Jadi kalo aksaranya dah berbeda, macam huruf Korea, hurup Mandarin dll, skip dulu 🤣🤣🤣.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Fanny...aksara Korea jauh berbeda. Susah juga nak faham tapi orang kata Bahasa Korea lagi senang dari Bahasa Jepun.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...