Sabtu, Mac 29

Juadah berbuka hari keduapuluh tiga

Juadah berbuka hari keduapuluh dua tak ada sebab saya berbuka kat luar yang Marrybrown tu. Makanya untuk hari ni saya buat daging masak Pah saya. 


Ada martabak. 


Daging masak Pah saya ni makan dengan acar timun dan nasi serai. 

Resipi Nasi Serai :

1. Blend 2 serai, 1 serai lagi diketuk
2. Blend juga 3 daun pandan, 2 daun pandai disimpul
3. Bawang merah dan bawang putih mayang halus
4. Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. (Rempah 4 sekawan). 
5. Mentega atau Marjerin atau Minyak sapi. Pilih la salah satu.
6. Beras ikut berapa pot kita nak buat dan siap basuh. 

Serai yang blend, 1 serai diketuk, air daun pandan blend (kita nak airnya sahaja. Hampas ketepikan), 2 daun pandan yang disimpul tu masukkan dalam periuk nasi. Perasakan dengan garam. Sementara itu, bawang merah dan bawang putih tu ditumis dengan mentega / marjerin / minyak sapi sehingga naik bau kemudian masukkan 4 sekawan. Dah naik bau semuanya transfer ke dalam periuk nasi. Tambah la air ikut sukatan beras tu. Masak la seperti biasa. Ada juga yang masukkan santan tapi saya tak masuk pun. Ini pun sedap jugak...Alhamdulilah. 

Inilah kejadian nasi serai tu. Wangi bila tengah masak tu sebab ada bau serai dan bau daun pandan. Nak makan dengan ayam masak merah pun kena jugak....


Oh ya ada karipap yang dalam tu ada telur jugak dan....roti Baghdad / Roti Khurasan / Roti Goreng. Kulit luarnya pakai kulit popia. Bila makan tu krup krap bunyinya. 


Hubby kata sedap nasi serai ni. Alhamdulilah....senyum la saya ya. Bulan puasa ni nasi lemak pandan, nasi ayam, nasi minyak dan nasi serai saya dah buat. Nasi apa lagi nak cuba....mungkin next nasi tomato pulak. Kena beli puri tomato la macam ni. 





XOXO,
Ezna

 

6 ulasan:

  1. Sedapnya nasi serai, terbau2 serai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bau wangi masa nasi tengah masak....alhamdulilah.

      Padam
  2. Sedapnyer juadah berbuka.
    Selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  3. Wah..x pernah plak tau ada nasi serai..mesti wangi je..yum yum

    BalasPadam
  4. Yakin sedap memang. Apalagi pakai serai. Saya sukaaa sangat wangi serai. Memang sedap. Dan bisa menambah napsu makan

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...