Ahad, Mac 30

Juadah berbuka hari keduapuluh sembilan

Alhamdulilah, juadah berbuka untuk hari ini ialah ayam bakar. Saya marinate dengan bawang putih, bawang merah, madu, ketumbar biji, serbuk kunyit, serbuk cili, sos tiram, serbuk lada putih, sedikit garam dan sos cili. Bila nak bakar dalam oven,...letak sikit minyak atas ayam. 


Bayam tumis. 


Ada stok daging lagi sebab nak makan dengan.......


Ketupat palas yang beli kat Putra Mart, UPM. 


Ada limau bali jugak. Hubby bawa dari kampung masa balik baru-baru ni....


Insya Allah selesai dah post juadah berbuka puasa kita untuk tahun 2025 ni. Kejap lagi tunggu pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja ya. Alhamdulilah tahun ini juga saya gigih memasak untuk berbuka. Pat on my back.....Yayyyy.....tak masak beriya tapi ada la....😊





XOXO,
Ezna

 

2 ulasan:

  1. Salam eidul fitri utk ezz & famili

    BalasPadam
  2. Ketupat Palas itu saya penasaran, blm pernah coba. 😍.

    THN ini saya juga happy, cuma sekali kluar utk berbuka puasa ❤️😁😁. THN lalu banyaaak sangat. Happy Krn pastinya lebih banyak menghemat biaya sebab makan di rumah

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...