Sabtu, Mac 22

Hantar mee buat anak2 saudara

Dah bercadang nak bagi anak2 saudara saya mee goreng daging ni kebetulan adik saya kena berbuka kat luar dengan bahagian tempat kerjanya. Adik ipar pula kerja luar kawasan. Tinggal la anak2 4 orang kat rumah. Siapkan 4 bekas mee goreng dengan 1 bekas daun salad. Anak2 saudara untuk adik saya lagi satu saya cuma pass duit kat ibunya untuk beli juadah berbuka. Anak2 saudara saya juga semuanya diberikan siap duit raya untuk dapat berkat hari jumaat di bulan Ramadan. Bersempena dengan Dania dapat good result juga. 💜

Simple mee goreng saya ni cuma ada daging, carrot dan telur je. Daun salad asing sebab ada anak saudara saya tak suka sayur. Carrot tu saya potong halus2 je. Mee pun tak pedas sangat. 


Siap dengan buah pisang lemak manis jugak. Bila google pisang lemak manis ni juga dikenali dengan nama pisang 40 hari. 


Keluar rumah pun dalam 5.30 petang macam tu. Alahai jam pulak sini. 


Dah tiba rumah adik dan pass ke anak sulungnya. Alhamdulilah. Dalam hati, mintak2 perjalanan balik smooth la. Adik ni duduk Cyberjaya. Dekat la jugak. Adik lagi satu duduk Kelana Jaya. Nak gi area sana petang jumaat. Berchenta la atas LDP tu. Tu yang kakak dia ni transfer duit je. Kakak dia tak sanggup nak redah jam area LDP tu. 😅


Ini pula pisang disedekahkan kat surau. Hubby pergi hantar sebelum berbuka. Hubby kata sebelum ni ada juga bawa pisang jenis ni ke surau kemudian laku sebab rasa dia memang manis dan lemak. 


Bila hubby balik lepas solat Maghrib tu, hubby kata pisang kami letak tu pun tinggal sikit je. Alhamdulilah. Masa saya dan Dania nak gi surau terawih, ternampak ada jiran saya membawa kuih muih dari surau dan eh eh ada pisang. Alhamdulilah. 

Sesekali berkongsi kegembiraan. 





XOXO,
Ezna

 

9 ulasan:

  1. wahhh ni pisang fav sy ni... kalau tahu sy dtg ke surau hahaha

    BalasPadam
  2. Pisang lemak manis di sini kecik kurus macam torpedo. Pisang apa pun memang suka.

    BalasPadam
  3. Nampak macam spageti akak punya mi goreng tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam gambar nampak macam ya spaghetti kan....tapi bukan....mee Numee Gardenia.

      Padam
  4. Saya juga suka pisang ini kak. Tp kami sebutnya pisang susu. Memang sedaap. Saya pun suka yg ini 😍😍

    BalasPadam
  5. alhamdulillah. happiness shared is happiness doubled

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah rezeki anak-anak buah Kak Ezna dah orang surau...
    Mana nak cari pisang tu Kak Ezna?..sedap pulak dok bayang hihi..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pukul 7 pagi makan sate

Berdua breakfast dengan hubby selepas hantar Dania ke Uni. Kami memilih untuk makan di Sate 7 pagi. Masa ni hari biasa tapi orang ramai juga...