Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, May 30

Wedding dan Open House | 21 Mei 2022

21 Mei 2022 baru-baru ini, kami dapat 3 jemputan. Tengahari : Wedding, Petang : Open house dan Malam : Family Gathering. In between nak pick up barang pulak kat Harvey Norman, Citta Mall. 

Ok....wedding ni memang tak jauh la dari rumah kami. Hanya kat dewan dalam PLPP, Bangi ni je. PLPP ni Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan OKU. Takde nak tempuh jam ni. Dekat ajer. Kami singgah lepas Zohor kat sini. Memang time makan tengahari la kan. Wedding ni anak lelaki imam kat surau rumah kami ni haa....beliau lecturer UIAM namanya Ustaz Mohd Noor. Saya ambil sikit ajer nasi tu sebab nanti nak singgah rumah open house pulak. Berpada-pada ajer la makannya. 


Dah habis makan, sebelum balik nak ambik gambar dengan pengantin pula. Segak, cantik dan sopan pengantinnya. 


Ini freestyle rasanya tapi sopan punya freestyle. 


Ini pula adalah rumah kedua. Open house kawan sekolah rendah Dania kat SK Bukit Jalil. Saya pun kenal ibu dan ayah Adriana ni. 

Dari kiri : Kabinesh, Arisya, Adriana
Duduk : Dania, Qaisara. 

Dania pernah sekelas dengan Kabinesh, Arisya dan Adriana masa Darjah 6 Bestari. Qaisara pula Dania kata pernah sekelas masa 3 Taubat kat Sekolah Rendah Agama Kinrara BK 5. Jumpa anak-anak ni memang mengimbau betul memori Dania masa sekolah rendah. Teringat balik suasana kat SKBJ dulu dengan cikgu2 semua. Sayangnya masa pergi tu cikgu2 yang datang dah balik sebab datang awal. Kawan Dania 2 orang pun dah balik awal jugak iaitu Aliff dan Iman Nazihah. 

Saya pun risik2 peperiksaan SPM mereka baru-baru ini....Matematik Tambahan macam mana, Kimia macam mana...hehe....ada diantara mereka ni nak ambil course IT, Veterinar, Kejururawatan, Kewangan/Perakaunan. Dania bila mereka tanya nak ambil bahagian apa?. Dania cuma cakap course berkaitan sains. Tak spesifik pun. Hehe. Tau je lah yang paling banyak bercakap ummi dia. ๐Ÿ˜†



Lagi gambar mereka semua. 


Kemain Kabinesh ye....lebar senyumannya. Ibu Kabinesh nama Sumathy. Tiba2 teringat cikgu Sumathy yang ajar Dania subjek Biologi. Cikgu Abdul Aziz yang ajar subjek Bahasa Malaysia panggil Kabinesh ni Kabhi Kushi Kabhi Gham sebab nama panggilan Kabinesh ni Kabi. Cakap pasal Bollywood ni...Kabi ni pernah bergambar dengan Abhishek Bachchan masa bercuti ke India. Kebetulan sama hotel pulak tu. Wahhhh suami kepada Aisywarya Rai lah dan anak kepada aktor veteran Amitabh Bachchan. Katanya mereka ke sana untuk meminta restu keputusan UPSR Kabinesh. Ingat lagi masa keputusan diumumkan...cikgu Abdul Aziz yang bagi tahu Kabi bergambar dengan Abhishek Bachchan dan tak dapat hadir kat majlis pengumuman keputusan UPSR kerana berada di India. Ingatkan cikgu buat lawak...rupa-rupanya memang betul. Kabinesh masa tu mendapat keputusan 6A untuk UPSR. 



Kalau nak tahu....belakang yang kecik tu adik Adriana namanya Ariff. Atas Ariff ada abang dia nama Ammar tapi Ammar dah pergi tinggalkan mereka. Agaknya tengah main-main dalam syurga yang indah tu. Masa nak melintas jalan, Ammar dilanggar oleh van sekolah yang menghantarnya pulang. Ada info mengatakan yang beliau kata melanggar bumper (bonggol jalan)....takkan la lalu jalan tu selalu tak tahu bumper kat mana kan?. Saya, hubby dan Dania ada pergi Hospital Serdang masa tu untuk ke area Post Mortem. Kami datang sebab nak bagi semangat. I remember mak Adriana nama Adzlina kata kat saya....Ezna...anak aku dah takde....๐Ÿ˜” masa saya peluk dia. 

Saya pun ada pergi masa pengkebumian anak syurga ni memang dekat sangat dengan tempat saya kat UPM tu. Kebetulan masa tu Dania sekolah petang jadi saya singgah sehingga jenazah dibawa ke perkuburan. Saya tak ikut masa ke kubur sebab masa tu petang juga dan nak ambik Dania kat sekolah. Saya selalu akan tiba kat sekolah awal sebelum Dania keluar. Nak tunggu Post Mortem dari hospital pun ambil masa. Masa tu la saya berjumpa dengan beberapa ibu dan cikgu-cikgu sekolah SK Bukit Jalil dulu dan kiranya macam mini reunion pula masa tu. Bagus betul nak bagi semangat kat kawan saya Adzlina ni. 

Maaf saya throwback pula...

Saya harap mereka semua ni berjaya dalam mendapat tempat kat mana2 tempat pengajian yang menjadi idaman mereka dengan course yang mereka minat. Mana tahu ada yang sama tempat pengajian dengan Dania ye tak?. 

Hubby dengan ayah Adriana nama Azrai. 


Mari kita bergambar dengan props ni. Hehe....sebelum balik bergambar dengan tuan rumah. Entah bila nak jumpa lagi. Terima kasih Adzlina dan Azrai. 

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi. 


Lepas balik dari rumah ni, kami slot kan pula aktiviti nak ambil barang kat Harvey Norman Citta Mall. 

Nak tahu saya pick up apa?

Saya pick up yang ini. Travel Adapter Skoot. Tak kisah la nak travel ke tak nak travel ke saya nak beli juga sebab saya tahu akan guna juga nanti. Harga universal travel adapter ni mana ada yang murah-murah ya. Saya pernah tanya kat Travel For All....harganya RM70 tu. Bila nampak RM30 tu mata saya jadi bulat, tangan ni pun nak click beli je. ๐Ÿ˜†. Over sungguh kan?. Pantang nampak item clearance yang boleh kita guna macam ni saya mesti nak beli. Berguna nanti in future. Pulak tu pick up stock hanya ada di Harvey Norman Citta Mall. Kat tempat lain dah habis stok. Nak tak nak kena pilih Harvey Norman Citta Mall la kan. Sebelum pick up test la dulu item ni. Alhamdulilah boleh je supply electricity so ok lah. 

Saya suka sebab nampak kemas sebab didatangkan dengan bekas warna hitam tu jadi selamat sikit adapter ni ada tempat simpan dia. 


Dah pick up baru lena tidur. ๐Ÿ˜‚ tapi....jalan nak ke sini punya la jam ya amat. Kami ke sini dari Serdang rumah Adriana tu. Nak balik pun sama. Dah la malam ni ada lagi satu gathering. Saya dah post earlier ceritanya. Boleh click SINI




XOXO,

Ezna

9 comments:

  1. Alhamdulillah. We are now in endamic phrase. Skrang boley lah kita buat and attend majlis2. Rasa sronok kan dapt gather dgn member2 yg kita dah lama x jumpa sejak pandemic hari tu.

    ReplyDelete
  2. sejak pkp ..lama dh tk pi wedding..br2 ni ada jemputan tp tk sihat plak

    ReplyDelete
  3. Woow ...congrats on the travel skooter, so cute and nice to ride on it kan. Absolutely suits for female rider. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. memang banyak wedding dan open hause lately. Memang best terutamanya lepas PKP ini. Harap tak ada lagi pandemik macam covid lagi lepas ni.

    ReplyDelete
  5. simple dan suwittt jer pengantin dia... seronok bila tgk anak2 join gathering dengan rakan2 lama kan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah bila ada majlis macam ni dapat mengeratkan lagi hubungan dan dalam masa yang sama dapat bertemu teman yang lama tak jumpa

    ReplyDelete
  7. Wah meriah nyer event wedding ni together with open house. I like the decorations too

    ReplyDelete
  8. love to see all happy faces at the kenduri. Enjoy fam and friends time ya

    ReplyDelete
  9. seronok sangat seharian dapat attend macam-macam majlis dan kuatkan tali silaturrahim. travel adapter tu best lah. nak beli jugak

    ReplyDelete