Khamis, Mei 19

Memori indah hari jadi | 17 Mei 2022

17 Mei 2022, saya bertambah 1 tahun lagi usia. Alhamdulilah jantung ini masih berdetak, nafas ini masih berhembus. Actually ikutkan saya tak nak pun kek ni tapi suami beria nak belikan kek. Hari jadi saya jatuh pada hari selasa di mana hari ahad sebelum tu ada beli cup cake dari Wondermilk. Ingat nak cupcake tu je buat kek birthday. 

Bila hubby dah beria ok lah, saya kata nak kek kat rumah kuah kak zu. Memang kek kat sini sedap. Dah berapa kali beli. 


Kek Victoria Sandwich ni menjadi pilihan saya sebab hubby dan Dania pun suka. Beli yang petite ajer. Boleh la share 3 orang ni haa...lepas tu sendiri suruh tulis ucapan kat kek. Hehe...Bukan beli kek ni ajer ada beli kuih cucur badak, cream horn, cheesekut dan naked victoria sandwich cake. Tudia....borong pulak... 


Hari ni pun kebetulan kami sekeluarga berpuasa jadi hubby suggest nak berbuka kat luar. Berbuka kat luar ni tempat ni sangat memainkan peranan. Saya suka tempat yang dekat ajer. De.Wan 1958 by Chef Wan kat dalam Hotel Bangi Resort. Pun dah order makanan untuk berbuka siap-siap. De.Wan kata kalau nak cancel, 2 jam sebelum dan pembayaran pula bayar terus kat situ. Tak payah online transfer.

Ni Dania tangkap gambar ummi. Dania kata muka ummi macam eksyen je. 😆


Makanan yang pertama tiba tapi tengok je la ye. Rempeyek ni complimentary je ni sementara makanan berat siap tapi dah kami berpuasa. Tengok ajer la. 😅


Ambik gambar kedua cinta hati saya la. 


Cucur udang tiba. Dia goreng besar macam ni. Nak makan kena ambik sikit2 la. Rangup sangat. Portion dia punya besar sampai kena tapau lagi. 


Ayam masak merah Chef Wan ni sedap. 


Sayur brokoli ni pun sedap. Dania memang suka brokoli. Hubby dan saya pun makan sayur jugak.


Ini sup tulang. Pun not bad rasanya. 


Unik pula bila cakoi disediakan untuk cicah sup tulang yang pekat ini. 


Cantik tisu ni pun. 


Nasi kami request 5 minit sebelum 7.20 malam. Kami ambil gambar dulu sebelum berbuka. Ada gambar Chef Wan tu ha...


Selfie. 


Lagi gambar kami....baju saya pakai tu puff sleeves jadi nampak besar sangat lengan saya...haisshhh


Seronok anak ummi dapat berbuka kat luar ya?. Gambar ni pun dia komen kenapa senget tudungnya. Haishhh jenuh la ummi nak melayan. 


Cantik pulak hiasan bunga kat meja ni. Saya tengok, setiap meja ada hiasan bunga. Nampak manis je kalau letak kat meja.


Ada 3 jenis nasi yang boleh kita pilih. Nasi putih, nasi telur terengganu udang kering (sedap juga) dan nasi lemuni. Nasi lemuni tu yang warna gelap sikit tu. Nasi ni free flow ye. Nak tambah banyak mana pun boleh. Selain daripada itu air putih juga free flow. 


Air teh lemon hangat untuk saya. 


Ni masa kami dah habis makan dah ni. Tiba-tiba jeng jeng datang mereka ni menyanyi lagu happy birthday dengan iringan gitar akustik. Ada 5-6 orang juga. Meja belakang kami pun join menyanyi dengan 2 anak kecilnya. Segan jugak tapi happy dalam pada masa yang sama. 


Saya tiup lilin brownies ni. Saya diberi pilihan coklat atau cheese. Saya pilih coklat. Masa tu person in charge yang nama John tak bagi tahu apa2. Dia suruh saya pilih je. Rasa dihargai sangat la pulak. Saya rasa ekstra ni yang ditawarkan oleh De.Wan 1958 by Chef Wan ni dapat memberi value added pada jenama De.Wan 1958 by Chef Wan itu sendiri. Boleh buat customer happy kan?. 

Inilah memori yang saya akan kenang sehingga akhir hayat. Terima kasih hubby, Dania dan De.Wan 1958 by Chef Wan. Servis terbaik. 💪. Hadiah dari hubby dah dapat tapi ada hadiah yang tak tiba lagi...hehe. hadiah dari adik2 pun tak dapat lagi. Belum berkesempatan jumpa adik2 lagi. Apa pun 'The thought that counts'.



XOXO,
Ezna

8 ulasan:

  1. sgt2 sweet celebration tu...memories to be cherished indeed. happy birthday dear ezz! lama betul kita ber4 tak get together kan....rindu uolls

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you my dear. Betul. Lama sangat tak berjumpa ber-4. Jom kita plan...

      Padam
  2. happy birthday ezna...tringin gk nk try mkn kt cafe chef wan..tk try2 lg....staff depa record la yg masa nyanyi2 tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah. Bila kita pun sibuk nak record, dia kata tak payah Puan..ada yg record. Nanti saya bagi Puan. Elok je selesai semua, video pun masuk kat whatsapp. Rasa macam sweet la pulak. Hehe

      Padam
  3. What a lovely celebration you had, I guess in the end time spent to creqate such great memories is really worth it.

    BalasPadam
  4. Best nyaaaa staff dia pon baik je. Siap rekod ye. Happy birthday sis.. moga panjang umur dan murah rezeki selalu

    BalasPadam
  5. Such a sweet celebration on your birthday. Happy Birthday Ezna, moga sentiasa dimurahkan rezki.

    BalasPadam
  6. A very happy birthday to you, Ezna! Seems like you celebrated this special day with a lot of delicious and amazing food!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...