Rabu, Mei 18

Beriadah bersama flora | Taman Canseri Presint Diplomatik

Ini part of my practice juga ni ambil gambar. Beriadah sambil bawa kamera. Taman kat Putrajaya ni memang banyak. Taman Canseri ni paling dekat dengan rumah. Masa briskwalk ni saya ambil gambar pokok kemboja ni. Bunga kemboja ni berwarna merah jambu. Ada juga percikan jingga di dalamnya. Ni exactly warna bunga kemboja kat rumah saya. 


Sesambil keliling taman ni. Ada sekali tu saya nak ambik gambar seekor burung yang cantik tapi terbang pulak kat pokok. Ekor dia panjang dan burung tu berwarna biru dan hitam. Penyudahnya gambar saya jer la...😁


Sambil jalan sambil ambil gambar...
Boleh nampak tekstur kat pokok ni. Hello little one....baru nak menjengah dunia tunas baharu ni. 


Cantik daun ni ada 3 warna. Hijau, putih dan merah jambu. 


Tangga ni macam tangga kat rumah orang melaka kan?. 


Bunga ni kan dulu masa saya kecik, ada banyak kat keliling rumah Pah saya. Saya akan ambik warna jingga tu dan letak kat kuku jadi macam inai. Teringat la pulak masa kecik-kecik dulu. 


Bunga kemboja lagi....kat taman canseri ni memang banyak pokok kemboja ni. 


Dania layan naik basikal. Kat sini jarang sangat ada kereta jadi kalau nak naik basikal tu tenang ajer cuma kawasannya berbukit. Ayah Dania dah kemana jogging tu. 


Bunga kertas. 


Ni tak tahu pokok apa tapi ada di jalan berdekatan Taman Canseri. Bukan hanya ada bunga ini sahaja tetapi....


ada juga buahnya. 


Ni saya ambik gambar sarang semut. Ada banyak semut hitam besar kat sini tapi tak nampak. Kena beli lense yang boleh zoom lagi baru nampak. 


Dania dah tak larat nak naik basikal dah. Tengah tunggu ayah ni tiba...
 

Rupanya ayah dia cerita dok jogging area rumah banglo tinggal kat sini. 2 kali lalu jalan sama yang akan lalu tepi rumah tu walaupun ikut 2 jalan yang berlainan. Entah la....kali ketiga tu hubby decide ikut jalan besar terus. Misteri pulak rasanya....Berdekatan dengan banglo tinggal ni la hubby pernah terhidu bau wangi masa jogging sebelum ni. Kat sini memang banyak lot rumah untuk negara luar. Pernah nampak Brunei, Iran dan lain-lain. Mungkin nak dijadikan rumah kedutaan tapi entah macamana tak jadi. Rumah yang saya kata rumah tinggal tu rumah atas bukit, kawasan sekelilingnya dah ditumbuhi lalang yang tinggi. Kalau lalu tepi tu memang menyeramkan. 

Ni kawasan tepi rumah tu. Bawah ni semua hari lain kami beriadah kat sini. 


Haa ni rumah banglo tinggal atas bukit. Sayang pulak dah bina secantik ini kemudian jadi rumah tinggal pulak. Seram ke tak?. Cat sekeliling tembok ni pun dah nampak suram je. 


Kawasan sini memang sunyi tapi sesekali kalau jogging sini mungkin jumpa mereka yang jogging juga. Saya pernah berbasikal kat sini seorang diri. Tiba je sebelah rumah ni tak berhenti dah...terus pecut. Next time tak nak la jogging ke berbasikal kat tepi rumah ni....


Kalau naik atas sikit area Presint Diplomatik ni kat atas ni boleh nampak view Putrajaya. 


Haa ni rumah banglo besar negara mana saya kurang pasti tapi viewnya sangat cantik. Mungkin juga negara arab kalau tengok senibinanya tu. 


Dania dengan view hijau kat belakang ni. 


Siapa yang pernah lalu tepi rumah tinggal kat Presint Diplomatik, Putrajaya?. 




XOXO,
Ezna

3 ulasan:

  1. putrajaya memang tenang dan kurang orang , sesuai nak beriadah. tak pernah sampai sini lagi. cantik lah banglo putih dengan reka bentuk macam rumah di timur tengah.

    BalasPadam
  2. wah seronoknya beriadah :) dah lama tak pergi putrajaya, bolehlah nnti singgah ke sana :)

    BalasPadam
  3. wah seronoknya beriadah :) dah lama tak pergi putrajaya, bolehlah nnti singgah ke sana :)

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lamanya nak tunggu buku Teme Abdullah

Lama betul nak tunggu buku dari Iman Publication pembelian dari My Siswa Place. Akhirnya dapat juga akhirnya setelah order dari 1 November 2...