Awas...entry ni banyak gambar. Hehe. Sebenarnya hari ni ajer ada 3 jemputan. Ini jemputan terakhir pada 21 Mei 2022. Saya cerita yang ini dululah sebab jemputan makan-makan adik beradik. Ada adik yang nak belanja kat Meat Point Steakhouse di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Adik kata Meat Point ni sedap berbanding dekat Menate. Ini adik yang kata ya.
Bertolak la saya dari rumah lepas Maghrib dan tiba kat sana jam 9.14 malam. Makanan dah saya order dulu dengan adik. Dia kata nak makan apa pun boleh, main course?, dessert?, air?. Jadi apa yang dihajatkan saya whatsapp dulu kat adik.
Tengah tunggu order datang jadi ambik gambar dulu lah.
Suruh staff ambik gambar. Ada yang senget, ada yang tak berapa nak sharp. Mungkin sebab ramai sangat orang makan kat sini. Saya tak tahu pun yang Meat Point ni 2 tingkat. Ingat 1 tingkat ajer. Kat atas sahaja macam 2 kedai. Meja yang adik booking untuk 14 orang. Missing seorang anak saudara saya kat MRSM.
Lagi gambar....
Bila makanan dah tiba, gambar makanan pulak. Fish & Chips.
Lamb Rack dengan signature gravy dengan sos lada hitam dan side seperti sayur sayuran, kentang lecek Sedap kentang lecek, sos dan lamb rack dia. Secukup rasa.
Grass fed Ribeye ni special sikit sebab ternakan ini hanya makan rumput khas agaknya.
Aglio Olio anak saudara. Biar Aunty Ena ambik gambar dulu ye?.
Dania makan spaghetti carbonara dengan cendawan.
Ini pula Grain Fed Sirloin. Ternakan yang hanya diberi makanan dari bijirin.
Tadi gambar dari arah sana. Kali ni photographer belah sini pulak. Ada request dari adik la pulak. Layankan ajer.
Tadi, anak saudara pandang kamera. Kali ni anak saudara yang dua kat depan dah tak pandang la. Hehe...pening banyak nau Aunty Ena ambik gambar. 😂
Saya nak ambik gambar straw ni yang lepas kita sedut minuman, kita boleh makan dia. Dah tak adalah penggunaan plastik lagi.
Staff yang bernama 'small' ada beri kami complimentary roti dengan butter lurpak, aiskrim dan juga print gambar untuk gambar ramai2. Wahhh terbaik la 'small'. Nama gelaran ajer ni tapi dia memang 'small'.
Gambar depan Meat Point suruh staff bernama Kimberly tolong ambik.Risau jugak tu sebab dia berdiri tengah jalan.
Kali ni freestyle pulak. Bila saya jerit freestyle...haaa macam2 gaya keluar.
Walaupun penat sebab ada 3 undangan, pergi juga sini. Dah la jalan hari ni kebetulan jam ya amat. Hairan sungguh la. Ada adik seorang tu pulak ada praktikal kursus haji dari pagi sampai jam 6 petang. Lepas tu nak ke sini pulak. Maknanya allah bagi rezeki untuk berjumpa semuanya di sini walaupun masing-masing ada hal masing-masing.
Terima kasih buat adik yang belanja....berapa la agaknya total bill tu ye?...Moga murah rezeki ya adik!. Dia kata gathering ni lovely dan lively. Ye lah kecoh sikit la ramai-ramai ni dengan order yang macam2. 😅. Ada juga sesi bagi hadiah untuk birthday bulan Mei. Errr saya la tu. Untung kan?. Bukan saya ajer yang dapat adik lagi seorang pun dapat sebab beza saya dan dia 3 hari ajer. Adik yang lahir bulan Disember tu, asal bulan Mei je dia sediakan 2 set hadiah. Belah suaminya pun adik ipar dan kakak ipar pun bulan Mei. Tudiaaa.....Hehe....
Moga banyak lagi gathering in future...insya allah.
XOXO,
Ezna
bestnya dpt gather ramai2 :) i tumpang hepi :) famous tempat ni...ari tu nampak my adik nizar and my sil aimi pun celebrate besday (their son) kat sini
BalasPadamYe ke?...Bab famous tu I tak tahu tapi yang I tahu sedap food dia kat sini. I pernah datang dulu masa Dania sekolah rendah. Ni kiranya kali kedua I datang. Nak kata dekat sangat dgn rumah I tak la....jauh juga.
PadamNampak so yummy all the food especially steak tu😍
BalasPadam