Pada tarikh kami pergi Restoran Mohd Chan ni ialah pada 23 Mei 2022. Pada tarikh ini kami sekeluarga hari last berpuasa. Alhamdulilah. Ikutkan saya malas nak berbuka kat luar. Nak masak ajer tapi hubby ajak berbuka kat luar nak celebrate sempena dah 'Raya'. Excited la tu. Hehe. Saya dan Dania dah selesai puasa ganti dan hubby pula puasa enam Syawal. Saya tahu ada orang lain yang dah selesai awal daripada kami pun. Bagi saya, selesaikan puasa ganti ni awal2 sementara perut kita ni dah terbiasa tahan berpuasa.
Hubby dah siap-siap booking tempat untuk 3 orang dan order juga siap-siap supaya bila kami datang tu makanan dah sedia. Masa ni saya dan Dania dah turun kereta sementara hubby mencari parking. Macam banyak juga kereta kat sini.
Duduk kejap, order pun sampai.
Ni nasi ayam pilihan saya.
Wantan noodle soup ni pilihan Dania. Sedap juga ni. Memang favourite Dania kalau pergi sini.
Nasi dengan daging blackpepper ni pula pilihan hubby. Saya merasa semua sedikit. Hehe.
Pau pun sedap. Kalau datang sini, Dania suka makan pau kaya. Saya order pau emas tapi takde pulak pau emasnya jadi saya pun order pau kaya. Pau emas tu macam custard pao juga. Hubby pula suka pau kacang.
Kat tepi meja kami duduk ni ada parking Mr Robot.
Kalau nak order kat Restoran Mohd Chan, Putrajaya ni nak kena order macam ni. Tak sure pulak Mohd Chan kat tempat anda...
Excited sebab apa?. Kena deal pulak dengan robot si pembawa makanan. Panik juga kena click apa kalau nak bagi dia jalan balik. Hehehe. Kami tengok orang belakang buat macamana. Rupanya bila kita ambil makanan tu kena click ok kat screen Mr. Robot. Masa Mr. Robot datang bawa makanan tu kebetulan staff Mohd Chan hantar pau lalu menghadang jalan Mr. Robot. Mr. Robot pun cakap ' I know you are obsessed with me but I am busy' . Amboi....ek Mr Robot ni noh?. 😂. Pulak tu kalau Mr. Robot tu datang mesti ada muzik lembut kat halwa telinga kita. Saya dengar macam muzik orang kahwin kat taman je (garden wedding). Haaa...kalau dengar macam tu tahu la kehadiran Mr. Robot berhampiran kita.
Makanan dah tiba depan mata tapi tak boleh makan lagi jadi kita ambik gambar 'kita' dulu. Tertelan air liur tengok makanan depan mata. Sabar je ni...
Ambil gambar lagi satu. Ada orang tak bersedia la tadi.
Alhamdulilah...selesai sudah puasa kami ini. Solat pula balik rumah ajer sebab dekat. Tu yang saya suka makan dekat dengan rumah ni. Boleh save masa kan...tak payah kelam kabut.
****Tarikh saya schedule post ni pun (31 Mei 2022) akan ada benda excited untuk kami bertiga. Doakan yang baik-baik ya?. Kena juga la dengan post ni tajuk excited...😍
XOXO,
Ezna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.