Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, May 24

View di Tasik Putrajaya | Berdekatan Umai Cafe

Dah lama tak makan kat Umai Cafe, jadi kami pun makan la kat sini. Kami makan petang je pun. Ada order jemput pisang dan cucur udang. Gambar terlupa nak ambik boleh?. Dah lama tak makan sini sampai menikmati makanan sini sehingga lupa nak ambik gambar. Tau tau dah habis makan. Hehe ๐Ÿ˜…. Orang pun tak ramai. Mungkin masih beraya lagi. 

Sepanjang tiang kat sini ada digantung pokok bunga macam ni. Meriah nampaknya. Cukup baja la ni.


Dari Umai Cafe, boleh jalan kaki menuju ke masjid besi ikut jalan tepi tasik ni. Kat tepi tasik ni ada pulak tumbuhan panjang2 macam lalang ni kat dalam tasik. Hubby pula jogging kat sini. Saya dan Dania ambik own sweet time jalan-jalan kat tepi tasik ni. Berpeluh juga la. 


Belah sini pulak boleh nampak Monumen Alaf Baru. Dulu kat sini ada belon udara panas yang tak terbang pun cuma kat tempat tu je. Ada kabel kat bawah supaya belon tak terbang. Dah design macam tu. Pernah la naik Skyrides tu. Sekarang dah takde. Tiket pulak masa tu untuk dewasa RM45/pax. Memang mahal. 


Close up sikit gambar monumen alaf baru yang berbentuk tajam ni. 


Pembinaan di tasik seberang sana. Ini gambar silhouttes. Saya tak tukar setting. 


Tempat yang sama cuma saya tukar setting kat kamera ni jadi cerah kat belakang. 


Gambar pokok besar tepi tasik. 


Gambar ni Dania yang snap. Kalau lense yang boleh zoom lebih tu mesti cantik nampak clear gambar bulan ni. 


Gambar ni saya tertekan tapi Dania kata dia suka gambar ni. 


Dania nak jadi ejen 007 tapi malu-malu. 


Patut la Masjid ni dipanggil Masjid Besi sebab banyak binaan besi. Nama sebenarnya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. 


Dania sibuk suruh ummi ambik gambar kucing ni. Agaknya kucing ni takut terus lari. ๐Ÿ˜†


Berdekatan dengan Umai Cafe ni pun ada food truck yang diberi nama Hotspot @ Presint 2. Tak pernah lagi try makan kat sini. 


Kat Putrajaya ni memang bandar terancang. Suka pergi kat sini sebab tak jauh pun dari rumah. Cumanya kadang sekarang ni Putrajaya dah agak packed. Banyak kereta. Jangan la nak ke Putrajaya masa peak hours orang kerja tu. Memang saje nak cari jam. 

14 comments:

  1. Putrajaya pun dah jam ye? T
    Selalu dengar Umai Cafe ni tapi belum pernah sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dah jam dah. Tengahari jam, pagi jam, nak balik kerja jam....aduhhh stress sungguh. Dulu2 tenang je kalau nak ke Putrajaya. Haa lagi satu kalau ada event kat Putrajaya. Memang jam.

      Delete
  2. wahhh cantiknya views! suka tgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. View tepi tasik ni memang menenangkan. Saya pun suka.

      Delete
  3. i suka ronda2 putrajaya sbb cantik dan luas...biasanya weolls gi mkn2 kat Ayer8 tu hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tempat boleh ronda you. You dah pergi Taman Saujana Hijau Putrajaya?. Kalau buat picnic kat situ mestu cun ambik gambar.

      Delete
  4. Cantiknya view. Nanti boleh lah ajak adek lepak sini. Asyik lepak IOI Putrajaya je.lepak outdoor pulak hehe

    ReplyDelete
  5. Hehehe port lepak dolu2 ni. Rindu nak duk sana lagi. Best, lepas tu rasa macam safe sikit dr tempat lain hehhee tak tahu lah kenapa fafa rasa macam tu

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak berjalan ke Putrajaya nih walaupun dekat je nak pergi. Nanti mungkin boleh consider jalan2 atau berbasikal kat sekitar tasik Putrajaya. Tq share :)

    ReplyDelete
  7. canteknyaa tempat ni... sesuai untuk berOOTD.. boleh famili i datang sini hehehe

    ReplyDelete
  8. Dah lama teringin nak jengjalan kat sini tapi asyik tertangguh je. Dok tengok je gambar cecantik. One find day nak jugak jalan -jalan sini nanti. Memang cantik gambar awak!

    ReplyDelete
  9. very nice view indeed! Can try out Umai Cafe next time I dekat Putrajaya and OOTD

    ReplyDelete
  10. Ohhw owo....all the pictures so so nicely captured, didn't know Putrajaya so pretty, got to pay a visit as long time didn't go there. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  11. Ni bukan tepi pantai buatan manusia kat tepi Tasik Putrajaya ker huhuhuhu.... Dah lama tak jalan2 sini dulu meriah waktu malam orang riadah sekarang tak pasti lak kan....

    ReplyDelete