Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, May 23

Terasa bagai cafe Inggeris di luar negara | The Teapot Deli, Shah Alam

Saya memilih untuk collect barang kat Decathlon, Shah Alam. Tak nak delivery takut lambat sampai. Tak ada Decathlon yang berdekatan dengan rumah. Alang-alang dah sampai Shah Alam, kami lunch di The Teapot Deli yang terletak di SACC Mall. Cafe ni kepunyaan ibu mertua kepada kawan sekolah rendah saya. Tak sangka la pulak sebab cafe ni memang diantara cafe yang saya dan family akan pergi makan kalau ke Shah Alam. Pernah juga bergambar dengan ibu mertua kawan saya tu dulu. 


Saya order chicken pie ni. 


Dalam chicken pie ni. Sedap sangat. Sos dia pun sedap. Dania kata sedap. Dia pun makan juga chicken pie ummi kemudian bila nampak banyak chicken pie dia dah makan, dia tak mintak lagi tapi ibu tetap ibu kan....saya cakap la haa ni last...lain ummi punya....Dania pun makan...lepas tu saya suap lagi kata ok last....berapa banyak last la....Akhirnya kita bagi makan lebih kat anak. Terasa kenyang kita pun walau makan tak banyak. 


Mee ni pula hubby yang punya. Saya merasa juga. Pun sedap. Dalam menu tu yang saya selalu makan dah tak ada dah. Nasi goreng dengan ayam. 


Dania makan spaghetti bolognaise.


Victoria Sandwich Cake. Kami memang cukup suka butter cake jenis ni. Dalam tu dilapisi kompot sos strawberi. Nak order scones tapi dah order kek ni. Oh ya...kat sini pun ada scones juga. Selalunya jam 3 petang ke atas baru ada. 


Ni saya nak tunjukkan @sayabukanplastik. Nampak straw ni macam plastik tapi rupanya daripada kertas. 


Menu kat sini. 


Gambar ni sebenarnya diambil secara tak sengaja terclick touch screen. Hehe..
Belakang Dania tu dihiasi pinggan kat dinding dengan bentuk teko. Nama tempat ni pun 'The Teapot Deli'. 


Lepas makan baru ke Decathlon. Tak jauh pun dari SACC Mall tu tapi disebabkan ada pembinaan LRT 3 (Ni ke LRT yang menghubungkan ke Kota Damansara?)  dan jalan pun sehala kena la pusing jauh sikit. Ambik barang kat Click & Collect Decathlon ni. Takde orang pun beratur kat kaunter ni. Smooth ajer. 


Haa ni dia picnic blanket yang saya order. Boleh muat untuk 4 orang duduk. Sesuai la untuk keluarga kecik macam saya ni. 

***Gambar picnic blanket ini diambil dari website Decathlon. 


Boleh digulung macam ni untuk jimat space. Harganya RM39. Ia kalis air. Jadi kalau hampar kat rumput tu takde la menyerap air kan. Kita pun rasa kering la. Jom...nak picnic kat mana ni?. 


Itulah kisah kami. Kadang selitkan juga nak pergi tempat yang berdekatan. Alang alang dah sampai ke tempat tu kan. Kalau saje-saje nak pergi tempat tu memang tak la kan sebab bukannya dekat dari rumah pun. 



XOXO,
Ezna

24 comments:

  1. Replies
    1. Beli la Suzz. Harga pun berbaloi sangat.

      Delete
  2. dah lama da tak turun sacc..wahh kene pegi ni tgk menarik

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kalau ikut tekak memang saya suka rasanya.

      Delete
  4. Oh wow... love this vibes and the ambiance of this cafe. You make me wanna dine here. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. lama tk pegi SACC mall..pernh tgk cafe ni tp tk pernh singgah lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka makan kat sini kalau turun Shah Alam. Try la nanti.

      Delete
  6. i jarang ke sacc mall... nampak menarik nanti bolehlah singgah kafe tu heheh

    ReplyDelete
  7. dah lama tak jalan-jalan sacc, tak tau pun ada cafe ni, nanti boleh try, mee dia nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee dia sedap....ada rasa sikit yang hubby makan ni....

      Delete
  8. First time tengok chicken pie ada sos. Kalau ke area selangor suka pegi decathlon shah alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ada sos juga. Sos dia pun sedap. Oh suka singgah Decathlon sini ye?. Saya pun suka sebab luas juga.

      Delete
  9. Suka Victoria Sandwich Cake tu npk sedap, jrg pg sana sbb jauh

    ReplyDelete
  10. Lamanya tak menyinggah ke SACC. Dulu teringat buka booth kat situ. Eh teringin plak nak beli picnic mat tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...kenangan Rawlins la ni. Beli la picnic mat tu. Bole picnic dengan gang.

      Delete
  11. Ok best juga, i pun suka their simple decor dan makanan nampak sedap

    ReplyDelete
  12. Wowo...bestny this picnic mat to own, it's pretty & convenient to bring with gulung it up. Thanks for sharing this. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. Kekadang weekend kita jengjalan kat SACC sementara tunggu anak habis training menembak kat Subang. Pasni nak try cafe ni laaa .. nampak selesa

    ReplyDelete
  14. wow i didn't know we can find a full-on British-concept dining place right here at shah alam. the menu is very interesting and i am very tempted to give it a try with my family! thanks for introducing this magical place!

    ReplyDelete