Selasa, Mei 17

Hari ibu di Digital Mall PJ dan Serai, Jaya Supermarket

Ada misi la nak pergi ke Digital Mall, PJ ni sebab nak cari SD Card untuk kamera kereta, SD Card untuk kamera saya dan bateri spare untuk kamera saya. Tersinggah di TS Camera ni. Rupanya authorised dealer untuk Canon Malaysia. Pun ada jual kamera Canon EOS M200. Jadi kami beli SD Card, bateri spare kamera dan filter cover untuk melindungi lense kamera. Filter cover tu takde dalam list nak beli tapi terbeli juga sebab harga kat sini dia boleh turunkan sikit. 


Close up yang serve kami tu. Ok lah kan boleh bagi harga rendah sikit.  


Masa ni tengah menunggu dia cari bateri spare. Saya DSLR sebelum ni pun ada juga bateri spare sebab senang kalau yang first tu habis ada la bateri lebih kan. Tak syok la bateri habis dah tak boleh ambil gambar kenangan. Nak nak time bercuti kat tempat yang pertama kali kita pergi. 


Ni la yang saya beli tu, bateri dan USB Card 64gb. Boleh ambik 2000++ gambar. Filter pulak dah masukkan kat kamera dah. 


Masa nak pergi ke parking, kami parking dalam Jaya Supermarket. Lalu la kat Serai ni. Hubby kata makan tengahari kat sini. Yayyyy tak payah masak. Hehe. Saya pun memang selalu masak ye. Sesekali dapat cuti tu dan dapat pulak makan yang orang lain masak lagi saya suka. 



Dania ambik gambar ummi dan ayah. 


Ni gambar apa saya pun tak tahu. 😂


Makanan pun dah sampai. Sebelum makan, ini perkara wajib. Apa dia??? Ambik gambar......
Sang Har Ying Yong untuk saya dan Dania. Sedap sangat Ying Yong ni. 

Dania sibuk makan, kalau dah makan tu maknanya saya dah selesai ambik gambar hidangan tu lah. Haha. Kamera boleh ditarik macam tu untuk ambik gambar close up. 

Ramai juga yang datang makan kat sini termasuklah meja sebelah kami. Makan ramai2 satu family. 

Tak ingat nama yang hubby order ni. Ada nasi, keropok, acar, timun dan sate. 

Selalunya pavlova ni memang kami akan order. 

Order ni juga sebab dah lama tak makan kat Nandos jadi order je kat sini ubi keledek goreng. 

Masa kami nak minta bil sebab dah selesai makan, datang pulak ni....eh...kami tak order pun. Rupanya complimentary untuk Mother's Day dari Restoran Serai dan tanpa saya sedari hari kami makan kat sini adalah Hari Ibu!. Tambah lagi la dessert yang kami makan ni. Akhirnya tapau ajer sebab tak lalu nak habiskan brownies ni. Ice cream vanilla ajer yang kami habiskan. Rezeki di Hari Ibu. 

Apa pun rasa bersyukur sangat sebab sambutan tak sengaja hari ibu diraikan dengan sederhana dan suasana yang happy. Happy sebab apa?. Mereka yang tersayang di samping kita. Itu yang penting. 



***How come la tak ingat Hari Ibu ni....kalau ingat boleh la mintak hadiah...😜



XOXO, 
Ezna

6 ulasan:

  1. waahhhh bestnya dpt gift hari ibu :) i pun nak kena beli spare bateri tu...ari tu masa 2 syawal, i lupa nak caj bateri lps guna utk 1 syawal...masa on camera, tgk2 bateri abis..so tak de gmbr my lil family utk 2 syawal, gmbr posing2 sorang2 jer ada tu pun sbb tumpang kamera hanim haishhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye spare bateri tu penting suzz. Bateri habis dah kena guna kamera phone pulak...masalah i kadang i kuarkan sd card sebab nak update blog...lepas tu lupa nak masukkan balik ke kamera. Hehe...

      Padam
  2. Selamat Hari Ibu Ezna :)
    Seronoknya dapat complimentary dessert, made us feel more special kan on that special day.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Part kelakar...hubby kata tak nak bila brownies datang lepas tu saya siap panggil ehhh nak nak....sebab hubby tak dengar part 'complimentary' tu. Dia ingat dia salah meja. Haha....

      Padam
  3. Menariknya hadiah Hari Ibu nie. Selamat Hari Ibu dan memang menarik sangat kamera tu. Nyaris tergoda nie hehe

    BalasPadam
  4. Bestnya.. AM pun berhasrat nak beli kamera juga.. Lagi puas hati dapat capture byk gambar menarik.. Btw Selamat Hari Ibu ya!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...