Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, May 20

Apa yang best masa birthday? | Diskaun shopping

Kalau kita join newsletter organisasi yang kita selalu shopping tu, bila masa birthday kita dia akan beri % diskaun untuk redeem barangan dengan harga yang rendah dari retail. 

Saya dapat email daripada Arzu. Arzu ni dulu saya beli tudung dia dan magnetic pin untuk tudung. 
 

Dapat juga diskaun birthday untuk pembelian di Christy Ng. Christy Ng ni saya pernah beli beg. Banyak pilihan beg yang harganya berpatutan. Tak terasa nak beli beg la pulak. Nampak ada kedai Christy Ng kat IOI City Mall. Kedai dia kat tempat Fashion Valet dulu. Tak tahu kenapa Fashion Valet boleh tutup kat IOI City Mall tu. 


Tomei ni pernah beli charm Chomel untuk Dania. Kalau nak redeem RM100 voucher tu nampak best la kan tapi kena beli barangan harga RM500 ++ dulu. Hmmm takde la nampaknya ye. 

Puma pun boleh guna code untuk mendapatkan potongan barangan Puma sebanyak 20% off. Nampaknya tak ada nak beli juga di sini. 


Tapi....saya berminat dengan voucher Zalora ni. Boleh beli barangan yang harga RM150 ke atas untuk mendapatkan potongan sebanyak 25% off. 


Bermulalah episod tengok barangan kat website Zalora. Ok...dari dress ke fragrance sehingga ke kasut. Banyak juga kasut yang menarik dan cantik pada pandangan saya tapi yang ini memang nampak best di mata saya.

Sebab apa? 

Adelina Galentines Sneakers brand Puma ni design dia manis bagi saya. Rasa macam feminin sangat design ni. Dalam tu pulak ada soft foam. Jadi kalau jalan jauh-jauh pun kaki tak sakit sebab dalam tu ada pelapik kusyen lembut. Macam design ballerina pun ada sebab bersilang di bahagian hadapan kasut. 

****Gambar-gambar di bawah dari website Zalora. 


Ada stud kecil berbentuk bulat, diamond dan heart kat tepi kasut menambahkan lagi manis kat kasut ni. 


Ada dua pilihan warna. Putih dan juga hitam. Putih ni pun tak kurang juga cantiknya. Tulisan Puma tu berwarna pink. Cumanya renyah sikit la nak menjaga kasut berwarna putih ni. Senang kotor. Saya paling suka kasut macam ni cuma serlum masuk je kaki. Kalau kasut bertali tu nak kena ikat tali tu agak leceh sikit la kan. 


Akhirnya beli sneakers yang ini setelah consider beberapa sneakers juga. Beli warna hitam senang nak jaga berbanding warna putih. Guna Zalora punya birthday diskaun dapat 25% off. Kalau beli direct kat Puma, saya cuma dapat 20% off ajer jadi kena berbelanja dengan bijak. Hehe. 


Bila tarikh birthday ajer, akan dapat birthday treat dari The Body Shop. Skincare saya ada yang saya guna The Body Shop. Kebetulan ada skincare yang nak habis juga. Dania pun dah bagitau moisturizer dia dah nak habis. Dania pakai range tea tree oil untuk pengawalan minyak muka. Saya suka The Body Shop ni sebab kebanyakkan barangannya vegan. Sumber dari tumbuh-tumbuhan. Time ni boleh top up beberapa barang. Dapat birthday discount sebanyak 25% tu. 


Itu yang seronoknya bila time birthday ni tapi berpada-pada la bukan semuanya nak membeli. Cari yang mana kita perlukan ajer. 




XOXO,
Ezna

14 comments:

  1. Rawlins pun suka bila dapat banyak baucar dan diskaun sebegini time bestday. Memang rambang mata nak cekau mana satu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Rawlins. Haha bab rambang mata tu ye....tapi sabar je ni jangan terlebey sudah....hehehe

      Delete
  2. waaa i tak tahu ada diskaun bodyshop hahahah i selalu gak usha2 brg kat website bodyshop tp tak sign up as members pun..rugi2 hahahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada you. You kena sign up sebab kadang beli dengan harga sekian2 dah dapat vpucher RM15 @ RM30. Pastu u redeem...dapat lagi point...pastu dapat lagi voucher....macam never ending voucher...hehehe....yg penting not only that, kadang tiap bulan ada promo...sebelum you beli check dulu ada reward tak kat apps you. Kalau ada redeem lagi....berbaloi...

      Delete
  3. lama tak shopping dekat zalora. memang berbaloi shopping sini. pelbagai pilihan yang boleh kita pilih. paling best, dapat self reward =D

    ReplyDelete
  4. Memang best kan dapat voucher ni. Time birthday memang seronok sjoplomg dpt bmtk voucher dari online store yg kita subscribe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time birthday ni special sikit. Boleh la self reward.

      Delete
  5. Huishhh .. seronok sakan dapat bday voucher. Boleh redeem! Bagus benefit yang diberi macam ni lebih menarik perhatian rasa nak shopping sakan kannn .. HAhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nina...tapi....shopping apa yang diperlukan ajer. Rambang mata sebenarnya tapiiii sabar je ni. Hehehe....

      Delete
  6. happy birtrhday! best yer beli kasut baru. tapi putih nampak lebih cantik. berbaloi beli dengan diskaun ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Sebenarnya memang suka juga kat puih. Lawa kan? Tapi mengenangkan penjagaan tu....pilih hitam.

      Delete
  7. Thanks for sharing this tips, nanti i pun nak check so that i can get the discount for my online shopping

    ReplyDelete
  8. omg sis kita gang birthday bulan mei. i have received so many smses about birthday discounts too mmg syok giler. i am totally loving your beautiful sneakers purchase from zalaro at such a great price! happy birthday to you and let's wait for next year for another round of shopping :P

    ReplyDelete