Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, May 9

Satu hari di hari raya | 1 Syawal 1443 Hijrah

Ni kisah kami di pagi hari raya. Pagi tu selepas breakfast lemang dengan rendang dan dendeng daging, saya dan Dania jalan kaki menuju ke surau. Dekat je pun suraunya. Ayah Dania awal sikit sebab sibuk kat surau tu. Siap bawa 1 bakul kuih raya untuk jamuan di surau. Buat potluck. Sorang bawa sedikit boleh la share seorang sikit ye tak?. 

Ni Dania dan saya sebelum solat sunat. 


Ni selepas solat dan khutbah. 


Sempat juga ambik gambar kat tepi surau ni. Ada 3 pintu ke surau rumah kami ni. 
 

Surau rumah kami ni 2 tingkat. Solat tadi kami kat tingkat atas la. Tingkat bawah dikhaskan untuk warga emas dan mereka yang kurang upaya lah. Selalunya bahagian atas ni tidak digunakan. Digunakan pada solat terawih atau solat sunat aidilfitri dan aidiladha. Ada juga yang nampak kelibat hitam kat atas ni bila surau tingkat atas tidak digunakan. Saya usik hubby kata kalau pergi solat tu ada tengok atas ke?. Hehe. Entiti tak kacau pun cuma macam kelibat hitam ajer. 


Rehat kejap kat rumah sebelum bertolak ke Putrajaya. 4.4 km dari rumah kami ni dah tiba Putrajaya tapi Presint Diplomatik la. Mulanya Dania cadang nak ambik gambar raya kami kat Taman Saujana Hijau nak feeling2 kat oversea. Hehe. Cantik tau kat sini tapi hubby kata takut berpeluh pulak sebab kena mendaki juga nak ke spot yang cantik. Lepas tu saya cadangkan kat bawah jambatan berdekatan Bangunan PJH kat Presint 2. On the way nak ke PJH tu lalu Masjid Putra. Wahhhh cantik juga kalau dapat pose kat depan ni. Ramai juga yang berbaju raya posing sakan kat sini termasuklah abang dari Bangladesh ya....😀. Kami pun parking la kat area Masjid Putra ni. 

Dania dengan background pejabat perdana menteri. Langit sangat cantik. Gambar kami kat Putrajaya ni menggunakan kamera phone dari Galaxy Z Flip 3 5G (Ada iklan kat youtube phone ni dengan BTS...hehehe). Not bad kan gambar dia?. Mungkin dengan kehadiran natural light menjadikan gambar lagi cantik. 


Masa nak ambik gambar ni ada cerita. Haha....masa Dania nak ambik gambar saya dan hubby, dan dan tu abang2 Bangladesh tu berjalan ke depan mengadap kamera sampai Dania kata ummi ada orang la kat belakang. Ummi apa lagi cakap kat abang2 Bangladesh tu ke tepi sikit boleh?. As if macam mereka faham la maksud saya tu. 😂Tu yang mereka tak jadi berjalan ke arah depan....berkumpul kat belakang pulak. ðŸ˜…. Hubby cakap derang pun nak ambik gambar jugak....ye le ambik gambar ambik gambar la tapi jangan la masuk frame kita. 


Ni diantara gambar yang saya suka sangat. Minta tolong ada uncle berbangsa cina ambil gambar. Kebetulan lalu tepi kami dengan anak2 dan isteri. Mereka mengucapkan Selamat Hari Raya!. Saya balas balik Selamat Bercuti!. Macam ni la kan kalau duduk Malaysia jangan gaduh2. 


Lepas dah ambik2 gambar kemudian hubby ajak minum kat McD kat Putrajaya ni. Minum la kami kat sini dulu. Hubby dia suka santai2. Tak McD tempat lain untuk minum2. McD yang kami minum ni terletak tepi tasik. Memang cantik la. Ramai keluarga Arab minum kat sini sampai nak cari kerusi kosong pun susah. Ye lah mereka beraya kat negara orang nak santai2 ajer la. Depan orang arab, tepi orang arab, belakang kami pun orang arab. 


Kemudian, nak survey2 kamera Dania mencadangkan kami ke Mid Valley sebab kebetulan Sony ada buat promo sempena hari raya. Ambik dulu gambar petak parking sebab takut terlupa. Mid Valley ni kan banyak wings. 


Mulanya kami ke kedai Sony. Ingat tak saya kata nak survey sebab Sony buat promo. Ada 1 camera mirrorless Sony Alpha 6000, badan luar dah tercabut sikit. Kata staff Sony tu boleh gam. Ni adalah display set. Harganya? Dia boleh bagi RM1,200 tapi takde warranty. Ha tudia....sanggup ke beli kalau takde warranty tu. At least bagi sebulan pun dah ok kan?. Tak jadi la beli jadi kami survey sebelah pulak.  Actually ni kedai sebelah Sony kat Mid Valley nama Key Color Photo. Kami di'greet' oleh Steven. Kalau tak silap namanya. Nampak gaya macam owner kedai tak pun supervisor. Very knowledgeable. Semua pasal kamera yang dipamerkan dia akan memberikan jawapan dan juga perbandingan. Ni saje saya tengok kamera polaroid Fujifilm. Dania dok tunjuk2 yang kuning ni. Hehe.... 


Siapa tahu tahulah ye...kamera ni kerjasama Fujifilm dan BTS. Kata Steven, ni mahal sebab kolaborasi dengan BTS dan limited edition....kumpulan K Pop. Saya buat2 tak tahu la...padehal...😆 Dania kemain lebor senyumnya. Harga kamera polaroid ni RM400+, kalau yang biasa RM300++ je. Dania dah ada kamera ni cuma dah beli lama dan agak besar. Latest ni kecik sikit kameranya.  


Mana pergi kamera DSLR saya Nikon D3100 tu?. Dah tersekat dalam tu. Bila click tak boleh ambik gambar dah. Saya beli tahun 2011 tu. Eh hubby yang hadiahkan sebab dia tahu saya tulis blog. Dah discontinue dah Nikon yang tu. Tak keluarkan dah. 

Ok berbalik kepada kamera mana yang kami survey kan....Canon ni salah satunya. Harga Canon kat dalam cermin ni semuanya ada diskaun kooo....


Rupanya ada Promosi Riuhkan Raya bersama EOS. Memang langkah kanan la masuk kedai ni kalau nak kan penjimatan kan?.  


Akhirnya saya pilih yang ini EOS M200. Alhamdulilah. Nak tahu harganya?....

Steven bagi harga kamera ni 〰〰RM1999, hubby tambah tripod harga RM59. Total damage RM2058. You alls compare dengan harga bawah tu berapa...tripod kami dulu bawa naik roller coaster Scooby Doo kat Movie World, Gold Coast, Australia terpelanting dan kemek terus tripod kami tu. Kalau terpelanting kena kepala mau bocor....😅. 

Dapat pula free : 

1. Beg kamera warna merah ni. Memang dapat la masa promosi ni tapi while stock last ajer. 
2. SD Card 32gb.
3. Alat cuci kamera. Ada kain, tempat sapu kat lense dan buang habuk. 

Best part boleh link kan dengan phone kalau nak transfer terus gambar ke IG ke FB ke...mana2 la guna wifi. Boleh pulak tarik screen tu kalau nak selfie atau nak ambik gambar food dan....sempena promosi ni ada warranty 3 tahun kalau kita daftar di website. Kena daftar sebelum 7 hari dari tarikh pembelian ye?. Mujur saya daftar 5 hari dari tarikh pembelian. 

Nantilah saya review kamera ni. Size pun compact je tak seberat DSLR saya dulu. Kadang mau sakit bahu kalau usung lama2. 

Photo taken from here





Lepas menghabiskan masa yang lama kat kedai tu, akhirnya dapat la saya sebuah kamera hadiah birthday present in advance. Hehe. Jangan le nak mintak lagi masa birthday ye. Ye lah saya pun bukan jenis yang meminta. Bab kamera ni memang hubby cukup memahami pun. Dia tahu minat saya. Alhamdulilah. 

Dalam perjalanan ke rumah, singgah R&R nak makan tengahari. Paling lawak kat sini gerai makan buka tapi gerai air tutup. Nasib baik kat gerai buah ada jual air mineral. Kalau tak, beli makanan...tercekik nak buat macamana? 😅. Kat sini pun orang tak ramai. Ada la 3-4 meja occupied. Hmmm....ni la kisah kami yang dah takde ibu dan ayah ni 😔. Dania je untung masih ada ummi dan ayah. 


 Inilah cerita raya pertama kami. 



XOXO,
Ezna

9 comments:

  1. besh tu canon eos esp u beli yg latest. mine wpun old model tp so far masih ok kualiti gmbrnya. selamat ber eos lah yer..mesti lg cun gmbr kat blog u lps ni. eid mubarak ezz & family!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I punya bukan dslr pun yang EOS ni tapi kata Steven, kualiti gambar macam dslr sebab guna teknologi yang sama macam dslr. I punya dslr tersekat Nikon tu kena ganti/repair mechanism kat dalam tu. Dah la 1 je tempat repairnya. Kat Kota Damansara tu. Tak ada kesempatan nak ke sana lagi. Harap boleh la repair sebab Nikon i tu dah Nikon tak keluarkan lagi model tu takut spare part tak ada ajer.

      Delete
  2. wahh beraya dgn camera baru.. hihi..
    selamat hari raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya! masa ambik gambar kat Putrajaya guna kamera phone ajer...

      Delete
  3. cantik gmbr kt putrajaya tu tp biasala rmi org nk bergmbr kn..kn masuk frame tk cun hehe..oh pg dh ke mcd gitu...wah dh dpt advance adiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putrajaya banyak port menarik Amy...ramai orang nak bergambar siap mereka bawa tripod lagi. Tu yg suruh abang Bangladesh tu ke tepi tapi tetap juga masuk frame. Hehehe....dah pegi dah McD situ tapi minum dan makan yang ringan ajer la sebab dah makan lemang masa breakfast pagi tu. Hadiah in advance tu jgn la nak minta lagi hadiah masa birthday betul...hahaha...entah2 tak dapat....

      Delete
  4. Selamat Hari Raya Kak dan family. Bestnya dapat kamera tu. Rawlins pun ngah terfikir nak beli gak ke tak

    ReplyDelete
  5. Great outings you guys have had together on Raya. Wish I could have a good camera too. Been using smartphones all the while.

    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing beautiful one-day raya experience with your reader. To be honest, I think your husband scored an amazing camera deal from Sony! the EOS M200 is indeed such a great camera and the design is definitely on par too! hope this isn't too late, but selamat hari raya to you and your beautiful family! :)

    ReplyDelete