Jumaat, April 29

Kisah ketam dan lepak mana tu?

Alkisahnya nak clearkan ketam kat fridge sebab makanan laut ni tak boleh lama sangat simpan. Terjadilah ketam masak tomato ni untuk berbuka puasa. Nak clear kan jugak tomato puree. Hehehe semuanya nak clear ye...


Ada juga ketam yang dibiarkan goreng ajer tanpa campur dengan tomato. Sedap juga. 


Dah teringin nasi tomato juga jadinya inilah kejadiannya. Nasi tomato makan dengan ketam masak tomato dan acar timun dan nenas pun boleh juga. Sedap juga rasanya cuma ayam tu kita tukar ke ketam. Time buka puasa ni idak la saya masak sampai penuh meja sebab saya bertiga ajer. Makan lauk banyak2 ni takut tak habis. Kalau keluarga ramai ok juga lauk banyak2 kan. Kuih muih tu kadang ada kadang tak ada. Ikut la. Bagi kami bukan benda yang wajib la tapi kurma tu kena ada. Kurma tu pemberian adik saya. 


Malam tu, hubby ajak minum-minum kat luar lepas terawih. Pergi la kami tiga beranak ke Starbucks Conezion IOI Resort City. Selesa kat sini sebab luas. Ramainya yang melepak kat sini. Ye lah siang-siang nak lepak tak boleh makan minum kan?.....


Dan....Dania nak belanja guna ePemula. Haaa tahu tak anda semua kalau ada anak 18 tahun - 20 tahun boleh tebus ePemula ni. Boleh masukkan kredit dalam ShopeePay, GrabPay, Touch and Go E-Wallet dan Big Pay.  Dania tebus ePemulanya kat Touch and Go E-Wallet. RM150 tu ye....rugi kalau tak redeem. Dania teringin nak minum air Matcha tu. Katanya sedap. 

Oh ya ePemula ni boleh redeem bermula 11 April 2022 - 1 Jun 2022. Kena guna sebelum 10 Jun 2022. Tengku Zafrul kata untuk kegunaan membeli buku dan kelengkapan pembelajaran tapi kalau batch Dania ni SPM pun belum announce lagi. Nak masuk IPT lambat lagi. Nak soh perabihkan sebelum 11 Jun 2022. Kadang kan....macam terfikir juga...ikhlas ke tak bagi tu?. Bagi la masa juga kan untuk redeem. Masa yang diperuntukkan tu macam singkat sangat. Nak tak nak Dania beli je la apa yang dihajatkan masa bulan puasa ni. Hari tu dah Tealive. Apa pun terima kasih pada kerajaan dan Dania sebab belanja. 


Kemain air matcha dan kek red velvet. Kek ni Dania makan seorang sebab saya dan hubby kurang suka. Hehe. Chocolate Chip tu saya punya. 


Ada juga donut. Donut ni memang wajib kalau singgah Starbucks sebab lembut. Ada croissant juga. 


Ni air saya tapi Dania letak nama Dania so 3 kali nama Dania naik ye. Ayah Dania order air panas. Lupa pula air apa. Masa kami datang tu ada couple ni macam kena escort 3-4 orang bodyguard. Entah siapa sebab tak cam pakai face mask. Dania kata masa perempuan tu nak order salah seorang ala bodyguard yang tolong orderkan. Kemain Dania jadi mata-mata ummi ye. 😁. Siapalah beliau agaknya?. 


Kadang kami lepak waktu malam kat kedai mamak makan tosei atau roti canai cuma tak selalulah. Apa-apa je lah kan janji keluarga kecik kami happy. 

Haa bila entry ni ditulis...hubby dah ajak lepak mamak pulak malam ni lepas terawih.....😄




XOXO,
Ezna













11 ulasan:

  1. bulan ramadhan ni tkde menu ketam...suka masak ketam telur masin

    BalasPadam
  2. Oh yummy!!!!!!!!!! That crab looks so yummy-licious! This place restaurant looks like a good place to lepak at. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  3. Wahhh donut dia petakla. First time tengok. Yang nasi tomato lauk ketam tu pun rare tu

    BalasPadam
  4. lama tak makan ketam, tengok ni terliur pulak. nanti nak masak. baru tau pasai epemula tu.. rezeki2

    BalasPadam
  5. Wow. Nasi tomato makan dengan ketam.harga kayangan tak? Donut dia tu empat segi tu. Menarik

    BalasPadam
  6. Yeah! A lovely makan time sharing here, I'm now craving too. Ohh ya... Selamat Hari Raya to you & your family ya :) cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  7. Seronok tu lepak mlm2 hehhehe weolls ada jugak lepak/kuar gi mkn 'colek' mlm2 lps solat terawih :)

    BalasPadam
  8. Memang best lepak Connexxion sebab luas. And yes, suka gila donut dia sebab memang lembut

    BalasPadam
  9. Perghhh ketam dia mengancam gilerr.. ni ada stok ketam tu, tunggu turnj nak masak hehehehe.. dapnyaa lahai donut tu..

    BalasPadam
  10. Best juga kan ada ePemula ni... but lagi best tengok makanan2 dan minuman yang mengiurkan... kena pergi try this too la..

    BalasPadam
  11. it is a nice outing there. I long time no eat crab miss it much

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...