Bagi memudahkan Akademi Bahasa Korea pos sijil, kenalah isi form dalam google ni.
Jadinya saya pun isi lah details untuk penghantaran sijil di dalam google form ini. Memang berpuas hatilah Dania berpeluang belajar di Akademi Bahasa Korea secara maya. Insya allah jika ada rezeki dan kesempatan boleh upgrade kelas ke kelas perbualan pulak. Bukan dalam masa terdekat la sebab Dania nak kena fokus untuk SPM jugak tapi in between Dania kat sekolah bertugas sebagai Pengawas dan baru-baru ni dilantik sebagai Setiausaha Kelab Sejarah. Setiausaha Kelab Sejarah ni sebab cikgu sebut nama Dania Yasmine dalam Google Meet tu. Cikgu kata saya nak Dania Yasmine jadi setiausaha sebab saya dah kenal lama dia ni 😅. Ye lah cikgu ajar dari Dania F1-F4. Saya tersenyum je dalam kereta sebab kebetulan meeting tu dibuat masa Dania dalam kereta. Bila Dania senyap je....udah cikgu panggil Dania....Dania...mana kamu ni?😅 Ni pun nanti dapat sijil masa berhenti sekolah nanti. Ummi pesan cukuplah 2 jawatan ni je sebab tak nak la dia pegang banyak-banyak jawatan.
Masuk dalam 7-Eleven ni kebetulan kat face mask Boots ni ada tulisan Korea. Saya test la bahasa Korea Dania ni. Dania masih dalam peringkat slow slow baca tulisan Korea ni tapi masih juga tak faham maksudnya tulisan ni. Takpelah slowly but surely. Dulu saya confuse juga tulisan Korea dengan Jepun sebab macam seakan sama je bagi saya tapi Dania kata tulisan Korea ada bulat-bulat ummi. 😅. Ok ummi tengok bulat-bulat tu tulisan Korea la tu ye?. 😆
Ni baca tulisan kat tiang lampu berdekatan Pintasan Saloma sebelah Restoran NZ kat Kuala Lumpur. Kalau macam ni boleh agak la maksud dia apa sebab banyak bahasa kat sini. Maksudnya 'Selamat Datang' kepada pelancong yang berkunjung ke sini.
Haaa sijil yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Nampak kat dalam post box. Ummi dah siap simpan dalam clear folder. Senang kan. Sekarang ni nak dapat sijil untuk kokurikulum cukup punya susah sebab tak banyak aktiviti kan?. Kena lah kumpul yang online punya. Kebanyakkan sekarang aktiviti secara maya. Jadi sijilnya dapat e-cert sahajalah.
Kumpul sijil kumpul sijil jugak tapi pelajaran kena juga seiring. Kokurikulum ni cuma 10% ajer markah dia. Cumanya bila nak apply universiti mana-mana kena aktif juga kokurikulumnya ni. Kena seimbang lah kan.
wahhhhh daebak��������
BalasPadamTerima kasih.
PadamLepas ni tonton drama Korean takyah tengok subtitles la kan kak. Hahahaha. Saya rasa ini adalah masa terbaik belajar bahasa asing. Sebab kita memang tengah minat Bahasa Korea.
BalasPadamBaru tahap foundation ajer pun Ruby. Bila dah masuk kelas perbualan boleh la faham. Insya allah. A long way to go...
Padamwah hebatnya boleh cakap Korea la lepas ni. annyeonggg! hahaha kena pula suka korea belajar benda ni advantage sebab dorang akan faham nanti
BalasPadamSikit2 la Khai. Boleh baca dulu tapi maksud tak faham lagi unless ada translation in English.
PadamRawlins ada seorang kenalan yang mahir Bahasa Korea dengan hanya layan K-Drama dan lagu-lagu K-Pop. Rawlins kagum dengan orang yang ada kemahiran bahasa asing nie
BalasPadamTahniah lepas ni boleh jadi juru pelancong ker Korea memang ramai orang cari mereka yang fasih dan pandai berbahasa banyak ni ehehehe kita nak belajar bahasa jawa pun tak pandai-pandai lagi wakakkkaka..
BalasPadamMenarik la ada kursus maya macam ni..ada peluang nak belajar juga la.. boleh kuasai at least basic pun jadi la kan... best sikit dapat mulakan conversation dengan native with native language.. mereka pun respect sikit..
BalasPadamCongrats Dania..kecik kecik dah belajar bahasa korea. Senang la lepasni tolong translate kan bahasa korea kat ummie kalau tgk cerita korea kan :)
BalasPadamWah tahniah Dania. Lepas ni kalau layan cerita Korea mesti paham.. heheh
BalasPadamTahniah Dania, lepas ni senang nak ke Korea dah boleh cakap Korea.. anak Sis tengah belajar bahasa cina ni.. katanya lepas habis nantu nak belajar bahasa Jepun...
BalasPadamwahhh tahniah Dania. lepas nie boleh pergi ke level advance pulak. sayang dh ada asas kalau tak teruskan. sy nie nak belajar bahasa baru, rasa macam otak xleh nak terima dah. faktor usia mungkin. hahahhaaa
BalasPadamuntunglah pandai bahasa asing.. sekurangnya tonton tv dah tak perlu subtitle.. terbaik!
BalasPadam