Rabu, April 21

Hi-tea di De.Wan 1958 by Chef Wan

Pada tahun lepas sempat la kami pergi hi-tea dekat De.Wan 1958 by Chef Wan yang terletak dalam Hotel Bangi Resort. Kami mencuba hi-tea pada hari pertama diperkenalkan hi-tea di De.Wan 1958 kat Bangi ni iaitu pada 1 November 2020. Set hi-tea ni ada RM168 untuk 2 pax dan RM258 untuk 4 pax. Memang pucuk dicita ulam mendatang la sebab saya teringin juga nak makan kat De.Wan ni tapi De.Wan sebelum ni terletak @ The Linc KL which jauh sikit la dari rumah saya. Ada yang dekat memang tak lepaskan peluang keemasanlah. 

Credit : dewan.space Instagram

Pertama kali kami ke De.Wan 1958 by Chef jadi tanya kat reception counter kat mana terletaknya restoran tersohor Chef Wan ni. 


 Minta staff De.Wan tolong ambil gambar kami bertiga. Kami ambil pakej untuk 2 pax ajer sebab kalau 4 pax takut tak habis je makanan. Membazir pulak nanti. 


Kat meja dah tersedia sudu dan garfu di dalam plastik. 


Cantik betul hiasan bunga orkid ni. Ada tertulis meja akan disanitasi selepas penggunaan. Which is kita nak makan kat sini pun rasa tak was was. Kebersihan meja kat sini dititikberatkan. Ada juga disediakan plastik untuk menyimpan facemask kita. 


Suruh Dania ambikkan gambar saya sebab cantik sungguh dalam De.Wan 1958 by Chef Wan ni. Deko dia, susun atur meja dan kerusi, lampu chandeliar, kerusi dia yang cantik sangat. Rugi kalau tak ambik banyak gambar kat sini. 


Ambik gambar dengan hubby. Dania jugak yang ambikkan gambar ni. 


Gambar dengan gula hati saya. Cik Dania Yasmine. 


Ni adalah menu untuk hi-tea di De.Wan 1958 by Chef Wan


Hidangan utama boleh pilih samada laksa johor / mee rebus udang. Saya dan Dania pilih mee rebus udang. 


Ni lah set hi-tea kami. Diletakkan di dalam bekas berwarna emas yang cantik ini. 


Hubby pula pilih ala carte Nasi lemak pandan. Penuh satu pinggan ni haa lauk pauk dia. 


Cuba teka apa ni?.
Ini adalah pisang goreng yang disalut apa entah ni tapi rangup luarnya ni. Kelas betul persembahan dia. Ada bunga pulak kat atas ni. Macam ala ala sarang burung pun ye jugak. 


Boleh tengok suasana kat dalam De.Wan. Cantik kan?. Makan kat sini rasa selesa ajer ditambah dengan layanan yang baik oleh pelayan. 


30 pelanggan terawal boleh dapat bekas barang kemas yang sangat cantik. Apa lagi....ni saya punya ok?. 


Ada je makanan yang kami tapau sebab kami pun dah kenyang. 


Ni minta tolong staff De.Wan ambikkan gambar kat port ambik gambar yang wajib ni. 


Last sebelum balik kita ambil gambar kat depan restoran ni.


Sesungguhnya hi-tea kat De.Wan ni memang terbaiklah. Layanan, tempat yang selesa, deko yang menarik. Memang setiap sudut dalam De.Wan ni instragrammable sungguh. Ada rezeki kami datang lagi. 💗. Oh ya dapat juga voucher RM50 untuk makan kat sini. 😊

Ni alamat De.Wan 1958 by Chef Wan
Bangi Resort Hotel
Off Persiaran Bandar
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan. 

13 ulasan:

  1. wahh seronoknya. harga tu berbaloi tak dengan kesedapan dan kekenyangan dia ?

    BalasPadam
  2. boleh tahan gak harga tapi makanan sedap, puas hati bayar mahal pun. teringin nak makan sini

    BalasPadam
  3. Rawlins tak menyampai lagi ke sini. Memang ramai yang review makanan dia lazat tapi Rawlins tak berkesempatan lagi. InsyaAllah ada rezki sampai la kan

    BalasPadam
  4. cantik tempat ni. makanan pun nampak sedap. Saya belum pernah singgah sini lagi, sesekali gantung kuali nanti bolehla cuba jugak

    BalasPadam
  5. Nampak esklusif betul. Suka dengan pilihan makan dia ezz. Not bad. Best kalau dapat Cuba juga ni

    BalasPadam
  6. Cantik deco restoran ni. Menu pun nampak sedap esp nasi lemak pandan tu. Meriah betul lauk2 dia sampai tak nampak nasi.. hehe

    BalasPadam
  7. Cantiknyaa tempat ni. nampak selesa and environment dia mcm so nice sangat/ nanti boleh la nak singgah :)

    BalasPadam
  8. Bilehla cuba makan kat sini nanti. Nak try menginap kat sini jugak. Nampak menarik je tempat dia

    BalasPadam
  9. Teringin Sis nak gi sini juga.. bilalah nak sampai yaa.. one day jika ada rezeki pasti sampai ni.. nak mencuba sendiri, sedap ke tidak, dengar cakap orang je susah juga.. sedap tu subjektif kan..

    BalasPadam
  10. Waavavavav...bestnya...teringin jugak nak pergi De Wan , paling tidak sekali seumur hidup gitu. Bukan mudah nak rasa air tangan Chef Tersohor macam Chef Wan. Kalau boleh nak dapatkan mangkut tingkatnya sekali.

    BalasPadam
  11. Sejujurnya dari dulu lagi teringin nak hightea mcm ni, fefeling English style taw.. Sampai skrg tak kesampaian lagi... Next time g Bangi boleh try ni...

    BalasPadam
  12. Saya suka pergi DeWan kat The Link tu kak. Deko dia dari lantai sampai ke ceiling cantik kak. Makanan tak usah cakap la kan. Memang delicious. Hehehe.

    BalasPadam
  13. I like to dine at this restaurant, decor dia sangat cantik, luas, and makanan pun sedap.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...