Nuff

Hello eznakhalili.com readers!!

@eznakhalili

Monday, April 19

Santai Iftar Buffet di Pulse Grande Hotel

Bila hubby cakap kita makan kat luar, si isteri pun mencari la bufet ramadan terdekat. Tanya sana sini full la pulak. Kalau boleh nak bufet ramadan ni weekend la kan sebab semuanya free. Free maksudnya takde kekangan sekolah ke kerja ke. 

Ok akhirnya kami memilih untuk bufet ramadan di Hotel Pulse Grande kat Putrajaya. Terletak kat roundabout terbesar di dunia. Tahukah anda yang roundabout terbesar di dunia terletak kat Putrajaya?. Tak percaya cuba google. Roundabout ni lebih kurang 3.5km. Jangan terlepas simpang nak naik bukit untuk ke Hotel Pulse Grande ye?. 


Bufet ramadan kat hotel yang bagi saya menawarkan harga yang berbaloi. Kebanyakkan bufet ramadan ni harganya agak mahal. Famili kami ni grab harga santai iftar early bird berharga RM69/dewasa. Dulu-dulu pernah tengok, harga bufet ramadan kat sini RM120/dewasa pada tahun 2019. Fuhhh mahal ye?. 

 Credit : Hotel Pulse Grande facebook page

Masa ni dah siap-siap hidangan atas meja. Ambik awal sikit tak ramai orang. Mejanya jarak-jarak. 


Ni masa saya round nak tengok hidangan yang disediakan. 


Sambal dan ulam-ulam turut disediakan. Ye lah tekak melayu ni. 


Ayam goreng berempah. 


Kanak-kanak akan singgah sini dulu. 


Marshmallow ni kalau ada chocolate fountain best juga ni. Makan bersama buah-buahan. Sedapnya. Jangan nak berangan ok...chocolate fountain takde. 😂


Sebelum nak menyeduk makanan, kena pakai sarung tangan plastik yang disediakan. 


Ayam percik versi Kelantan. 


Daging masak hitam ni memang sedap..terbaik.....kalau makan kat sini, ambik ni ok?


Ikan siakap stim. 


Sayur kobis masak ala jawa. 


Bubur sago. 


Bubur pulut hitam. 


Seleksi pemanis mulut. 


Tingginya kepingan coklat ni....kek strawberi ni sedap. 


Puding roti ni nampak sedap tapi bila makan mengecewakan sebab tak manis walaupun letak sos kastad. Sepatutnya kena bagi manis sikit bukan tawar bulan-bulan puasa ni. 


Meja-meja yang disusun berjarak. Rasa selesa tak rasa cramp. Nak berjalan pun selesa. 


Kat luar pun ada station. Ni mee goreng. Chef tengah masak panas-panas lagi haa...


Chef sibuk memasak daging yang dimakan dengan roti naan. Chef ni promote kata sedap. 


Ayam BBQ. 


Cantik betul taman ni. Boleh bersantai kat luar ni. 


Tudia.....seleksi lauk pauk, pemanis mulut dan buah-buahan yang kami pilih. 


Meja kami bernombor 17. 


Dah berbuka, jangan lupa solat Maghrib pula ya?. Tempat ni tak luas sangat. Muat 6 orang untuk solat. 


Lepas solat, sambung la makan. Saya ambik bubur lambuk. Dania makan kuih muih. Dalam 8.20 malam dah bersiap nak ke Masjid Putra. Tak jauh pun dari Hotel Pulse Grande. Kat depan Hotel Pulse Grande ni ada air terjun. Cantik pula waktu malam ni. 


Nak pergi ke parking, ada buggy tolong hantarkan. Ikutkan masa kami datang pun kami naik buggy.


Ambik gambar berdua dengan Dania. Luas ruang solat wanita kat Masjid Putra ni. Hubby drop kan kami berdua sebelum cari parking. 


Solat ada jarak zaman pandemik ni. Kena bawak sejadah besar sendiri ya. 


Dari kejauhan kelihatan Masjid Putra. Ada moreh juga disediakan selepas solat terawih. Ada air panas kopi dan air panas teh o. Ada juga bungkusan nasi atau bubur lambuk yang disediakan. 


Kebetulan ada orang rusia jual bunga. Dia tak tetapkan harga. Bagi seikhlas hati. Dapat la 2 kuntum bunga carnation. Hehe. Kita dapat bunga 😍😍😍


Seronok juga sesekali berbuka di luar. Selalunya saya masak. Janji dapat menghabiskan masa bersama keluarga. Itu yang penting sepanjang bulan ramadan ni. Dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan. 




17 comments:

  1. wahhhh semuanya sedap2 belaka... kalau dkt nak jg sy terjah heheh

    ReplyDelete
  2. wahh bestnya berbuka di luar begini. di putrajaya pun mudah sebab semuanya dekat dan convenient kan. btw kecur liur tengok makanan tu semuanya. Banyak juga pilihan makanan ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...Putrajaya memang dekat ajer nak ke masjid. Memang cari yang dekat nak ke masjid.

      Delete
  3. selection of foods tak banyak sangat tapi sesuai lah dengan harganya. lagopun puasa bukan nak makam banyak nauuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul selection dia tak semeriah sebelum ini yang harganya mencecah RM120/pax. Kali ni early bird ajer. Bulan puasa kalau makan banyak sangat senak tu nak solat tarawih.

      Delete
  4. woow...for the early bird especially absolutely good deal to enjoy the great food varieties at this buffet, thanks for sharing this good dining deals :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Tahun ni memang banyak tempat buffet fullhouse, alhamdulilah laa kan ekonomi mereka ada peningkatan.. cuma kita jaga SOP.. menu pun nampak sedap semuanya..

    ReplyDelete
  6. Walaupun duduk Bangi, first time dengar Grand Pulse Hotel nie. Harga pun menarik gak tu. Macam nak ajak kengkawan lepak sini je kelak.

    ReplyDelete
  7. Seronok sekali sekali berbuka kat liar Kan ezz. I pun hari2 masak. Senang sebab keluarga ramai heheh

    ReplyDelete
  8. Betul kak, pergi mana2 pun Ramadan buffet penuh skrg.. ada peluang ke sana, nak merasa juga iftar kat hotel ni la.. menarik dan harga pun sangat berpatutan.. (Y)

    ReplyDelete
  9. not only is the environment here so comfortable and clean, but the food selection looks amazing too! cant wait to try it soon :)

    ReplyDelete
  10. Wahhh menarik. tapi still tak berpeluang berbuka kat luar lagi. nanti inshaAllah. hee

    ReplyDelete
  11. Bestnya Makanan Dia.. Za excited tgk part gula2 tu.. Ni kalau Budak2 tgk mmg sambar yg itu dulu la haahha

    ReplyDelete
  12. Wah bestnya iftar dekat sini. Makanan menarik betuk dan nmpk paling tertarik ialah environment tu. Nk kena try ni.

    ReplyDelete
  13. Bufet Ramadan dah kembali baraksi hehehe dah banyak tempat ni tak tahu nak pergi mana satu untuk makan buka puasa heheh korang ada tempat rekemen macam sini best juga harga pun berpatutan...

    ReplyDelete
  14. Makanan nampak menyelerakan lepastu tempat pun bersih dan selesa memang best la kalau dapat iftar dekat tempat macam ni. Harga pun berbaloi dengan hidangan yang dihidangkan.

    ReplyDelete