Nuff

Hello eznakhalili.com readers!!

@eznakhalili

Monday, April 12

Jumpa adik-adik dan makan sebelum puasa

Sebelum menyambut Ramadan yang akan tiba 13 April 2021 ni, cakap je nak makan apa pasti hubby tunaikan. Saya sebut Serai. Hehe. Jom la kita ke Serai yang terletak di Shaftsbury Cyberjaya. Serai kat sini agak tenang sebab selalunya tak ramai. Sebelum tu singgah rumah adik dulu kat Cyberjaya nak hantar buah nangka sulung pokok kami. Dah siap bahagi 3. 2 untuk adik-adik (setiap seorang) saya dan 1 untuk keluarga saya. Excited sebab baru berbuah sulung. 

Masa makan kat sini seprti biasa tenang-tenang ajer. 

 
Belasah ajer makan pencuci mulut dahulu. Kami order Burnt Cheesecake. Kalau kat Serai yang wajib order adalah Pavlova. Kebetulan Pavlova baru saje habis. Takde rezeki nak makan. 


Ying Yong pilihan saya. Tak sah kalau saya tak order yang ni. 


Wajib ada cili potong.


Dania order spaghetti carbonara. 


Hubby punya nasi lemak. 


Actually, kalau tak nak makan kat dalam boleh ajer makan kat luar ni tapi agak warm la takde aircond. Lepas tu ada cahaya matahari pulak memancar. 


Lepas tu singgah solat Asar kat Masjid Raja Haji Fisabilillah kat Cyberjaya ni sebelum bertolak ke Kelana Jaya nak hantar buah nangka kat adik lagi seorang. 


Seorang adik update dari potongan buah nangka kat atas ni dapat lebih kurang 2 bekas ni. Fuhhh not bad. Kalau ada 3 potongan, lebih kurang 6 bekas ni lah. 


Inilah nangka sulung kami yang menjadi hanya sebiji ajer. Actually masa tumbuh bunga ke apa eh dipanggil untuk nangka?. Ada beberapa juga tapi yang lain tak menjadi. Inilah yang paling kuat semangat untuk membesar bagai juara....


Buah nangka madu ni berbuah setelah 4 tahun. Ada post kat IG saya. Anak pokok nangka madu ni saya dapat dari atuk kawan baik Dania pada 6 September 2017.


Lepas dah hantar kat adik di Kelana Jaya, pergilah solat kat Masjid Mujahidin, Damansara Utama. Tempat saya akad nikah dulu. 


SOP ketat, muslimat solat kat tepi tangga ajer. Kesian betul. Ada la penghadang tutup macam ni. Dania kata macam kat hospital je ummi. 😂. Hubby kata jemaah lelaki waktu Maghrib ni cuma 1 1/2 saf je which boleh la letak muslimat kat dalam. Mujahidin ni bukan masjid kecik, masjid besar kot. Orang kawasan ni tahu la masjid ni besar mana. Tak puas hati sungguh bila muslimat dianaktirikan. Hmmm....dah la sempit. Cuma 4 orang je kot yang boleh solat sini. Telekung dan sejadah memang bawa siap2 dari rumah. Sekarang ni kalau boleh dah tak nak la share barang orang lain kan?. Muslimat yang nak solat kat sini bukannya orang sini. Yang kebetulan dalam perjalanan ke tempat lain. Waktu maghrib ni pendek jadi elok la solat dulu. 


Lepas tu dah ada kat area Damansara Utama ni nak la makan kat Vicchuda Tomyam sekali tutup daa....sabtu pun dia dah tutup. Balik Thailand ke?. Lepas tu ke Rasta Taman Tun pulak, ya ampun parking pulak takde setelah pusing sebanyak 3 kali. Aleh2 makan kat Pizza Hut Taman Tun ajer la. Kena order online. 


Nak tengok menu kena scan QR Code kat sini.


Jom bertiga ambik gambar dulu sebelum makan. Hehe. 


Pizza apa entah yang ni tapi bagi saya, saya tak berkenan. Tak berkenan pun 2 slice habis jugak. 😂


Nak balik tu ikut Seremban Highway. Adeh...jam sikit la sebab nak buat jalan. Dari 3 lorong jadi 1 lorong. Lepas ajer habis area construction ni smooth je all the way ke rumah kami. 


Weekend kali ni kereta banyak la kat jalan. Maybe nak shopping last minute kot sebelum bulan puasa. 






21 comments:

  1. baru tgk entry ni pagi ni, terliur terus haha

    ReplyDelete
  2. ying yong tu cantonese kuehtiaw ke..nmpk menarik..br juga mkn kt serai aritu ..menu dania sama tisya...nangka madu sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure la Amy tapinya ada kuay tiaw la dalam tu. Dia panggil Ying Yong. Menu ni pun ada kat Mohd Chan jugak. Dania datang sini, ni lah yang dia order.

      Delete
  3. nampak sedap juga paghetti carbonara tu. tak creamy and heavy sangat. serai ni memang famous kan?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah seronok kan dapat jumpa adik beradik sebelum puasa bermula. Melting terus tengok burntcheese cake tu , nampak sedap sangat. Pizza tu topping apa pun tak kisah janji makan panas2, mesti habis banyak slice.

    ReplyDelete
  5. suka jugak ke serai ni. tapi selalu ambik goreng2 next time nak try spaghetti. nampak macam sedap je

    ReplyDelete
  6. Akak ni memang pandai mencari port makan sedap eh. Saya tak pernah ke sini lg. Nanti nak cuba pizza tu.

    ReplyDelete
  7. Lama X makan Bangla. Mesti Manis Bangla Tu. I pizza hut mmg kurang sikit

    ReplyDelete
  8. Sis sebelum puasa dah kumpul dah gan adik-adik, then awal puasa, dapat berbuka sama juga.. alhamdulilah/..

    ReplyDelete
  9. Macam-macam dugaan ye. Tapi ok la, dapat juga makan-makan sebelum puasa kan. Menu kat Serai tu nampak sedap la. btw besar betul nangka tu.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah bestnya dalam keluar jumpa adik beradik sebelum start ramadan. Makanannya pun nampak sedap belaka. Anyway, doa2 sempadan cepat laa buka amin..

    ReplyDelete
  11. Wahh burnt cheesecake, wahhh, banyak lagi nak wahhh ni... rindunya nak pergi Rasta.. lama tak makan kat situ.. dulu stay area Kepong rajin turun sana...

    ReplyDelete
  12. Spagetti tu, sos nya pekat..nampak sedap..haha..dania cakap macam hospital ye..nak buat macam mane dik covid..

    ReplyDelete
  13. Selalu nampak restoran Serai tapi tak pernah masuk sebab assume mahal. Haha. Tapi kalau special occasion boleh la kot.

    ReplyDelete
  14. Bestnya dpat jumpa adik beradik. Saya ni, sejak tak boleh rentas negeri ni, dah lama tak jumpa keluarga. Raya ni pun raya sendiri je dkt selangor ni hehe :)

    ReplyDelete
  15. Untung rezeki adik-beradik dapat merasa nangka tu. Rawlins dah dua tahun tak balik Sarawak nie. Moga cepat kita dapat vaksin kan

    ReplyDelete
  16. what a fun day out with your siblings! btw that nangka looks super fresh, tempting and sweet!

    ReplyDelete
  17. wah menggoda gambar foods dia..btw Ying Yong tu ape? nampak sedap hehe..burn cheesecake fav iena tu..terliur tgk haha..kalau ade pavlova lagi best kan..iena pun suka pavlova jugak

    ReplyDelete
  18. khai pun suka makan serai tapi jarang dah makan tak ingat bila last. bab surau tu geram juga tengok. pernah sekali tu tak dapat sembahyang sebab bukan stay situ aiyooo

    ReplyDelete
  19. Terliur tengok buah nangka tu, mesti manis kan. Lama betul tak makan buah nangka.

    ReplyDelete