Jumaat, April 2

Penyelenggaraan wajib setiap tahun

1. Penapis air di luar rumah

Kat rumah kita ada rutin penyelenggaraan yang wajib dilakukan jika kita ada penapis air kat luar rumah. Kat rumah saya ni ada penapis air jenama blöndal yang dipasang di luar rumah. Fungsinya untuk menapis air yang disalurkan ke rumah kita. Air tu akan masuk ke dalam penapis ini yang mengandungi karbon (kelapa dan gambut), batu-batuan dan pasir. Bila masuk website blöndal tu, penapis air ini juga bertugas untuk menapis lebihan klorin yang sudah tentunya tidak baik untuk kesihatan kita. Menyaring bau juga salah satu fungsi penapis air ini. Nak cari penapis air juga kena cari yang halal sebab apa?. Ada juga penapis air yang menggunakan tulang-tulang haiwan. Mungkin juga tulang dari haiwan khinzir. Penapis air ni bebas dari tulang-tulang haiwan. 

Staff penyelenggaraan blöndal ini akan menukar bahan2 yang terdapat di dalam penapis air ini dengan yang baru. 


Jadinya bila karbon, pasir, batu-batuan yang fresh digunakan, fungsi menapis air itu pada tahap yang optimum. 
 

Kalau sesiapa yang pernah lalu dulu selepas tol Shah Alam di Federal Highway (kalau dari Shah Alam, sebelum tol) mungkin akan perasan kelibat beruang putih besar ni kat atas bangunan. Dulu, masa Dania kecik-kecik kalau lalu kat sini mesti Dania tunjuk-tunjuk....bear....bear.....hehe. 

Tol kat sini pun dah tak ada dah sekarang ni dan bear ni yang diberi nama Björn pun telah dipindahkan ke bangunan 2km dari sini. Tak sangka la kan bila Dania dah besar, ada jenama ni kat luar rumah Dania.

Credit : here

2. Penyaman Udara (Aircond)

Ini pula penyelenggaraan aircond. Ada satu malam tu aircond saya pada bilik tidur utama mengeluarkan air yang banyak. Masalahnya adalah disebabkan paip tersumbat. Banjir jugak la malam tu. Akhirnya hubby pun panggil orang aircond. Tunggu punya tunggu on the way. Dijadualkan pada jam 5 petang tapi terlewat sampai jam 7 malam. Mereka dari Kuala Lumpur sebelum itu. Geram tu geram juga sebab kalau tak boleh make it jam 5 petang, boleh la kami panggil orang lain. Tapi ni haa nak juga ambik job ni tapi lewat tiba. Mungkin musim pandemik ni tak berapa banyak business yang masyuk jadinya grab apa yang datang. 

Mereka mengepam air yang tersumbat dalam aircond.  Ikutkan nak suruh tambah gas aircond tapi gas nampaknya mencukupi jadi tak ambil la full service. Penapis aircond pun masih ok lagi. Tak banyak habuk pun. Tengok la suasana kat luar tu dah maghrib dah pun. Tu yang tak best tu datang jam 7 malam. Nasib baik tak lama. Akhirnya mereka cancel appointment rumah selepas kami sebab selesai rumah kami pun nak dekat jam 8 malam. 


3. Penapis air di dalam rumah. 

Saya ada lagi satu penapis air di dalam rumah nak kena selenggara. Baru ajer selenggara hari ini. Barang yang nak kena tukar tu kena selenggara 3 tahun sekali. Ada juga barang yang nak kena tukar tu setahun sekali. Penapis air jenama Nesh ni dah lama dah kami guna di dalam rumah. Penapis air di luar rumah blöndal ni baru ajer guna masa masuk rumah ni. Baru pun tak baru jugak la dalam 5 tahun. 


Credit : Google

Jadi ada penapis air luar dan dalam dan juga aircond ni nak kena peruntukkan duit la jugak ketika nak selenggara. Barulah barang yang kita gunakan itu boleh bertahan lama dan optimum dalam menjalankan fungsinya.  

26 ulasan:

  1. Pernah merasa sekejap guna blondal tu masa diorang buat promosi , air kolah terus jadi biru bersih haaa. Mau taknya sebab ditapis dengan elok kan. Tapi masa tu tak mampu lagi nak pasang. Baca entry ni terus rasa macam nak mintak asben pasang juga sebab air yang bersih kita pun sihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis pun ambik blondal ni masa promosi jugak. Air kita ni kalau tak tapis warna dia keruh sikit la.

      Padam
  2. benda-benda camni memang kena salu service kalau tidak memang akan rosak dan memudaratkan kesihatan. sebab dua bnda tu mcm aircond dan water filter sangat sensitif so kena salu check

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kena service. Pulak tu kena put aside la duit maintenance setiap tahun ni.

      Padam
  3. betul tu..kena take note pada yang ada alat2 ni dirumah. penyelenggaraan berkala adalah wajib.

    BalasPadam
  4. service mmg wajib kan utk kebersihan dan utk benda ni tahan lama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul Atie. Ini macam kereta jugak la. Kalau tak service, kang dia buat hal.

      Padam
  5. Rumah tak pakai aircond. Hehe. Betul tu semua benda ni nak kena selenggara. Baru la pakai sedap, tahan lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pakai aircond jimat dah tu Bell. Sis pakai aircond ni malam je. Siang tak.

      Padam
  6. Betul . Bila cakap je pasal seenggaraan ni kadang tu melebihi bajet masa beli. Tapi ade je tips nak jimat. Kena servis ontime. Sebab bila lewat, haaa berjangkit² tau rosak tu. Geram gak tapi bila fikir balik, salah sendiri. So reda .. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa ni mesti ada pengalaman selenggara lambat ye?

      Padam
  7. hehe rumah iena tak pakai aircond so xperlu selenggara aircond..penapis air luar xde sebab dok kondo :)
    penapis air dlm uma pn xde sebab duk bujang hehehe malas nk beli penapis air..minum air mineral :D

    BalasPadam
  8. Bagus ezz bila you sentiasa buat maintenance mcm ni. Air mmg yg kita dapat benar2 bersih dan selamat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah you. Sebab bila dia tunjuk keladak kat penapis luar tu seram tengok kualiti air kita.

      Padam
  9. Ikutkan memang perlu ada ni di rumah, tak cukup hanya dengan penapis air minum je kan.. Sis punya lama dah, nanti ingat sampai masa ada rezeki nak tukar lain...

    BalasPadam
  10. This is a good reminder ya.. I pindah masuk rumah ni almost 2 years dah! It's time to buat service maintenance la.. yang air dalam rumah memang ada scheduled maintenance dah dari provider :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kena ikut schedule maintenance dia so that barang kita akan tahan lebih lama.

      Padam
  11. Saya pun hired org utk maintenance tahunan. Kadang org tu ingatkan kita. Kak dah cukup setahun. Bila boleh dtg utk servis ekonnnn? Jap jap tunggu saya tengok jadual. Hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...tengok jadual tu macam sama je Ruby. Lepas tu kena tengok budget jugak.

      Padam
  12. Dua kali penapisan kat luar dan kat dalam bagus lah akak ni sama macam family kita hehehe yang kat luar tu untuk kegunaan luar yang kat dalam untuk kegunaan dalaman kan hurmm teringat lama tak service penapis air ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa kena service maha untuk mendapatkan air yang berkualiti.

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...