Nuff

Hello eznakhalili.com readers!!

@eznakhalili

Sunday, April 4

Santai di Starbucks Solaris Serdang

Cuti sekolah ni nampaknya duduk kat rumah ajer la. Dah announce kat TV kata Selangor masih sambung PKPB-nya. Seriously, bila PKPB ni bersambung lepas tu bersambung dan bersambung macam dah lali dah. Masih tetap pakai mask nak ke premis makan. Jaga jarak, jaga diri. Bawa hand sanitizer sendiri. Saya tak suka pakai yang letak untuk kegunaan ramai tu. Saya pakai sendiri punya sebab kadang2 bau tak boleh nak gi. Busuk....

Malam ni keluar sekali sebab hubby cakap nak isikan minyak kereta oren saya. Ok fine lepas tu ajak le keluar sekali sebab boleh la bersantai relaks kan. Ikutkan saya ni malas nak keluar semenjak dua menjak ni. Dania?. Hmmm....pantang ajak melaju je nak keluar. So decide nak isi minyak kat Petronas Solaris Serdang (berdekatan dengan UPM). Kat situ pun ada Starbucks. Alang-alang nak singgah minum kat Starbucks juga. Best kat sini sebab ada Subway, KFC, Starbucks, Tealive. Tak sure kat atas tu masih ada tak lagi Kenny Rogers. Kenny Rogers kat tingkat atas dan agak tersorok. 

Starbucks kat sini luas. Ni ambik gambar berdua sementara hubby order. 


Ok hubby hantar tray dulu. Isterinya sibuk nak ambik gambar lagi ni tak settle lagi 😜


Section ni untuk jualan. 


Comel tengok koleksi Royal Selangor x Starbucks ni. Harga pun comel jugak. 


Comelnya bear tu. Harganya ratus jugak. 


Ni kopi rempah ke ni?. Teringat minum Masala tea (Tea la tapinya) dekat Perth, Australia. Nak merasa la kengkononnya tapi entah kenapa tak kena dengan tekak dan perut. Sakit perut!!!


Kemas ajer susunannya. Ingat lagi last year Starbucks ada kolaborasi dengan Kate Spade. Laku keras produknya...licin. Ingat kot ada la tinggal 1-2 tumbler tu tapi habis licin....cun la pulak...tapi...harganya boleh tahan mahal jugak. 


Selalu kalau singgah Starbucks wajib ambik donut ni sebab lembut. 


Ada orang marah kata buat apa ambik gambar dia lagi?...😂


Section sini ditutup. Kalau tak ada pintu masuk jugak area ni. 


Kalau pergi Starbucks takde lain, Dania mesti order air ni. Chocolaty Creme Frappuccino. Dah ayah yang order nama Dania ajer la tulis kat minuman ni. Kalau ummi........😂


Selalunya saya akan ambik jus. Saya tak suka coffee. Try nak suka tapi tak boleh. Saya suka tea lagi. 


Machiato ni pilihan hubby pun nama Dania jugak....senang tak payah banyak nama. 😁


Donut ni share bertiga. 


Jom group photo......say cheese....


 Pergi mana-mana ke cuti sekolah ni?. 

23 comments:

  1. Saya pun tak minat sgt kopi... kalau diberi pilihan, mmg pilih teh

    ReplyDelete
  2. wahh kita sama la part tak minum coffee tu
    starbucks ni fav my zharfan..weolls ada lah jugak sekali sekala minum2/lepak di starbucks ni...antara our fav is lasagna dan kek apa ntah (red velvet kot)--yg tak tahannya regenya hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita Suzz. Yg Dania order tu bukan kopi. Dia menurun kat I jugak tak minum kopi. Hehe. Ayah Dania ajer suka kopi. Kek ada juga order selalu yang raspberry cheese tu. Harga sini adoiii memang tak tahan. Tu yang kadang-kadang ajer. Hehe

      Delete
  3. tak pernah pun rasa donut lembut starbucks tu.. nanti nak try juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah. Kalau suka donut memang best la.

      Delete
  4. kalau ditanya khai memang hantu starbucks hahaah penah juga artikel viral pasal starbucks. personal fav khai suka Asian dolce latte + less ice + caramel drizzle upside down

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa artikel apakah itu? Nanti sis google. Hehe. Tudia....minuman feveret Khai tu nanti sis cuba.

      Delete
  5. Nie lokasi lepaking bersama rerakan time weekend atau memalam. Nie pun ada rancangan lepas terawih nak melepak sini kot hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sah include Cik Lily Putih gak ni sebab Cik Lily ni memang hantu kopi. Tak gitu?

      Delete
  6. Aritue my friend ada tunjuk me one of the Starbucks drinks yang tengah viral skrg.. Serious sedap tapi i lupa nama drink dia dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa baru je i nak cuba apa yang viral tu.

      Delete
  7. Agak lama juga tak lepak starbucks, sebab kengkawan semua tak berapa suka.. sebab tak puas makan dan minum dek sebab regenya hehehe.. tapi Sis suka Americano je kalau minum sini hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rege dia faham sangat. Tu yang sesekali ajer boleh la. Selalu?. No.....hehe. Americano kalau sis tak suka sebab nak kena tambah banyak la gula sebab pahit.

      Delete
  8. selalu juga lepak kat starbucks sini time antar akid..suka sebab luas dan selesa

    ReplyDelete
  9. Starbucks ni kalau masuk beli air green tea atau coklat.. Heee.tengok tempat jualan tu, cantik botol dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Botol dia memang cantik. Harga dia tu hmmm.....

      Delete
  10. Lama tak pekena Starbucks. Ni bila tengok time bulan puasa, alahai teringin pulak tekal ni nak minum caramel macchiato

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa ni lah...kita akan nak makan / minum yang jarang2 kita beli. Kan?.

      Delete
  11. Seronok dapat lepak santai macam ni. Masa preggy air starbucks ni berhantu sangat. Nak dpt dh lah payah sini. Heheh nnti hbs ramadhan nak g lepak sini la

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing about this Starbucks, it's actually very near my best friend's space, nanti when I visit here, can go there lepak :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. Starbucks Antara kopi yg za suka Beli Dan juga aisblended greentea Dia sedap. Tapi selalu lepak may koyakkkk poket.hahha

    ReplyDelete