Nuff

Hello eznakhalili.com readers!!

@eznakhalili

Monday, April 5

Kembali ke sekolah dan misi mencari .......

Nak dijadikan cerita hari ni hubby work from home jadinya sama-sama hantar Dania pergi sekolah. Macam la Dania kecik lagi ye tak?. Sebenarnya lepas hantar Dania nak pergi breakfast sama-sama. Dania dah siap breakfast kat rumah. Saya sediakan sandwich sardin ada daun salad, cheese, bawang besar, mayonis dan cili merah. Nak pergi sekolah kena la makan banyak sikit kan supaya takde la lapar sebelum rehat. Boleh pay attention kat cikgu. Dania kata lepas rehat dah tak belajar sebab kebanyakkan cikgu kat sekolah Dania ni penanda kertas SPM. Hmmm nampaknya on and off la belajar ye tak?. 

Dania kata disambut oleh beberapa cikgu, AJK PIBG dan Pengetua SMK Jalan Empat dan dapat sepaket kismis sempena kembali ke sekolah. Dania tiba jam 7.05 pagi. Pengawas kena tiba awal ke sekolah. Anak ummi exco SSDM (bahagian merit untuk mereka yang notty) 😅


Saya dan suami breakfast sekali. Hehe barulah berdua ajer...idak ada je Dania kat tepi. Saya makan koay tiaw goreng tu tapi hmmm tak kena dengan tekak la. Pedas sangat. Pagi-pagi saya tak suka makan pedas-pedas sangat sebab terkejut perut nanti. 


Bila Dania balik sekolah, saya pun ikut juga. Lepas hantar kawan Dania balik rumah, barulah misi makan luar bermula. Niat kat hati nak pergi D Pulze nak cari sagat. Hehe. Punya jauh ko mencari sagat ni haa....alang-alang dah kat D Pulze makan la kat Homst tu. Dah lama tak makan kat sini. Air bandung soda cincau ni pilihan saya dan Dania. Eh ada cream tu pulak. 


Fishball noodle soup pilihan saya. Noodle tu saya pilih bihun. Boleh juga pilih mee kuning atau kuay tiaw jugak. 


Kena ada cili potong barulah kick. Tengahari saya ok kalau makan pedas. Pagi?....alehaiii saya elak makan pedas. 


Cantonese Bihun Dania punya. 


Mantau ni ada sos pencicah juga tapi saya makan gitu ajer lagi sedap kot. 


Lamb fried rice pilihan hubby. 


Jom jom ke Ace Hardware cari sagat. 
Cari punya cari jumpa sagat ni. Eh apasal nak mencari sagat ni heh?. Saya nak buat popia sayur untuk bekal sekolah Dania jadi kena sagat sayur-sayuran tu ha.....lobak merah dan sengkuang. Eh sengkuang buah bukan sayur. 


Ada juga yang jenis macam ni. Saya pilih yang atas. 


Penggelek pink ni pun beli. Dania kata cantiknya warna dia ummi. 


Ni pun saya beli sebab senang la nak pipe kan adunan kuih ke churros ke. Saya ada juga beli yang plastik lembik sebelum ni. 


Haa ni la barang-barang yang dibeli kat Ace Hardware. Kalau tak rajin jugak tak taulah. Harga setiap satu ni dalam belasan jugak la. 


Harap-harap elok la kejadian popia tu nanti. 

18 comments:

  1. Selamat menjamu selera dan membeli belah

    ReplyDelete
  2. wahhh rajinnya u ezz heheh i asyik tapau jer ni..dh bosan gak bila hari2 tapau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, i macam u tapau je. Sekali dah tak tau nak tapau apa....i masak. Bila masak Dania suka i masak pulak...sampai sekarang i masak....harap2 i rajin buat bekal Dania sepanjang dia kat sekolah. Ada hari2 tapau jugak suzz. Tukang masak nak rasa masakan orang lain. hehehe...

      Delete
  3. pagi2 kalau makan pedas, spoiled kan mood

    ReplyDelete
  4. Ye pepagi Ty pun takleh makan pepedas. Tengok anak akak gi sekolah rindu pula zaman sekolah. Ya Allah rajin nya buat bekalan anak , teringat arwah mak Ty pula. Bila beli barang baru mesti semangat nak baking ke cooking lagi berkobar kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba rajinkan diri sebab tak nak anak beli kat kantin. Takut bersesak-sesak zaman kita kena berjaga-jaga jarak ni.

      Delete
  5. Rawlins takleh pedas sangat, all the time sebab bukan sejenis makan pedas. Tu beli barang baking, nak baking bulan ramadan la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke Rawlins tak makan pedas?. Baking tu untuk bekal anak je Rawlins. Kalau kuih raya sis 'tunjuk' je.

      Delete
  6. what an interesting day out with your hubby! your simple breakfast look delicious - especially the mantau!

    ReplyDelete
  7. Hampir tertelan air liur tengok cili potong ahh! Favorite condiment bila nak makan cantonese mee macam ni.. sedap betul.. sabar sikit sabar sikit, tengah hari pun tak lepas lagi ni.. hehehe... berbuka nanti nak order ni...

    ReplyDelete
  8. Lama plak tak masuk kedai baking ni, ingat nak gak soping barang baking...

    ReplyDelete
  9. amboi dating ya...memang me time bila anak dah ke sekolah hehe..banyak you makan ezz hahahaha..i tgk terus jadi lapar

    ReplyDelete
  10. Haaa... kak relex jer.. takde anak sekolah lg, tapi dulu2 mmg tapau utk anak bwk gi sekolah

    ReplyDelete
  11. Besar dah anak dara ye. Marina pon biasa breakfast dengan husband lepas hantar anak-anak ke sekolah

    ReplyDelete
  12. Amboi akak hantar anak terus lupa diri noh dia hehehe tak apa nanti balik sekolah ajak family makan sini yer hehehehe

    ReplyDelete
  13. hahahaha~ kemain alasan nak cari sagat tu.. seronok tengok life akak.. suka baca akak cerita pasal Dania..

    ReplyDelete