Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, April 22

Kisah SPAO saya

Dania kalau pergi IOI City Mall ni mesti nak masuk SPAO ni ha...selalunya memang window shopping ajer pun. Tak beli apa-apa tapi ada satu hari tu, taraa.....SPAO ada kolaborasi dengan BT21 la pulak. Kalau army mesti tahu BT21 ni kartun apa. Udah berkenan dengan baju-baju kat sinilah, beg-beg lagi. Kalau rajin pergi SPAO ni ada juga kolaborasi dengan We Bear Bears, kartun Sailor Moon, Harry Potter, Sin Chan dan lain-lain. Kalau habis musim tu, tukar pulak kolaborasi yang baru. 


 Haaa dah dapat 2 shopping bag dah tu 😅
Kalau tengok karakter ni :

Atas sekali : 

Van : Sebagai pelindung kumpulan BTS.
Koya (Koala) : RM
Tata (Heart shape) : V
Mang (macam lembu berhidung pink) : J-Hope
Chimmy (anjing) : Jimin
RJ (Kambing biri-biri) : Jin
Shooky Cookies) : Suga
Cooky (Arnab) : Jung Kook


Bergambar pulak kat sini. Janji ada karakter BT21 ni. 


Hasil 'window shopping' kengkonon tu dapat la hoody sweat shirt. Cantik warna dia....BT21 bergambar ala ala cover album BTS di bus stop. 


Ha ni warna pink beg Cooky ni Dania punya.  


Ni pulak beg yang dibeli untuk kawan baik Dania, beg Chimmy warna hitam. Tiba-tiba teringat kat kawan Dania yang sama-sama meminati kumpulan BTS jadi saya belikan sekali. Boleh pakai masa Tingkatan 5 sama-sama. Di saat ni 2 sahabat ni dah pakai la beg ni. Zalilah balik naik motor jadi bila hujan, beg Chimmy Zalilah katanya tak basah. Kalis air rupanya beg ni. Jadi tak basah la buku-buku semua. Berbaloi juga beli beg ni. 


Ni kali kedua pergi cari beg BT21 ni kat SPAO. Sebenarnya nak bagi hadiah kat seorang kawan Dania yang asramanya terlibat dalam kebakaran iaitu Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar kat Banting. Saya whatsapp ibunya Rin setelah tengok berita kat dalam facebook. Kebetulan blok asrama Nashrah ni yang terbakar. Ibunya kata Nashrah cuma tinggal sehelai sepinggang ajer. Buku, baju, beg dan peralatan lain semua hangus terbakar dalam kebakaran. Apa yang dipakai oleh Nashrah ke surau pagi itu sahaja yang selamat. Jadinya sehelai sepinggang lah Nashrah. Saya pun terus ke Pustaka Rakyat sebelum ke IOI City Mall lepas ambik Dania. 

Aikkk bergambar jugak kat port yang sama. 😅. Saya belikan Nashrah beg Tata berwarna biru gelap. Setiap karakter ada warna tersendiri. Saya suka belikan apa yang Dania pakai tapi pilih karakter yang sesuai la sebab yang nak pakainya pelajar sekolah tahfiz.


Saya belikan juga bekas pensil dan alatan di dalamnya seperti pen, marker, correction tape, gunting, pembaris dan tak ingat apa lagi. Saya cakap dengan Dania ambik seperti apa yang Dania guna. Dania pun ambiklah semua barang-barang ni. Alat tulis ni beli kat Pustaka Rakyat selepas ambik Dania. Dekat ajer Pustaka Rakyat ni dengan sekolah Dania. 

Lepas selesai semuanya, kami pun menuju ke area rumah lama kami kat Puncak Jalil. Kiranya jiran kami dulu la ni dan pernah Dania sekolah agama sama dengan Nashrah. Saya juga selalu bertemu dengan Rin (ibu Nashrah) ni kat surau berdekatan rumah. 


Sayu ibu Nashrah sebab katanya yang jauh sampai dulu. Saya dah siap crop kaki Nashrah ni sebelum Nashrah pinta supaya kakinya di'crop'. Nashrah ni dah hafaz 30 juzuk Al Quran masa Tingkatan 3. Pandai budaknya. Saya ingat lagi saya ada menanyakan padanya cara-cara belajar masa Dania darjah 6. Nak tahu tipsnya. Cara Nashrah bercakap masa tu matang dari usianya.  

Bila Rin dan Nashrah menceritakan kejadian kebakaran tu airmata saya tak boleh ditahan-tahan lagi. Sedih saya mendengarnya. 😭 Hati tisu sesangat.


Cerita ni untuk kenangan supaya Dania bila came across blog post ni pun akan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak boleh bagi banyak, kita bagi sikit. Moga boleh la meringankan sikit beban mereka yang menanggungnya. Kadang mereka ni segan nak minta bantuan. Kitalah yang kena proaktif. 






23 comments:

  1. Oh wow!!!!!!!!!!! I love Spao! Dah lame I x shopping dekat Spao. In fact, I dah lebih pada setahun x shopping baju. Sejak pandemic nie memang dah x ada activity shopping sakan dlm kamus hidup I. Sebab social events pun x banyak. So kita malas sikit lah nak shopping baju. Hehehe...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe faham....sebab SPAO ni dari Korea. Lagi pun sini banyak juga baju yang cantik2.

      Delete
  2. SPAO ni yang kartun tu kan? pernah menjadi kegilaan ramai especially remaja. untung besar brand ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPAO ni nama outlet ni Khai. BT21 nama kartun.

      Delete
  3. Allahuakbar baiknya Ezna , untung Dania dan kawan Dania ada ibu ayah yang baik hati dan pemurah. InsyAllah Dania akan membesar jadi anak yang solehah dan baik hati seperti ibu ayahnya juga. Contoh yang baik sudah ada depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga dapat beri inspirasi kat yang lain. Nak tunjuk nilai murni yang baik kat anak kita.

      Delete
  4. Nasib baik tiada kemalangan jiwa ye. Syukur dapat kenalan seperti nie - membantu tika susah dan sentiasa ingat kat orang lain. InsyaAllah akan turun kat anak tabiat membantu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit2 kita bantu. Moga yang sikit tu boleh ringankan beban. Insya Allah.

      Delete
  5. Tak membantu banyak, biar sedikit asalkan ikhlas kan orang kata. InsyaAllah Dania akan ikut tabia suka membantu tu.

    ReplyDelete
  6. Alamk kita pasl karater ni memng tak tau, tapi comel sangat karakter kartun tu. Comel dekat baju dan beg. Terharunya bila bac akak belikan untuk kawan damia. Akk tolong kawan dia yang kebakarn tu. Nmapak senyuman dia, gembira dapat ni semua.

    ReplyDelete
  7. As the saying goes we have to always be a little kinder right? Glad that warmth and love could still be felt all around.

    ReplyDelete
  8. SPAO first time tau pasal jenama ni, dah xde anak2 kecik, alhamdulillah rezeki dikongsi bersama tentu mereka happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada anak2 muda memang inilah fesyennya...hehe

      Delete
  9. Ala comelnya barang kat dalam SPAO ni hehehe suka lah budak-budak terutama yang perempuan tengok beg dan juga baju yang comel-comel belaka ni hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pompuan ni rambang mata tengok semua ni Maha....

      Delete
  10. Yana setakat ni xde Pula dia.menyebut SPAO ni.tapi kalau dia tahu mesti excited nak ajak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPAO ni kedai korea Ayu. Tu agaknya bebudak suka.

      Delete
  11. Comelnya cartoon2 dia! I rasa ni pun MBO pernah buat dulu2... If tak silap la.. Semua collection ada! Nak pergi la kedai ni.. Ada for adult juga kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BT21 ni banyak kolaborasi dengan yang lain juga Nel.

      Delete
  12. Sama laa dengan anak Sis, tapi Kakanya tak berapa minat cuma selalu pergi Adiknya yang kirim hahahaha.. beli tshirt dan bag dia jerr banyak...

    ReplyDelete
  13. Aaaa so nice of you. ika pun taktahu sgt pasal karakter tapi ni nampak menarik hee

    ReplyDelete