Sabtu, April 3

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

Ni kisah tahun lepas ni. Masa ni dalam bulan April 2020, negara kita baru dikenakan PKP. Rasanya sebulan PKP. Sekolah pun tutup dah masa ni. Saya nak ceritanya....ada sekali tu dalam whatsapp group surau kawasan rumah adalah bagitau sesiapa yang nak kan ubi kayu daun kerinting boleh ambik kat rumah dia. Dia dah siap potong-potong batang ubi kayu tu. Saya pun reply privately kat whatsapp Wara ni. Ikutkan memang tak kenal pun empunya nama Wara ni. Saya sediakan bunga kantan dan daun kari untuk bagi kat Wara. Saya bungkus siap-siap dalam suratkhabar. 


Inilah pokok ubi kayu kerinting ni. Ini pertama kali saya tengok daunnya yang sebegini. Selalu yang daun biasa yang tirus kat hujung ajer saya pernah tengok. Kali ni unik pulak daunnya. 
 

Macam biasa pokok ubi kayu ni boleh naik tinggi. 


Bukan batang ubi kayu ajer saya dapat tetapi Wara siap bagi sebekas pucuk ubi kerinting ni masak tempoyak. Dia akan bagi kat semua yang ambik batang ubi kayu. Baiknya Wara. Padehal saya baru ajer kenal ni. Sedap pucuk ubi masak tempoyak air tangan Wara!. 


Haaa ni dia beberapa potongan batang ubi kayu dan Wara juga bagi bayam Brazil untuk saya tanam kat rumah. Macam dah kenal lama kan?. Tak....baru kenal ajer ni. Sebelum ni memang tak kenal pun. Group whatsapp surau-lah yang menemukan kami. Masa jumpa tu rasa macam tak janggal. Macam kami ni dah kenal lama. 

Rupanya Wara juga tugasnya mengambil anak jiran saya. Kebetulan anak jiran saya dan anak Wara satu sekolah. Jiran saya ada juga menanya saya untuk anaknya menumpang kereta saya supaya saya boleh tumpangkan anaknya balik sekolah tapi saya tolak. Bukan apa....satu...Dania kata nak jadi pengawas pulak (masa ni tak tahu lagi Dania boleh jadi pengawas ke tak sebab belum interview lagi). Saya dah fikir future mana tahu Dania jadi pengawas lepas tu kena stay back pulak. Macamana pulak anak jiran?. Takkan nak suruh dia tunggu?. Kena komited tau tugas ambik anak orang ni. Mana tau ada plan lain pulak ke....lagi satu sekolah Dania memang terkenal dengan buat kelas tambahan lepas sekolah. Timing balik tu mesti tak sama walaupun dekat ajer SMK Jalan Empat dan SMK Jalan Tiga tu. Masa tu payahnya saya nak kata 'tak' tu. Rasa serba salah sangat. Kalau sama sekolah boleh consider lagi. 


Ok...balik rumah hubby tolong tanam batang ubi kayu kerinting ni kat belakang rumah. Tips nak tanam ubi kayu ni caranya dengan cucuk batang secara menyerong supaya nanti ubi yang tumbuh nanti besar. Senang je tanam ubi ni. Cucuk ajer kat tanah. Tanah kat sini tak banyak rumput sebab dah kena tambun tanah kat sini masa renovation rumah. Nak kena buat post baharu lah pasal renovation tu. 


Tengok pokok ubi kayu kerinting kami ni kemain meninggi dah. Umurnya masa tanam 18 April 2020, sekarang ni dah 31 Mac 2021. Kiranya lagi 18 hari cukup la setahun kan. Siap beranak pinak lagi. (saya tulis post ni 31 Mac 2021, scheduled post tarikh lain). 

Boleh jugak petik pucuk ubi buat ulam kemudian makan dengan sambal belacan. 😋


Kadang-kadang saya baca sekali lalu ajer group whatsapp ini kemudian ternampak message ini. Hantaran daripada Wara tetapi anak Wara yang menghantarnya memaklumkan 'Wara' telah kembali kepada penciptanya pada 14 Mac 2021. Saya terkejut 😲 juga bila saya click nama Wara tu sah la Wara yang bagi saya keratan ubi kayu kerinting, bayam brazil dan pucuk ubi kayu masak tempoyak tahun lepas ni lah yang telah 'tiada'. Kata anaknya, Nawarah ibunya ini sakit di dalam perut. 

Dengan adanya haiwan yang berteduh di bawah pokok ubi itu, ulat-ulat yang memakan daun-daun ubi itu dan kami yang makan ubi kayu itu moga dengan asbab itu, pahalanya mengalir kepada arwah. Insya Allah. 

Tahun ni ramai pula yang dah pulang ke negeri abadi.....😭


Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa...

30 ulasan:

  1. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah..

    BalasPadam
  2. Deepest condolences to the family of the departed. Still her deeds will always be remembered and immortalized.

    BalasPadam
  3. This is so sad. Semoga arwah ditempatkan dikalagan orang beriman. Thank you for sharing this story with me.

    BalasPadam
  4. InsyaAllah. Semoga sama2 dapat berkah. Btw bella pun pertama kali tau ubi kayu kerinting ni.

    BalasPadam
  5. Alahai sis sedih pulak baca. Tak sangka dah pergi menghadap ilahi semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman

    BalasPadam
  6. Takziah atas pemergian arwah. Walaupun mungkin bukan kenalan rapat, pemergiannya tentu tetap dirasai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye terasa jugak sebab elok je dia bagi ubi masak tempoyak kat semua yang datang nak batang ubi tu. Padehal baru kenal ajer. Dah la pulak bagi pulak bayam brazil sebab sis tegur geram tengok bayam brazil dia.

      Padam
  7. Baru tau pokok krinting ubi.. Best ada tanah boleh tanam macam2.. Nak juga menanam, tapi kawssn rumah trhad sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada kawasan boleh la bercucuk tanam. Kalau terhad boleh juga tanam dalam pasu.

      Padam
  8. Salam takziah! Oh yes, this is indeed a good story to remind us, everyone that still living kan.. to do good and be good to others!

    BalasPadam
  9. MasyaAllah, sedih pula baca perkongsian ni. Tak sangka dengan pemberian kecil ni dapat menjalinkan satu ikatan ukhuwah yang baru. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la pemberian kecil ni impak besar pada sis.

      Padam
  10. Bestnyaaa.. untung org berbudi pada tanah. Macam2 ada.. i plg suka daun kari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daun kari i kena trim selalu sebab ada kumbang suka makan daun dia.

      Padam
  11. Ubi kerinting tu Sis pernah makan, sama macam pucuk ubi biasa gak.. bagus bersahabat gini berkongsi rezeki..
    Salam takziah buat Puan Wara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah rasa sama cuma ubi jenis kerinting ni first time sis tengok.

      Padam
  12. Allahu. Sedihnye. Ada kenangan bersama arwah. Semoga arwah tenang di sana. Aamiin

    BalasPadam
  13. Ini adalah budaya orang kampung dulu-dulu bila orang memberi kita membalas agar mengeratkan hubungan kejiranan... Cuma sekarang susah nak nampak macam ni kat bandar-bandar besar-besar masing-masing buat hal masing-masing jer kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maha...sis memang duduk kat kampung tapi yang bestnya kampung sis duduk ni dekat ngan bandar. Hehe

      Padam
  14. Bestnya kak boleh bercucuk tanam. Suka saya tengok bila tanaman menjadi. Takziah kepada arwah. Semoga ditempatkan dikalangan org beriman. Amin.

    BalasPadam
  15. Salam takziah... Kat rumah kita ada tanam ubi kerinting ni, tapi dalam pasu jer. Memang sedap dari ubi biasa tu. Selalu kita masak lemak cili padi.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...