Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, April 9

Cendol Ameen

Hari ni hubby work from home jadi sama-sama ambik Dania kat sekolah. Lepas tu boleh la makan tengahari sama-sama kat Cendol Ameen ni. Ha kat mana pulak Cendol Ameen ni?. Ia terletak tak jauh la dari rumah kami. To be exact 2.1km ajer dari rumah kami ni haa....

Cendol Ameen
Lot 3086, Jalan Sg Merab Luar,
Kg. Sg Merab Luar,
43300 Kajang 
Selangor
0163022297

Kalau nak makan kat luar boleh la makan bawah payung ni tapi kalau cuaca panas macam ni prefer dok dalam lagi la. Errr tapi duduk dalam pun sama jugak panasnya 💦. Dah cuaca kita pun panas. 


Apa nak makan ni?. Boleh la tengok menu kat sini. Bayar dulu ye. Saya suka konsep bayar dulu baru makan sebab bila dah makan kadang orang tu tak datang kira pun kat meja kita, dia main agak-agak ajer harganya. Which is tak tepat la kan. Mana tahu kita makan kurang tapi dia kira terlebih atau sebaliknya. 
 

Ni adalah waktu perniagaan Cendol Ameen. Ok hari isnin jangan datang ye...dia tutup. 


Saya order laksa. Laksa dihidangkan dalam bekas kecik ajer macam ni. Nasib baik cukup untuk saya. 😆. Dah la laksa ni favourite ni. 


Dania order mee goreng. Not bad juga rasanya tapi pinggannya hmmm...tak berkenan saya. Dania kata boleh ke pakai pinggan ni sebab pinggan ni kan tak mesra alam. Dania compliment jugak dengan cendol pulut. 


Char Kuay Tiaw Basah hubby punya. 


Ni cendol tapai. Tapai ubi yang diletakkan dalam ni. Kalau saya prefer tapai pulut lagi. Ok ni hubby punya. 


Saya pilih tapai pulut sama dengan Dania. 


Ni total makan untuk 3 beranak. Semuanya RM32.50.


Ok lah jugak makan kat sini. At least kalau nak makan selain daripada nasi masa tengahari boleh la try makan kat sini. 

34 comments:

  1. betul jgk tu, selain mkn ns campur tengahri. kadang2 tukar selesa, mkn tengahari pekena laksa, mee, kuitiau memang sedap. kena plak dgn cendol. mmg sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang tak nak makan nasi...laksa la solusi. Hehe.

      Delete
  2. semua mknn my fav ni. sedapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ye ke?. Kalau terlalu sini boleh la singgah. Kalau u gi IOI City Mall tu dekat dah u.

      Delete
  3. Char Kuay Tiaw Basah ni nmpkkkk sedap gila

    ReplyDelete
  4. Cendol tapai? This is my first time seeing this. It looks really very special as I have not tried this version of cendol before. Hopefully I get to taste it one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normally tapai pulut yang dimasuk but this one tapai ubi.

      Delete
  5. bila tengok laksa tu, rindu pulak laksa kedah. taklah jauh sangat cendol ameen ni. nanti bolehlah singgah jugak :)

    ReplyDelete
  6. Bru ada port cendol area kajang. Susah nk cari cendol yang betul2 kena dengan tekak. Kena try ni. Tgok cendol dgn laksa tu pun dh terliur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kena try. Banyak cendol ada. Cendol Durian pun ada.

      Delete
  7. KALAU DIHIDANGKAN GUNA PINGGAN DAN MANGKUK YANG LEBIH PROPER KAN BAGUS. VALUE MAKANAN PUN BOLEH TURUT NAIK SAMA. TERGODA TENGOK MEE GORENG DAN CENDOL PULUT TU . LEPAS PUASA NANTI BOLEH CUBA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye...akak lebih concern la pinggan proper. Ni tengok....alehai...

      Delete
  8. aduhai terliur pulak baca post ni time tengah puasa. nampak sedap lah cendol kat sini

    ReplyDelete
  9. Fuh ni dugaan bulan puasa ni haha nampak sedap . masuk dalam list hee

    ReplyDelete
  10. i suka makan kat kedai macam ni... rasa lebih sempoi dan selesa... laksa tu nampak sedap heheh

    ReplyDelete
  11. Besar sebuah kedai cendolnya.. mana=mana tempat kalau ada cendol, mesti ada lekasa penang kan.. rasa nikmat makan menu dua tu ...

    ReplyDelete
  12. Ok. Lepas ramadan insyaAllah boleh pergi. Lebih feel kalau makan cendol dan laksa di lokasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sekurang-kurangnya Rawlins dah tahu tempatnya kat mana.

      Delete
  13. tengok laksa tu macam sedap nya! boleh lah singgah lepas ramadan nanti kalau pergi ke sana. hidden gems ni! tq sis for sharing

    ReplyDelete
  14. Uishhhh! sedapnya makan cendol time2 ni.. If Kajang ni dekat, sure dah terjah kedai ni.. takde la mahal sangat kan... 3 person harga ni.. berpatutan juga la..

    ReplyDelete
  15. Hmm........dekat Sg Merab shi en warung cendol nie. That's quite near my place. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  16. Lama dah tak makan laksa. Laksa memang favourite. Harga pon berpatutan

    ReplyDelete
  17. Woahhh... Ni yg x boleh nak baca lama2 mesti terliur... Craving pula sekarang

    ReplyDelete
  18. Kalau pekena cendol, mesti ada laksa. Baru ngam. Hehehe. Saya suka laksa stail camni. Sedapnya. Akak ni mengundang betul. Sebab bulan Ramadan ni bleh jilat skrin. Hahaha.

    ReplyDelete
  19. Ya Allah time macam ni lah cendol keluar dan juga ada laksa bestnya nak kena cari untuk berbuka ni hehehehehe terliur sangat dah tengok...

    ReplyDelete
  20. Faiq dah ada port baru nak makan cendol. So lepas ni boleh makan cendol sambil pekena laksa.

    ReplyDelete