Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, April 27

Bila sekolah ada kes Covid-19

Pagi ni kecoh sekejap sekolah Dania sebab ada surat rasmi dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat yang forward surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor tentang penutupan sekolah Dania disebabkan ada kes Covid-19. Sekolah kena melakukan sanitasi untuk tempoh 2 hari bercuti tu. Tambahan pula Khamis cuti Nuzul Quran jadi bersambung lagi 1 hari menjadikan 3 hari bercuti.

Actually mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, sejak malam tadi dah ada ura-ura ada pelajar kena Covid tapi kawan saya tak bagitau sebab takut khabar angin. Rupa-rupanya memang betul. Saya risik-risik juga Tingkatan berapa yang kena tu?. Alhamdulilah bukan Tingkatan 5. Bagusnya Tingkatan 5 ni tak berkongsi kelas dengan Tingkatan yang lain. 

In fact, pelajar Sekolah Rendah Agama berdekatan dengan rumah ni pun ada yang kena Covid-19 ni. Tak silap 10 orang. Kemungkinan besar duduk berdekatan dengan rumah saya ni lah. Jadi, sentiasa beringat la kita di mana sahaja untuk menjaga SOP kita ye....saya pun sepanjang ramadan ni belum menjejakkan kaki ke bazar ramadan lagi sebab kat sana memang ramai orang. Kalau boleh tak nak close contact dengan ramai orang. 


Bercuti bukan sebarang bercuti tau....tapi kena hadap pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) online. Hanya Nuzul Quran ajer dijadualkan bercuti untuk PDPR ni. Saya rasa mesti kelam kabut juga cikgu untuk bersedia pengajaran secara maya ni sebab secara tiba-tiba ajer kan?. Jumaat ni baru masuk balik sekolah secara bersemuka.

Saya dapat tahu juga sesi persekolahan juga akan cuti raya pada :

11 Mei - 16 Mei (Cuti raya)
17 Mei - 28 Mei (PDPR)
29 Mei - 13 Jun (Cuti penggal persekolahan)

Masuk sekolah balik 13 Jun 2021 selepas Raya. Ish ish lama nau bercuti ni merisaukan juga buat ibu ayah yang ada anak nak periksa besar ni. Bagi saya, lebih efektif lagi kelas secara bersemuka ni. Nak buat macamana kan? Norma baharu. 

Moga semuanya berjalan lancar untuk pelajar bakal SPM tahun 2021 ni. 💪. Doakan ye kawan2 untuk Dania dan batch dia. 💗

2 comments:

  1. Kalau diberi pilihan memang suka pergi sekolah tapi apa daya, meningkat pula kes berkaitan kluster sekolah. Better be safe than sorry.

    ReplyDelete
  2. sek my zharfan pun tutup seminggu sbb ada kes covid. PDPR lah selama seminggu ni..esok baru bukak balik

    ReplyDelete