Isnin, Mei 3

Iftar di Bangi Resort Hotel

Pada Sabtu lepas, kami sekeluarga berpeluang berbuka puasa kat Bangi Resort Hotel. Selalunya setiap tahun tak terlepas nak berbuka puasa kat sini kerana faktor lokasi yang berdekatan dengan rumah. Lepas makan boleh terus terawih kat masjid berdekatan atau surau berdekatan rumah. 

Ok....harga bufet ramadan kat Bangi Resort Hotel ni RM72/pax kalau bayar online dan RM89/pax kalau walk in. Nak penjimatan kena la bayar online. Pada saya bufet kat sini boleh dikatakan antara yang terendah jugak harganya berbanding rata-rata kalau berbuka kat hotel paling minima pun RM100 ke atas. 


Kami bertiga setelah ambik apa2 yang patut. Ambik tak banyak pun sebab boleh ajer ambik lepas ni kan. Saya mulakan iftar saya dengan kurma dan buah-buahan. 


Sebelum berbuka, line kat sini punyalah panjang jadi malas la pulak nak beratur ni. Beratur sini setelah settle berbuka puasa. Line tak panjang jadi selesa la sikit. Ramai-ramai tu kalau boleh elakkan la. Apa yang saya nampak tahun ni punya bufet ramadan kat sini ramai la pulak. Line panjang kat luar hotel lagi haa masa ramai nak masuk ke tempat bufet. Setiap satu station kemain panjang line orang beratur. 
 

Ni lah sup tulang. Saya request isinya sikit ajer supaya dapat la merasa hidangan yang lain pulak. 


Betul2 kat luar tempat meja kami ni ada station sate. Saya tengok ajer tak terasa nak makan pun.  


Hidangan utama untuk dimakan bersama nasi. 


Pizza dan pasta station ni pun saya tak order apa-apa pun kat sini. 


Bubur lambuk selalu berlaukkan daging kan? kali ni kat sini bubur lambuk ayam pulak. 


Ini pula station nasi goreng. Nasi goreng ini special kerana dimasak oleh robot. Setiap tahun ada je nasi goreng robot ni.


Kuih muih tradisional dan kek. 


Ni pulak ulam-ulaman, telur masin, ikan masin. 


Station air kat sini. Ada juga air panas disediakan. 


Ni nombor meja kami. Kalau reserve untuk kami bertiga selalu la dapat tempat tak best. Kat sudut-sudut....😂. Mementang tak ramai umat tapi kali ni meja kami idak la terletak kat sudut. Elok je tempat yang mereka assign. 


Boleh pulak saya terjumpa kawan saya masa bekerja lepas selesai ijazah. Masa saya masuk, saya menggunakan diploma saya. Kawan saya ni tahulah saya ada ijazah cuma konvo je belum lagi. Ye lah baru nak mula bekerja jadi saya tak memilih la kan. Saya yang ada diploma ni Shipping Assistant. Sekali yang baru masuk lepasan SPM tu boleh pulak jadi Executive. Kengkonon ada banyak pengalaman tapi asyik tanya saya je nak buat macamana. Nampak pelik la jugak kan? 😕. Tak lama pun saya kat sini sebab dapat offer lagi bagus dan mengikut sijil yang saya ada. Ok...cakap pasal kawan saya ni, dah lama betul tak jumpa since tahun 2000 kot tapi dia masih cam saya. Nak dijadikan cerita, meja dia duduk tu betul-betul sebelah meja saya 😅. Company yang saya kerja dulu pun dah bungkus sebab ada masalah dalaman kot. Kalau google macam banyak je kena saman. 

Saya minta kawan saya Faizal ni ambik gambar le dengan suami saya. Boleh la letak kat blog. Hehe. 


Kalau ikutkan best ke tak iftar kat Bangi Resort Hotel ni?. Bagi saya kalau ikutkan seleksi hidangan memang banyak la kan tapi saya tak selesa sebab macam ramai dari 2 tahun lepas. Tahun lepas takde bufet ramadan ni. Dah la ramai, kapasiti surau pulak sikit jadi sangat la tak selesa sebab kena tunggu la orang habis solat. Tak boleh ke pihak hotel sediakan surau yang lebih besar sikit kan?. Tempat makan boleh je besar-besar kot. 2 tahun lepas orang tak ramai jadi kapasiti surau tu tak jadi masalah la kan dan masa tu takde la jarak2 kan. Kali ni berapa je yang boleh sekali solat tu?. Kena ada penambahbaikan la bab ni. 

12 ulasan:

  1. best ty buffet sbb byk choice mknn...i pun sukaaa la buffet2 ni...
    anyway, i tak pegi buffet ramadan thn ni sbb cuak dgn covid..tak berapa konfiden gitu..so hari2 tapau dan mkn kat umah ajer lah jwbnya, i ada gak ajak mr hubby tp dia tak mau
    hrp2 covid cepat lah reda...kes mcm tak turun2 jer..

    BalasPadam
  2. best jugak kan sesekali berbuka kat luar, nanti nak ajak husband berbuka kat sini

    BalasPadam
  3. Love the food I see here. It must be a nice dinner to buka puasa at the hotel buffet with our family

    BalasPadam
  4. Tahun ni tak pergi pun..rindu pulak makanan dan suasana berbuka disana. Ta tahulah lepas ke idak tahun ni

    BalasPadam
  5. Kalau ikutkan Bangi Resort Hotel nie tak sampai 5 minit dari rumah Rawlins. Tapi tak suka pergi sebab manusia memang ramai dan dia selalu lambat refill makanan. Hehe.

    BalasPadam
  6. Setiap kali Ramadhan, iftar kat Bangi Resort Hotel memang dalam list. Tapi tahun ni tak boleh merentas negeri...huhu

    BalasPadam
  7. Nell suka sangat bubur lambuk recently.. looks yummeh ya! pergi buffet first thing hunting bubur ni.. :P dah terpaksa MCO dah ni.. tak sure sempat tak merasa iftar kat sini..

    BalasPadam
  8. Terliur tengok semua juadah tu. Udah lah terbaca masa pukul 10.30 pagi ni ha..huhuhu

    BalasPadam
  9. woow...am sure you had a great buka puasa at this buffet, the food varieties so great, am hungry while reading here :D cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  10. Biasa kalau nengok buffet Bangi ni, makk aii bak kata Rawlins memang fullhouse manjang.. sebab ada kawan stay sana.. cuma tahun ni tak tau la kan.. nampak okay je tu Ezna pergi.. makanan dia pun ramai orang puji sedap..

    BalasPadam
  11. nampak pun ramai org datang makan kat sini...tapi nampak pilihan amkanan mmg banyak mmg puas hati

    BalasPadam
  12. Lama gile kat ke bangi..hehe dan lama jugak x berbuka kat hotel sejak2 covid ni kannn

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...