Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, April 1

Hotel Movenpick and Convention Center KLIA | Menarik atau sebaliknya

Ini adalah entry throwback. Ni masa tahun lepas (baru nak update 😁). Tarikh hari ni yang kami pergi makan kat warung ni ialah 22 Ogos 2020 πŸ˜…. Ok saya tahu tahun ni dah 2021. Kami makan tengahari kat Warung Bunian. Dah kira on the way nak ke hotel kami tu. Lauk untuk 2 orang tapi nasi untuk 3 orang. Lauk tu kalau buat 3 hidangan takut yang kena perabihnya hubby jugak. πŸ˜„. Selesai makan moh le kita ke hotel tersebut. 


Ni lah hotelnya, Hotel Movenpick and Convention Center KLIA yang terletak di Sepang. Tujuan kami menginap kat sini sebab mulanya nak menginap kat Avani Sepang Goldcoast Resort. Tapinya, kena menginap 2 malam pulak kat Avani. Dah kenapa pulak kan?. Nak menginap 1 malam sebab nak grab promo RM500++ 1 malam tapi macam kena paksa menginap 2 malam. Terus tak jadi.....inilah hotel pilihan kedua. 

Niatnya nak makan ikan bakar kat Sepang tu haa.....saje-saje la nak menginap kat hotel sama. Kat bawah ni macam teaser movie seram. πŸ˜‚. Setuju? 

Masuk bilik ajer, Dania ada online tuition jadi nak guna la plug, boleh pulak plug rosak dan akhirnya jumpa juga plug yang ok. Plug yang guna untuk lampu hiasan dalam bilik. Kekurangan plug la pulak. Dalam zaman yang orang guna gadget ni plug tu kalau boleh banyak la kan. Mana nak guna laptop lah, nak charge phone lagi. Banyak nak di'komplen'kan kat hotel ni. Kita kalau bayar untuk service, kita mesti nak yang terbaik kan?. Hotel ni pulak 4 star rating dia kalau saya google.   


Bilik kami. Not bad juga bilik kami ni haa....


Pergi awal sikit nak makan malam kat Restoran Terapung HM Sri Bagan. Takut pergi lewat orang ramai sangat. Rupanya pergi awal pun ramai juga orang. Kena beratur tu sebelum dapat masuk. Nasib baik ada meja kosong untuk kami bertiga. 


Dapat la air kosong dengan kerepek nak buat kudap-kudap sebelum hidangan utama tiba. 


Inilah pilihan masakan laut. Ada sotong celup tepung, kerang bakar, ikan siakap tiga rasa, pepahat bercili dan sayur. Memang puas la kami tiga beranak makan. Alhamdulilah. 


Lepas makan memang terus balik hotel la. Takde nak singgah mana-mana lagi. 

Bermalam kat Hotel Movenpick and Convention Center KLIA ni, aircond dalam bilik tak berapa kuat. Saya tahap boleh berpeluh la jugak. A bit warm. πŸ’¦Aircond pulak centralized. Maybe sebab tetamu hotel tak ramai jadi aircond dia slow sikit. Kami ada la beli air mineral jadi letak la dalam peti ais sebab nak bagi sejuk. Esoknya bila ambik mineral water tu, air tu tak sejuk πŸ˜†. Nama je peti ais tapi bila air tak sejuk. Rasa dia kan.... sama macam air mineral yang kami beli semalam. Hmmm......

Ni saya rangkumkan sekali hari kedua kami di sini. Sempat la snap gambar ni. Nampak tak macam tempayan besar tu?. Sebenarnya itulah spa. Cuak jugak saya kalau spa macam tu sebab di balik bumbung ala tempayan tu boleh nampak jika berdiri kat luar bilik tingkat atas. Kot ada yang mengintai lagi haru...

Gambar ni nampak ala kat padang pasir kan?. Dengan pokok palma yang tinggi. Kat sini nak ambik gambar memang cantik la bagi saya. 


Cantik bergambar kat botol kaca berwarna-warni ni. 


Ni cafe tempat makan kat hotel ni. 


Breakfast kat hotel ni tak banyak pilihan la. Pusing-pusing aik....kat tempat yang sama. Hubby nak ambik air kopi pun dah habis. Staff tak tambah secepat mungkin. Kopi ni guna coffee machine tu ajer takde kopi yang panas dan teh panas yang akan diletak dalam teko macam selalu hotel lain buat. 

Kat sini pulak macam tempat untuk bersantai. 


Haa ni saya kata di sebalik bumbung ni boleh nampak ruang dalam spa ni. 


Walaupun hotel tak best tetap nak ambik gambar kat sini. Luar dia cantik la. 


Dania pulak bergambar kat sini. 


Bersama kereta kecil yang membawa keluarga kecil kami ke sini. 


Alang-alang dah kat area KLIA ni kan, haruslah singgah Mitsui Outlet pulak sebelum bertolak balik ke rumah. 


Saya dapat la email dari pihak hotel untuk memberikan maklumbalas tentang hotel mereka pada 26 Ogos 2020, iaitu 3 hari selepas kami tiba rumah. Saya tak jawab maklumbalas pun yang ni. 31 Ogos 2020 sekali lagi hantar link untuk maklumbalas. Apa lagi tulis la apa yang kami tak puas hati kan?...selepas tu takde pulak terima permohonan maaf ke apa ke sebab ada yang kita komen tu perlukan penambahbaikan. Customer is always right apa?....tapi customer pun jangan la komen yang bukan2 tak masuk akal. Saya komen supaya mereka dapat memperbaiki lagi perkhidmatan kerana hotel ni antara yang terdekat dengan KLIA jadi mungkin pelancong akan datang menginap kat sini. Hotel ini adalah rangkaian hotel Accor. Sepatutnya service di tahap maksima. 

Jadi.....menarik atau sebaliknya?. Saya pilih sebaliknya πŸ˜”

28 comments:

  1. thanks for the review ezz
    mcm tak best jer hahah cuma nice la utk posing2 tu bilik u amik tu ada double bed ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik i ni 1 king ajer tapi tak silap ada juga yang double bed.

      Delete
  2. Pernah juga plan nak stay sini tapi belum ada kesempatan. Secara luaran nampak cantik hotel ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye luaran sangat cantik dan bentuknya unik juga.

      Delete
  3. I miss eating buffet at Movenpick Hotel. The food is good. And this hotel is so beautiful.

    ReplyDelete
  4. Uniknya hotel ni punya rekaan kak. Sotong tu macam sodap je. Buat kita lapar ni kak. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Ruby suka sotong eh?. Hotel ni memang cantik sebenarnya cumanya service tu kena tambah baik.

      Delete
  5. Spa dia tengah laman macam tu je...uishhh..danger. hihi. Sayang kan hotel dah cantik tapi tak best. Harap feedback customer dorang tak ambik ringan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada berani nak pergi spa macam ni?. Eiiii sis tak berani.

      Delete
  6. Okay nama unik dan best dah tapi sayang service nya pula kan? Kalau khai mmg terus report sebab kite bayar kan? Lainlah kalau ditaja haha tapi mcm nk try stay sini juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah memang kat feedback tu takde pasal pelangi lah Khai. Hehe.

      Delete
  7. Pernah masuk sekali je hotel ni, tu pun sebab nak register nak park kete di situ nak ke Krabi dulu.. memang cantik design bangunan dia kannn..

    ReplyDelete
  8. Hotel dia nampak cantik.. tapi.kurang plug pula.. selalu di bilik hotem byk disediakan plug kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plug tu penting Ayu. Ni guna plug lampu situ. Apooo?

      Delete
  9. Hurm... Tak best kan kalau ada pengalaman mcm ni.. Nell pun confirm call utk complaint.. We want to have a comfortable staycation kan!

    ReplyDelete
  10. Thank you sebab bagi honest review. Biasa kalau baca artikel blogger2, kebanyakannya sponsored post, semua iklan je. Bila ada review mcm ni, sangat membantu pembaca buat keputusan dalam pemilihan hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...ini memang honest ni. Takde sorok2 lagi. They have to take action mana2 yang kurang. After all hotel rangkaian Accor tu 1 dunia kot.

      Delete
  11. Sayang sungguh servis kurang bintang. PAtutnya time camni servis kenakasi tip top barulah orang teruja nak datang ke sebab diorang tak kisah. Nanti bila dah open kuota haji mesti hotel ni kembali meriah tapi nak tak nak orang kena terima sebab tiada pilihan. Harap pihak pengurusan Movenpick ambik tindakan secepatnya. Jangan nama jer gah tapi hampeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe dia ambik ringan sebab tetamu tak ramai kot. Ye kena penambahbaikan untuk menjaga nama. Rangkaian hotel Accor kot...

      Delete
  12. Dari luar memang nampak menarik hotel nie. Baru teringin nak stay tapi kalau aircond tak sejuk, maybe no la kot hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe masa Rawlins menginap kat sini masa tu aircond pun dah sejuk. Nama je pasang aircond kalau kita berpeluh tu tak guna jugak.

      Delete
  13. Ini bukan dulu dibuka untuk hotel jemaah haji yang nak berangkat ke tanah suci kan dekat tepi masjid tu yang besar dan tersergam indah. Kita selalu lalu nampak sangat cantik teringin juga nak duduk situ hehehehe...

    ReplyDelete
  14. Membantu sangat review macam ni cuma hotel ni macam banyak juga spot best untuk tangkap gambar kan

    ReplyDelete