Sabtu, Oktober 27

Hi Tea bertema Superheroes

Mulanya pergi ke Palma Garden Hotel ni untuk cuba makan kat Aroi Dee ni. Tengah ada promotion. Saya siap telefon la nak booked untuk 3 orang. Sekali, bila datang ada private function. Person in charge tadi tak aware ke?. Angin jugak la kan....

Kalau nak makan kat Aroi Dee ni dapat harga RM50 untuk 3 orang. 


Terpengaruh dengan kawan punya pasal la ni. Tengok tu banyak juga kan hidangannya. Berbaloi la saya rasa.


Jadi, kebetulan hubby dari minggu lepas dok mencari Hi Tea, terus kami ke Palms Cafe. Tak jadi makan kat Aroi Dee kami ubah ke Palms Cafe kat dalam Palm Garden Hotel ni juga. Hubby kata dah alang2 kat sini kan. 

Ada kek Captain America dan beberapa desserts lagi. Masa ni tak perasan lagi Hi Tea ni bertema Superheroes. 


Kami bertiga....


Pilih....pilih....


Ni pinggan saya....hehe. Berlambak brokoli saya makan. 


Kan saya dah kata tema Superheroes?. Kami pun ambik gambar la dengan Bat Girl dan Iron Man. 


Kuah rojak ni agak manis. 


Kalau ada anak2 excited la dengan kehadiran Superheroes ni. Bat Girl, Iron Man dan Batman.  Ada je anak yang takut tapi ayah dia paksa selfie dengan Superheroes ni. Nampak sangat yang excited ayah dia sebenarnya. 😝😝😝


Ni bahagian roti dan tepi tu crab meat and pumpkin soup.


Ni lah crab meat and pumpkin soup.


Ni pinggan Dania. Cupcake tu paling sedap. 


Palms Cafe ni tak lah besar mana tapi selesa juga. 


Buah-buahan dan hujung sana ada popcorn. 


Sausage Puff. 


Nak pasta pun ada yang masakkan. 


Seafood Wantan ni saya ambik banyak sebab sedap. 


Meja makanan utama. 


Ni meja makanan ringan, ada rojak juga. 


Palms cafe dengan harga RM68/pax. Kalau ada credit card Standard Chartered boleh dapat lagi potongan 20%.


Kalau berminat Hi Tea bertema Superheroes di Palms Cafe ni boleh la ke Palm Garden Hotel, IOI City Resort. Dekat sangat dengan IOI City Mall dan JW Marriot.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...