Nuff

Pusat percetakan kedua terbesar di dunia

Surau Ar Ridhwan area rumah saya ada mengadakan lawatan ke Nasyrul Quran yang terletak di Putrajaya. Rombongan ini disertai oleh kariah surau rumah saya. Kebanyakkannya mereka yang telah bersara lah. Kebetulan hubby pun minta cuti hari ini jadinya dapatlah kami berdua melawat Nasyrul Quran ni bersama-sama. Disebabkan Nasyrul Quran ni berdekatan dengan tempat tinggal kami semua jadinya semua berkumpul di Nasyrul Quran terus. 

Saya dan suami tiba sebelum 2.30 petang yang sepatutnya kami semua berkumpul di sini. Jadinya sempat la pergi cafe restu dulu. Bergambar berdua dulu lah. Dania takde sebab Dania sekolah petang. Kasi chance ummi dan ayah ok? 😉😉😉




Hubby makan nasi goreng ayam dan saya puding roti. Sos puding roti ni kemain banyak. Rasa keduanya memang not bad lah. 😋😋😋. Alehnya hubby tapau nasi goreng ayam tu. Portion banyak juga tu. 



Kemudian, kami semua berkumpul di dalam dewan untuk mendengar taklimat. 


Masa ni kami dibawa berjalan ke kawasan pameran. Quran yang ditulis tu dan proses mencetak quran mengambil masa 5 tahun untuk siap. Kalau edisi tu nak dicetak hanya menggunakan master copy . Jika ingin mengeluarkan edisi baru, maka proses akan bermula semula dari 1 dan ia akan mengambil masa selama 5 tahun. 


Alat yang digunakan untuk menulis quran. Diantaranya bulu landak. 


Rombongan kami dalam 40++ orang juga lah...


Ruang pameran yang dipenuhi ayat2 suci Al Quran. 


Penerangan daripada ustaz yang membawa kami sekitar ruang pameran. 


Setiap Al Quran itu ada motif yang ingin disampaikan. Mungkin motif bunga, motif etnik sesuatu kaum / bangsa dan lain2 lagi. 



Nampak tak garis pembahagi warna gold di sekeliling ayat suci ini?. Ini memang gold yang asli. 


Ni di tingkat atas ni. Pintu ni sangat cantik membuatkan saya ingin bergambar dengannya. Saya memakai jubah batik. Bukan baju kelawar batik tu ye....Hehehe....


Kilang percetakan Al Quran kedua yang terbesar di dunia. Kilang yang pertama terletak di Arab Saudi. Sebenarnya kilang percetakan Al Quran yang terbesar di dunia terletak di Iran tetapi memandangkan Iran mengamalkan Syiah dan Al Qurannya juga ada yang ditokok tambah maka dunia tidak mengiktiraf Al Quran yang dicetak di Iran. Begitulah ceritanya....

Berhati-hati jika nak beli Al Quran. Pastikan ada cop Kementerian Dalam Negeri. Kalau takde tu, Al Quran tu tak diiktiraf lah. 


Galeri untuk membeli Al Quran. 


Inilah harga Al Quran yang dijual di sini. Boleh beli dan infaq juga. 


Ada Quran yang dijual ada yang takde terjemahan dan ada yang ada terjemahan. 



Ruang pameran...




Gong yang terletak di luar Nasyrul Quran. 


Apa makna Nasyrul? Nasyrul bermaksud dakwah dalam Bahasa Malaysia. 

Goodies makanan ni ada seorang ahli kumpulan rombongan sedekah. Setiap yang datang rombongan ni dapat air mineral, roti dan buah pisang. Terima kasih. Murah rezeki si pemberi. 


Bergambar berdua di hadapan Nasyrul Quran, Putrajaya. Masa kami kat dalam Nasyrul Quran ni hujan kemain lagi lebat. Nasib baik lepas lawatan, hujan pun berhenti. mengikuti lawatan ini. 

Nampak tak kereta yang boot terangkat tu belah kanan? Haa beliau lah yang distribute goodies untuk mereka yang 


Lawatan yang memberi informasi tentang Al Quran. Moga ada peluang lagi mengikuti lawatan berinformasi macam ni di masa akan datang. 

Kepada yang nak arrange lawatan ke sini bolehlah layari 



Lawatan kat sini kena dalam group. Macam tak boleh pula datang dalam kumpulan yang kecil. 

Comments

  1. ye ke? baru nak pergi anak beranak je kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Ila nampak ada group, join je group tu. Boleh juga macam tu. Kalau nak pergi area jual beli Al Quran tu boleh ajer tapi kalau nak masuk ke dalam kena dalam group.

      Delete

Post a Comment

Translate

Popular Posts