Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, October 11

Warehouse sale kereta

Selalu kalau pergi warehouse sale, selalunya ada la 1-2 barang yang dibeli tetapi warehouse sale kali ini....

Suami saya dapat sms jemputan untuk ke warehouse sale kereta Audi. Diadakan pada hari Sabtu jadi lepas breakfast, kami pun menuju ke Kompleks EON dekat Glenmarie. Kami disambut oleh sales person bernama Raymond. 

Sementara suami dilayan oleh Raymond tu, saya dan Dania pergi la ke kereta untuk tengok interior dalaman kereta Audi. Kereta Audi yang dipamerkan merupakan kereta yang telah didaftarkan. Kira 2nd hand tapi mileage rendah. Berbaloi beli kalau betul2 berminat dan harganya juga banyak penjimatan dari kereta Audi yang baru. 


Banyak Audi warna putih pula kat sini. Dania bergambar ni dengan kereta Audi A6. Lampu A6 yang smart kat bahagian depan. 


Saya suruh Dania berdiri kat sini sebab kena pulak dengan warna baju dan kasut Dania ni haa....


Kereta Audi ni dari siri Q di mana ia merupakan kereta Audi SUV. 


Audi A4 ni ada enjin kapasiti 1.4 liter dan 2.0 liter dengan enjin TFSI. 1.4 liter pun kalau bawa, tekan sikit je pun dah lari laju. Apatah lagi yang 2.0 liter. Walaupun enjin 1.4 liter tapi kelajuannya tu tak terjangkau dek akal. Teknologi dari Jerman ni memang canggih. 


Dania geram dengan belon yang banyak ni. Rasa nak ambik je tapi saya tak nak la kot meletup dalam kereta nanti. Ishhh....


Kat luar Kompleks EON juga ada beberapa food truck. Kami dapat 3 kupon jadi boleh beli la kat mana2 food truck. Kami pilih yang ni. Food truck ni katanya untuk breakfast. Food Truck yang lain akan menyusul untuk cover makan tengahari. 


Tak ingat apa ke namanya tapi intinya ayam, salad, mayonaise dan sos thousand island. 


Menarik juga datang kat sini. Boleh test kereta walau kami tak beli pun. Kalau sesiapa yang booking kereta kat sini, gong akan dibunyikan. Bunyi gong yang kuat membuatkan saya pun terkejut. 😅😅😅

32 comments:

  1. minat audi. tapi tu la, mahal.
    over dari kemampuan.
    audi memang cantik. ekslusif.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tengok dulu Suzz....next next car nanti mana tahu?. Rezeki u kan....

      Delete
  3. wah..warehouse sale Audi..tapi Audi laaaa kann..hahaha..setakat ni mampu tengok dan pegang je la kot..apa pun untuk yang berkemampuan dan peminat Audi, acara camni memang bagus la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat Audi ni je yang beli. Saya pun tak beli. Lebih kepada menjamu mata ajer...

      Delete
  4. wah warehouse sale untuk kereta ni, jarang-jarang betul dengar kan, selalu sale baju je hehehehe tapi not bad jugak condition Audi tuh ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat jarang Lily. Tu yang bila kata warehouse sale?. Ingat baju ke....Hehehe...

      Delete
  5. waa menariknya jalan2 tengok and test drive kereta mahal hehe..Audi mmg style dan best baca spec dia tapi mmg tak mampu lagi laa nak pakai Audi..mampu tengok je jugak then beli makanan kat food trucks tu jela hehe..Nampak mcm best jee mknn yg ada tu hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Food truck tu je yang free. Kete ni nak kena beli. Akak pilih yang free. Hehehe...

      Delete
  6. Wah kereta Audi tu. memang idaman setiap lelaki ni. Tapi kalau saya sendiri memang tak terjangkau dek gajiku la..hehe

    ReplyDelete
  7. Siapa tak minat Audi tu giler la kan..SA yang tgok gambar ni pun terpegun ha...rajin Ezna pi warehouse sale kan..nampak menarik plak hidangan food truck tu..ini kalau Dania SA ada ni...sure dia ajak makan je ni..dia x berapa minat tgok2 kereta..hahha..makan bagi kat dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dania Yasmine tu terpaksa ikut ummi dia suruh pose SA. Dia pun minat nak makan ajer. Hehehe...

      Delete
  8. Syoknyer dapat test drive Audi..dapat masuk kokpit A6 pun jadi dah..macam mana nak dpt jemputan utk warehouse sale kereta macam ni ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk showroom kereta kemudian cakap je la dengan sales person kalau ada sales / warehouse sales u interested nak pergi. Nanti dia masukkan dalam list.

      Delete
  9. Wah! Kak ezna nak beli audi ke? Ada test drive ke? Mana satu model yang akk suka tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak beli Audi lah. Kakak tengok ajer. Minat yang Q3.

      Delete
  10. car pun got warehouse sales? so, did u grab a new car back? heheheh.. looks like it's a great car... nice to test drive it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. No lah Kylie. Memang nama dia Warehouse Sale tapi balik takde 'tapau' kereta. Hehehe

      Delete
  11. saya minat betul dnegan audi.. lagi2 yang model kecik tu. tapi itulah agak mahal dan maintenance pun tinggi juga

    ReplyDelete
  12. Selalu jugak jeling-jeling bila warehouse lereta ni , tapi mampu jeling je ahahaha , audi lawa gilaaaa phewww

    ReplyDelete
  13. Cantik yer model kereta Audi ni.. memang terpikat sekali tengok, 2 kali tengok harga, terus takpelah..hehe. tak tahu pulak ada warehouse kereta camni. Tapi kalau betul2 nak beli syok gak sbb harga murah

    ReplyDelete
  14. first time dengar pasal warehouse kereta..kerea audi pulak tu..agak menarik..harga dia jauh beza tak dengan harga pasaran normal..i mmg minat audi tapi tak mampu lagi hehehe

    ReplyDelete
  15. Perghhh kereta idaman semalaya ni..memang pengsan kalau sis dapat pakai keta ni..hahaha, tapi sis mampu tengok je lah...fulus elekkk...:D

    ReplyDelete
  16. syokla dapat pergi warehose sale ni..suka tengok jenis kereta-kereta ni, boleh try dan tengok lebih dekat..hehee..audi ni mampu tengok jela, takda nak beli..hehe

    ReplyDelete
  17. Macam menarik je. Rawlins berminat la nak join kalau ada warehouse sebegini. Mana tau ada rezeki boleh beli satu kan. Haha.

    ReplyDelete
  18. Audi memang smart tapi kalau nak beli memang tak mampu. mampu tengok jela. Tapi kalau mampu pun setakat vios jela

    ReplyDelete
  19. That's my favourite car!!! really can't resist this brand. For sure i will have one of those in very soonest time!!

    ReplyDelete
  20. Seriously sale kereta yang sangat awesome. Menarik betul kereta ni. Nasib Ika tak gila kereta. Sure Ika datang serbu hari ni juga hohoho

    ReplyDelete
  21. kete pn ada warehouse ye..1st time dgr..biasa warehouse mcm bj2, kasut, handbag, perfume, brg baby..syok la bole test drive kn

    ReplyDelete