Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, October 10

Pahlawan gagah berani....

Jumaat minggu sebelumnya, cikgu sejarah Dania dah bagitau kelas Dania kena datang pagi untuk buat persembahan Kuda Kepang (24 September 2018) untuk minggu penutup bulan kemerdekaan. Dania sekolah petang jadi kena datang pagi masa perhimpunan murid pagi. Since lepas tu ummi kena bawak balik so ummi might as well tunggu dan usung je le DSLR ni. Hehe.....

Ok....Dania punya peranan sebagai orang kampung yang kena main congkak sebelum dikacau orang nakal. Baju blouse ala kelawar ni ummi kebetulan beli hari ahad kat Alamanda. Kat tengah tu ada promo barangan dari Terengganu. Dapat harga rendah dari biasa sebab promo kat Alamanda tu last day. Batik dari Noor Arfa Batik. 


Kuda kepang ni ada seorang kelas Dania buat balik sebab persembahan sebelum ni guna kuda kepang yang lain. Ni yang lebih cantik kot bagi saya. 


Zaid ni ketua kuda kepang dan pengajar koreografer buat penari kuda kepang. Sekarang ni tak susah. Tengok je youtube. Manis orangnya. 


Adriana ni sibuk tolong kawan lelaki semua bersiap. Kena staple kat bahu tu supaya kemas. 


Budak lelaki ni kena cat hitam kat mukanya sebab melakonkan watak budak nakal. 


Ni pun kawan sekelas Dania yang tunjukkan saya macamana nak main gasing. Berlakon watak orang kampung. 


Sesambil tu saya ambik la gambar sekolah Dania ni. 


Kawan sekelas Dania tengah prepare tu...


Ambik gambar dengan guru PSS (Pusat Sumber). Dania kata mungkin masuk majalah sekolah ni sebab cikgu ni salah seorang yang handle majalah sekolah. Dania tu dengan kawan baik dia, Nur Zalilah. 


Ni gaya freestyle. Memang freestyle sungguh sebab ada yang tak tengok camera saya pun. Bagi apa tu??...


Ni kawan Dania nama Humaira. Masa nak cat hitam kat muka, ramai yang kata flawless nya muka Humaira ni. Takde 1 biji jerawat pun. 


Ni la pahlawan kuda kepang. Dua dari kiri yang pakai cermin mata ni nama Aiman. Memang sejenis yang pemalu. Bila saya cakap senyum baru la nak senyum sikit. Gambar mana entah Aiman ni baru senyum. 


Ni Mira Farisha tukang bercerita. Pakai shawl cantik kemain sampai saya pun berkenan. Rupanya shawl dari Sofea Rose. Manis kan? Kena juga la dengan orangnya....


Berlatih dulu sebelum persembahan sebenar. 


Saya ambik video persembahan kelas Dania ni. 


Gambar ni saya ambik dari facebook sekolah Dania. Memang close up sungguh ni. Thank you la sesiapa yang ambik ye....


Persembahan kelas Dania ni akhirnya mendapat tempat pertama pelajar Tingkatan 2 untuk Pertandingan Persembahan Kebudayaan Alam Melayu anjuran Panitia Sejarah. 10% markah persembahan ni untuk markah peperiksaan akhir tahun. 50% pulak untuk projek sejarah (group Dania buat binaan miniture Masjid Panchang Bedena). Hanya 40% markah untuk peperiksaan akhir tahun nanti. 40% pun kena score juga....Moga dipermudahkan...

Tahniah kelas Dania Tingkatan 2 Dedikasi. 

No comments:

Post a Comment