Sekolah Dania, SMK Jalan Empat ni kalau kat Bangi dikenali dengan nama singkatan JESS iaitu singkatan daripada Jalan Empat Secondary School. So far Dania nak masuk tahun kedua kat sekolah ni memang mengadakan JESS Run ni. Diadakan kat Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Bersempena juga dengan Hari Sukan Negara 2018. Memang jatuh pada hari yang sama.
Menariknya tahun ni ummi dan ayah kena bertugas. Jadinya breakfast dulu kemudian 7.30 pagi gerak ke sini. Dania nampak kawan baik dia dan adik serta ibu kawan baik Dania ni. Adik Nur Zalilah ni lagi besar dan tinggi daripada kakaknya.
Okay ni group masukkan medal ke dalam plastik sijil. Belah kanan tu baju ala purple gelap saya ajak masuk. Mulanya memang malu dan join. Tengok2 pandai pula bawa diri tu haa....dan siap bercerita ada jumpa cikgu kelas anak kat sini. Tu lerrr...tak rugi kan join aktiviti gini?
Kak Zu belah kiri dulu tu sama menyewa kat apartment di Seksyen 9, Shah Alam. Pelajar degree kat UITM Shah Alam masa batch saya dulu kena tinggal kat luar. Tak pasti sekarang ni macam mana.
Suami saya pun sporting join sekali tapi bisik kat saya, khemah ni ramai orang perempuan. 😝😝😝
Ni lah medal dan sijil yang bernilai sijil kebangsaan ye. Kalau nak apply sekolah berasrama memang sijil ni penting tau....Dania dah mula mengumpul sijil masa Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 2. Saya dah prepare 1 file khas untuk Dania. Ko kurikulum penting ye jadi jangan ambil ringan aktiviti Ko kurikulum. Apatah lagi kalau kat sekolah harian biasa, markah dinilai setiap tingkatan. Nak tak nak kena aktif setiap tingkatan.
Saya sangat suka warna sijil dan medal. Purple......💜💜💜
Takde petugas lelaki kat khemah medal dan sijil mahupun khemah makanan kat sebelahnya.
Datang pagi ni masih tenang la kat sini. Padang agak becak sebab hari sebelumnya hujan.
Ni khemah hadiah cabutan bertuah.
Saya snap gambar pelari yang dapat No. 2 ni dari Sekolah Berasrama Penuh Sultan Muzaffar Syah.
Ni cikgu Dania ni tengah gariskan kat bib menandakan dah claim medal dan sijil.
Adik ni kemain comel jadi saya halakan lensa kamera ke arahnya. Darjah 6 tak silap saya ni. JESS Run ni kategori terbuka jadinya orang luar pun boleh join.
Saya kenal baju merah ni je sebab dia sekelas dengan Dania. Nama dia Zieyad.
Ada orang dah boleh relaks dah.
Belah kiri tu orang kuat PIBG tu. Pn Sharifah. Dia pun join JESS Run. Tengah tu Pn Azlinda AJK KSIB dan kanan sekali macam penyanyi 'bola bola api' (Siti Nordiana).....Cikgu kelas Dania bernama Cikgu Adelinawati.
Buat buat sibuk. Hehe. Dengan kita membantu pihak sekolah ni pun ada markah Sarana yang akan di key in dalam sistem. Ini termasuk masa kita datang untuk meeting PIBG, datang untuk Hari Dialog Prestasi.
Majlis selesai dalam jam 10 lebih macam tu. Nak kena rush balik rumah untuk hantar kereta ke service center untuk rectify masalah.
Gambar last sebelum balik kat gerbang Start / Finish. Sebab ummi dan ayah bertugas, tak sempat la nak snap masa mula pelepasan peserta JESS Run ni.
Dari kiri yang pakai cermin mata tu Amna, Dania, Amirah dan Aina. Geng ni tak cukup lagi seorang bernama Aini. Ni geng semua nama bermula dengan 'A'. Mereka semua sekelas.
Dah balik rumah, penatnya tuhan je yang tahu. Macam malas je nak keluar jalan2.
Join fun run ni dah jadi gaya hidup orang sekarang kan? emi pun suka join macam2 jenis fun run. seronok kumpul medal & baju hehe. pastu at the same time sebab nak amalkan gaya hidup sihat.
BalasPadamdlm setiap gambar ezna ni, saya mencari anak2 buah saya 2 org. 7 thn dan 4 thn.
BalasPadamadik ipar bwk diorang join run ni. ada update dlm grup wasap famili.
memang seronok diorang. seseronok gambar2 dlm entri ezna ni.
Seronok akak sekali sekala terlibat dengan fun run ni. Tapi dah lama ani tak lari silap2 semput dibuatnya. Apa2 pun anak gadis akak cantik sangat serta lemah lembut macam ibunya. Cikgu2pun happy je tgk.
BalasPadambagusnya u sgt rajin join aktiviti sek..me jrg2 laaa hehehhe unless kalau wajib (tak dpt nak escape)
BalasPadamskarang byk betul aktiviti run ni tp xpernh lg join mana2 run..bdn berat nk run hehe
BalasPadamBestkan jadi sukarela untuk event-event macam ni. Dulu pun suka jadi krew event sebalik tabir. Dapat rasa pengalaman dan juga macam ragam.
BalasPadamSeronok tengok ramai yang join aktiviti larian macam ni. Sy kalau kaki tak cedera mmg sy masih aktif bersukan.. Teruskan semangat.. Best boleh join run bawa family sekali
BalasPadamEveryone looks so happy joining the run. And medal and certificate been given out to those finish the run. Meaningful morning.
BalasPadammenarik join run macam ni..seronok tengok..bukan sahaja budak-budak seronok..mak ayah pun seronok..kalau ada macam ni memang join je
BalasPadamComelnya nama sekolah JESS, awalnya ingatkan sekolah convent rupanya Simpang Empat Sec School..kiut je sebutannya. Masa saya jadi cikgu dulu, budak2 memang excited time hari sukan macam ni. Semua bersemangat waja..
BalasPadamsekarang dah jadi lifestyle fun run ni. bagus la educate anak-anak practice healthy life kan. suka juga join run macam ni tapi kena jaga kesihatan. kalau badan tak fit lepas lari boleh demam urat sebab badan terkejut.
BalasPadamWah rajin u volunteer event sekolah anak. Suka i tengok. Nampak murid2 sekolah ni aktif jugakkan
BalasPadamBest tengok ragam anak-anak , hehe fun run enjoy je , lama jugak tak bersukan sobsss
BalasPadamLama nya tak jon larian macam ni hehehe dah semput sekarang ni nak lari faktor usia hehehehe tapi boleh lagi setakat 5KM In Sha Allah huhuh kena kumpul madel semula ni...
BalasPadamAlaaa dah lama kte x masuk acara larian ni hahah last masuk kalo tak silap bulan 3 hari tu pastu dah x masuk..nnt kena start semula ni
BalasPadammeriah gak! baguslah aktiviti macam ni memupuk dri awal so besar nanti no excuse ya untk bersukan
BalasPadamaktiviti run macam memang bagus kan dapat join event-event macam ni. tengok gelegat orang anak anak sekolah.. syokkk
BalasPadambestnya MUMMY tiap tiap minggu anak banyak aktiviti je dia joined... haih I tunggu anak anak I pula... mesti banyak gila aktiviti mereka bila mereka semakin membesar ni heee
BalasPadamwhat a fun activity there and hope more and more of this could motivate the young one to join more!
BalasPadamwowww rajinnya akak dgn husband join sekali hari sukan. hehe. nmpk mcm best jeee.
BalasPadam