Rabu, Oktober 31

Selebriti depan mata....

Kadang2 bila kita keluar tu boleh pula terserempak dengan selebriti. Masa ni saya dan family ke Sports Direct IOI City Mall. Masa tu Sports Direct ni tengah mengadakan sale. Dania bagitau kat ummi ada Dr dalam My Doctors la. Sekali saya jalan ke depan dan terus Dr ni depan saya. Saya kata ni Dr??? (Nama Dr pun saya tak tahu.....😛😛😛). Dr ni perkenalkan diri....saya Dr Say. Saya kata...anak kata Dr dalam iklan......jam....jam....Dr kata....jamban eh?. Perasan tak iklan Harpic Dr Say?. 

So masa nak ambik gambar ni....Dr Say tanya mana anak....saya kata anak dah lari. Boleh pulak Dania lari masa ni. Ishhh 😨😨😨 jadi saya ambil je selfie dengan Dr Say. 


Kebetulan kami ke area Damansara Utama, lepas solat Asar kat Masjid Mujahideen (tempat saya akad nikah dulu) hubby kata jom la ke Wondermilk Damansara Utama. Boleh la minum kat situ. Tiba kat sana, lepas kami minum tu masa nak balik, terserempak dengan seseorang yang sangat la lawa. Saya tanya u ni model ke?. Dia kata saya ni pembaca berita TV9. Ya ampun....saya tak kenal. (nampak nau tak tengok berita TV9 😉😉😉). Selalu saya tengok berita TV3 ajer. Nama si cantik manis ni Afizza Azmi. Dan dan tu saya follow IG Afizza. 

Kenal ke dak?

Saya pun ajak Dania ambik gambar dengan Afizza. Afizza ni baru lepas pergi panel pusat kecantikan Media Prima. Personaliti kena jaga penampilan la kan. Muka polos tanpa make up tapi bulu mata palsu tu buat muka berubah. Saya rasa orang lawa ni tak perlu kot nak tambah bulu mata palsu. Dah memang lawa kan.


So you alls kalau terjumpa selebriti rajin ke nak ajak bergambar atau tengok dari jauh ajer? Kalau event blogger ye lah kita selalu akan jumpa selebriti dan boleh diajak bergambar kan....ni kalau jumpa masa jalan2 dengan family. Agak2 nak approach ke selebriti tu?.

20 ulasan:

  1. kalo line clear..bole je ajk selfie...nk2 kalo yg kita jmpa tu mcm kita suka..sure la nk bergambar hehe..Dr. say ni ada tgk aritu die update psl goodnews wife die dh pregnant..tk kenal la pembaca brita tv9 tu hehe

    BalasPadam
  2. wahhh jumpa selebriti. kalau airah tengok dari jauh je sebab segan nak ajak tangkap gambar hahaha. kadang risau jugak gangu waktu diaorang hihi

    BalasPadam
  3. Kalau saya segan pula. Hihi. Kadang-kadang pun rasa serba salah sebab risau kalau selebriti itu pun perlukan privasi. Tapi iyalah, kalau sudah minat bolehlah cuba dekati dan tanya elok-elok. Manalah tahu dia okey dan jenis sporting, boleh ajak minum kopi sekali. Eh! Hihi.

    BalasPadam
  4. wow nice pics and good sharing here. I didn't know him til you shared here. There are many celebrities in Malaysia , I seen a few. Looks like he is friendly and willing to snap a photo with you, some I saw didn't want it at all :(. You'll surprise if I tell you who is it.
    Follow your gfc too, mine is namesherry.com

    BalasPadam
  5. memang best kalau terjumpa selebriti kat tempat2 awam ...tapi saya biasanya tengok jer dari jauh sebab tak nak ganggu privacy diorang kecuali diorang senyum dengan kita dulu dan jenis pelawa diri ajak bergambar sama....

    BalasPadam
  6. hehe..dah lama tak ajak sleebriti bergambar bila terserempak kt mana-mana..risau gak kot kot diorg rasa terganggu

    BalasPadam
  7. Bestnyaa jumpa.artis. cx memang takkan approach sebab segan. Hahahha Kang kot salah orang ke kan? Dan² time tu org dok pandang je kita. Tambah lg malu. Hahahhahah Nak ambil gmbr pon mestilah tidak. Keh3.

    BalasPadam
  8. Kalau ana tgk juga selebriti tu siapa kak. Kalau minat baru ana nak bergambar. Hehe. . Macam baru2 ni jumpa zul handy black dgn ameng spring, kebetulan memang minat dorang dr dulu tu yg on tu. Hehe. And dorang peramah dan baik.

    BalasPadam
  9. Wahh beruntung dapat jumpa selebriti..jeles kita..hehehe. Sis ada jugak kekadang terjumpa, tapi segan pulak nak ajak bergambar..risau time tu masa diorg tak nak diganggu. Kalau ada event barulah berani nak bergambar gan selebriti ni sb tau time tu depa bekerja

    BalasPadam
  10. Amboiii seronoknya dapat jumpa dengan selebriti tv...pasti teruja...elok orgnya...xsombong dan boleh berselpie...mcm nilah contoh selebriti yang baik...tidak sombong...suka tengok muka dia yang hensome tu...haahaha...nice sharing sis...

    BalasPadam
  11. The only celebrity I pernah jumpa K Pop idol masa kat airport Chiangmai. Memang rasa teruja time tu. Seronok la u all dapat jumpa and berselfie sekali time tu.

    BalasPadam
  12. Segan juga nak approach artis ni. Pernah naik escalator sekali dengan Amy Search tp segan pulak nak ambil gambar dengan dia. Haha.. eh Dania besarnya dah sekarang ya. Tinggi betul dia.

    BalasPadam
  13. Tengok juga sebenarnya. Ada jenis selebriti asyik nak ada privacy je. Kalau jenis ramah, ai is okay je nak ajak bergambar 😊

    BalasPadam
  14. Klau nak tau dulu khai pernah viralkan Dr Say sampai la dia popular penangan artikel Dr Sado. Hehee dia ni x pernah sombong sesuai gn title dia as doktor

    BalasPadam
  15. Bestnya dapat jumpa artis hehehe kita tak sempat nak bergambar dengan artis sebab semua lari wakakakak.. Kita pun pemalu segan nak bergambar dengan arti ni hehehehe... Dr Say tengok kat dalam My Doktor jer wakakakak..

    BalasPadam
  16. memang terujakan kalau dapat jumpa artis. lagi2 kalau betul betul minat.. lagi la happy.. dah lama saya tak jumpa artis huhu.. mungkin pernah tapi tak perasan.. hihi

    BalasPadam
  17. she's quite pretty! anyway you are so lucky to meet them! i never really meet any celebrity on the street, maybe i can never recognize them haha

    Invest in PRS to get Tax Relief!

    BalasPadam
  18. cantiknya artis perempuan tu..oo yang my doctors tu ada juga tengok sekali sekala..lupa lupa ingat muka dia..tapi abdan dia tegap kan..hehee..boleh pulak anak lari kan..hehhee..tapi nasib bergambr dengana rtis wanita tu..akk pulak bergmbr dengan doktor..hehe

    BalasPadam
  19. Si Dr orangnya ramah ya... senang klo ada seleb macam nih yg baik hati murah senyum.

    BalasPadam
  20. Hmmm...tgk keadaan jgk suasana tpt artis tu berada,kalau artis jenis yg tak sombong mgkn Josiah klu nk berselfie dgn peminat

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...