Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, March 9

Kembara ke bumi Siam : : Hat Yai

Pagi kami breakfast kat Saneha. Staff hotel kata cafe ni halal. Hotel dah termasuk breakfast untuk 2 orang. Dania ajer yang kena bayar. 


Ramai yang breakfast pagi ni. Saya tengok muka kebanyakkannya orang cina. Mungkin orang cina Malaysia sambut Tahun Baru Cina ni di Thailand. 


Ada banyak pilihan kat sini. Menu apa menjadi pilihan hati? 


Ni lah sijil halal Thailand.


Saya repeat 2 kali mee ni. Mee yang sama dalam Tom Yum Kung Secret Recipe. 


Nasi Goreng pun ada. 


Telur ni berbentuk hati jadi saya bentukkan jagung dan lobak merah jadi I Love You. 


Tak ragu-ragu nak makan kat coffee house Saneha ni. 


Lepas breakfast, kita jenjalan area Hat Yai ni. Memang best kalau hotel ni terletak kat bandar. Nak gi memana jalan kaki ajer. Save jugak minyak kereta. 

Lepak kejap kat luar ni. Takde orang pun masa ni. 


Memang di mana ajer ada Thai Massage ni. Yang tak best nak urut kaki ni duduk kat kerusi ramai-ramai. Saya tengok tukang urut lelaki pun ada yang mengurut perempuan. 


Ni restoran Hamid yang kami makan malam sebelumnya. 


Centara ni memang sebelah Shopping Complex Central. 


Sepanjang kat sini tak pernah la merasa naik tuk tuk. Kami jalan kaki ajer. 


Shopping heaven betul kat Hat Yai ni. 


Belum raya pun dah ada ketupat daun palas. 


Kreatif sungguh. Anak patung yang dikait. 


Saya ni banyak ambik gambar ajer. Membelinya idak jugak. Hasil kayu pulak. 


Patung Buddha. Selalunya gambar pakcik perut buncit. Ni patung budak pulak.  


Haa ni madu pulak. Siap sarang lebah lagi. 


Huiiiii banyaknya bunga. 


Memang busy betul bandar Hat Yai ni. 


Buah apple besar-besar. 


Lepas check out, kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar. Nak masuk Thailand kami masuk ke Bukit Kayu Hitam. Nak keluar kami ke Perlis pulak. 

Ni antara jalan dalam yang kami lalu. Jalan ni memang dekat dengan border Padang Besar. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit. 


Sebelum keluar ke Malaysia singgah makan kat area Thailand dulu. Pakcik yang ambik order ni rugged lah. 


Hubby beli pulut mangga ni kat luar kedai. Dania nak makan pulut mangga ni ajer. 


Nasi goreng kampung hubby punya. 


Disertakan dengan ulam-ulaman dengan sambal belacan. 


Saya order nasi goreng belacan. Ada daging, telur dan mangga. Sedap sangat!!!....


Adam Restaurant tempat kami makan. Area sini takde la nampak kedai yang lawa sikit. Semuanya kedai lama. 


Ni bandar Padang. Padang ni kat Thailand. Padang Besar kat Perlis. 


Tesco Lotus ni memang banyak kat Thailand. Baik kat Krabi ataupun Phuket. 


Nak keluar ke border ni tak mengambil masa yang lama. Sangat smooth berbanding masuk di Bukit Kayu Hitam. Nak cop keluar passport, imigresen Thailand tu kenakan RM1 / passport. 


Kami sempat la menunaikan solat jamak kat Masjid Negeri Kangar ni. 


Selesai sudah kisah percutian kami di Thailand :-) 

4 comments: