Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, March 23

Susu Dutch Lady PureFarm

Saya dan Dania berpeluang untuk ke Majlis Pelancaran susu Dutch Lady yang sedia untuk diminum. Dutch Lady didatangkan dengan rekabentuk yang baharu dengan nama Dutch Lady PureFarm. Nama Dutch Lady PureFarm diinspirasi dari warisan susu negara Belanda sejak 140 tahun yang dahulu.  

Dania bergambar dengan abang dari negara Belanda. 


Sheahnee Iman Lee selaku pengacara majlis. 


Anja Henze selaku Marketing Director Dutch Lady Malaysia. Menurut kajian yang dilakukan oleh Nielsen Retail Audit Peninsular Malaysia MAT Dec 2014 (Liquid Milk), susu yang sedia diminum Dutch Lady merupakan pilihan nombor satu di Malaysia. Wah.....hebat bukan?....Give them a big clap....


 Perasmian susu sedia diminum Dutch Lady. Kuatnya lah bunyi meletup itu. Nasib baik tak terkejut. ohhh saya tipu sebab saya memang terkejut. Hehehe. 


Jom Jom Jom minum susu yang sedia diminum Dutch Lady PureFarm. 


Ada sesi diskusi diantara Anja Henze dan Loo Mei Fong selaku pakar nutrisi Dutch Lady. 


Boleh ambik gambar dengan mulut bermisai susu. 


Ada game juga. Saya dan Dania cuba load timbangan ini dengan rumput seberat 2 kg dalam masa yang ditetapkan. Yay team ummi dan Dania berjaya. Tak tengok tu haa bersungguh saya berlari wei...


Jigsaw Puzzle pun ada.  


Saya berjaya menyelesaikan jigsaw puzzle ini dalam masa 22 saat. Masa yang diberikan ialah 30 saat ya. 


Kat sini kita kena pakai alat ini. Bagai persembahan 3D di mana kita akan dibawa ke ladang lembu. Terasa macam kita dikelilingi lembu yang sebenar. 


Kita kena merasa susu yang mana kita paling suka. Dania dan saya gemar pada susu penuh krim Dutch Lady. 


Dania bergambar dengan isteri pengacara Jalan Jalan Cari Makan, Naz Habibur Rahman. :-) iaitu Sheahnee Iman Lee. Manis kan beliau? 


 Inilah goodie bag yang saya dapat. Saya suka kotak kayu Dutch Lady ini :-) Ada juga gambar saya dan Dania dengan mulut bermisai susu selain susu Dutch Lady yang sedap ini. 


Kalau nak rasa susu Dutch Lady yang sedap ini, didatangkan dengan perisa coklat, strawberry, kopi, low fat calcium. Oh pilihan saya dan Dania ialah susu Dutch Lady PureFarm strawberry!!!. Ada 3 pilihan susu iaitu susu UHT (Ultra High Temperature), pasteurised dan sterilized milk. 

Bagi meraikan Dutch Lady PureFarm, ada aktiviti yang menarik yang dirancang untuk sesi keluarga. Aktiviti ini akan diadakan di LG floor Oval di 1 Utama, Selangor (18 - 22 Mac), Queenasbay Mall, Pulau Pinang (26-29 Mac) dan Mydin, Seremban 2 (1 - 3 Mei) 

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Dutch Lady PureFarm boleh like page www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my

Eh jap nak minum susu Dutch Lady PureFarm Strawberry-lah :-) 

3 comments:

  1. best nya sis.. dutch lady my fav too.. kami suka fresh milk.. sedapnyaaaa..

    ReplyDelete