Hello eznakhalili.com readers!!

Thursday, March 12

Apa yang menarik di Setia Ecohill?

Ni pertama kali sampai ke sini. Saje-saje nak tengok projek perumahan SP Setia di Semenyih. Kalau jumpa yang menarik boleh la consider. Area rumah saya tu dah terlalu rancak dengan projek perumahan. Dah tak tenang macam dulu. 

Dalam Welcome Center SP Setia ni ada area untuk anak-anak bermain sementara ibu bapa boleh tengok brochure atau bercakap dengan tenang dengan sales person. 


Stop Dania Stop....ada air pulak kat slide ni. 


Kat luar bangunan ni ada park yang sangat cantik. Kawasannya berbukit. Boleh jogging atas bukit yang hijau ni. 


Ramai juga yang beriadah hujung minggu kat sini. 


Ni lah bukit yang saya cakap tu. 


Saya tengok orang dewasa pun syok naik jongkang jongket. 


Comelnya lady bug ni. 


Rasanya syok kalau dapat tinggal kat sini. Ada taman yang luas. Taman ni yang tumpang bermain orang sekitar perumahan Setia Ecohill sebab projek perumahan ni tak siap lagi. Jadinya taman ni walaupun public, ada operating hours. Sebab tak nak bagi orang luar datang selepas waktu ditetapkan takut apa-apa jadi kan. 

Ada beberapa show house kat sini tapi katanya show house ni akan dirobohkan sebab kawasan show house ni akan dibina projek lain. Sayangnya sebab cantik-cantik rumahnya. Tenby School pun akan dibina kat sini. Saya cuma tahu Tenby School ada di Setia Alam. Oh ya....price starting dari RM500,000++ ke atas. 

4 comments:

  1. nampak menarik kawasannya...tapi harga pun pun boleh tahan kan..huhu...

    ReplyDelete
  2. rumah kat semnyih dah mahal kak.. belakang umah ila nie pun tolak tanah je dah 500K

    ReplyDelete
  3. nak tnya kalau hari ahad bleh masuk tak kt sini?

    ReplyDelete