Minggu lepas hari Sabtu jam 3 pagi, kami semua bertolak ke Singapura. Ada berhenti 2-3 kali juga kat perhentian. Tiba Johor Baharu dalam jam 7 pagi. Kami breakfast dulu berdekatan dengan check point Woodlands tu setelah berpusing-pusing cari tempat nak breakfast.
Selepas itu baru mulakan perjalanan ke Singapura. Pagi-pagi ni pun ramai dah warga Malaysia nak masuk Singapura. Since ini pertama kali nak bawa masuk kereta ke Singapura jadinya ini dokumen yang diperlukan.
1. Passport.
2. Salinan Insurans Kereta.
3. Salinan Geran Kereta.
Dah settle dengan imigrasi Singapura, kita kena proceed ke parking area belah kanan untuk beli kad Autopass (Kena tunjuk insurans kereta dan geran kereta apabila diminta. In our case mereka tak tengok pun). Fungsi Autopass sama dengan kad Touch N Go kita. Nak top up selebihnya kena pergi ke 7 - 11. Kami tiba di Ibis on Bencoolen dalam pukul 11 pagi. Alhamdulilah boleh check in awal sebab saya booked hotel twin bed dengan extra benefit. Diantara extra benefit boleh check in awal dan late check out pukul 4 petang.
Bilik air Ibis on Bencoolen.
Diantara extra benefit ini ialah smart phone yang boleh kita bawa keluar. Kami gunakan sebagai GPS dan bila nak surf tempat makan menarik.
Published rate agak mahal berbanding pembelian dari internet. Saya booked dengan harga SGD 100++. Rehat kejap kat hotel sebelum JJCM ke satu restoran yang saya aim nak pergi. Jalan kaki dalam 13 minit yer.
Jalan berpandukan smart phone Ibis.
Memang saya target nak makan kat sini pun. Lauk-lauk semua ni makan untuk seorang yer. Memang cukup mengenyangkan untuk kami 3 beranak. Harga kesemuanya SGD14 termasuk 2 air kosong dan 1 ice lemon tea.
Hajah Maimunah pilihan saya. Restoran ni terletak di Jalan Pisang. Saya google ada 1 di Jalan Joo Kiat juga tapi the one kat Jalan Pisang lagi dekat dengan hotel kami. Meja pun penuh ajer. Kena tunggu kejap baru ada meja kosong.
Selepas makan jalan-jalan area sekitar Singapura ini. Ada juga wall art persis di Pulau Pinang.
Singgah di sini. Kampong Glam ni dekat ajer dengan Masjid Sultan.
Kanan kiri ada restoran, tempat beli souvenir.
Dania nak ambik gambar dengan Mr Robot ni. Kami tak masuk pun museum ni.
Pilih pilih nak beli mana?. Saya beli FM itupun 5 ajer dan pen untuk kawan baik Dania.
Masjid Sultan ni tengah renovation tapi boleh ajer solat kat sini.
Singgah Malay Heritage Center ni.
Uniknya cermin ni. Ambik gambar bertiga pulak.
Jalan jalan lagi sampai nampak kraf seekor ayam ni kat atas penghawa dingin. Siapa la yang kreatif ni?.
Jalan sehingga Alsagoff Arab School pula.
Dah jalan kemain jauh musim panas ni sehingga rasa haus ya amat. Singgahlah minum air sejuk Milo Ais 2 gelas dan teh tarik 1 gelas. Kena pilih pilih nak makan kat Singapura ni sebab bukan semuanya halal. Ada orang tu bad mood sebab letih sangat berjalan.
Tunggu kejap!!! Singgah Fluff ni nak beli kek cawan. Fluff ni terletak berhadapan dengan Hajah Maimunah di Jalan Pisang. Masa makan tadi nampak ramai yang beratur kat Fluff. Bila tanya ada makcik yang makan kat Hajah Maimunah beliau kata Fluff ni kepunyaan muslim. Tu yang terus singgah sini nak try kek di Fluff. Konsep macam Wondermilk kat Malaysia.
Masa kami tiba tu dah takde orang. Idak tadi kena beratur panjang. Jom Fluff!!!
2 kek cawan caramel dan 1 kek cawan blueberry.
Bugis Street ni tak jauh dari Jalan Bencoolen.
Crowded Bugis Street ni.
Ok dah tiba our hotel.
Lobi Ibis on Bencoolen.
Balik ajer hotel terus pengsan tidur. Penat nau berjalan jauh. Malamnya jalan kaki lagi ke Beach Road nak JJCM Dinner pulak. Try sikit Sup tulang merah ni. Katanya 'King of Soup Tulang'.
Kami pilih duduk kat dalam sebab masa nak jalan ke sini ada hujan sikit.
Sup tulang ni makan dengan roti perancis. Tak nampak macam sup pun sebab kuahnya tak banyak sangat pun.
Murtabak yang disajikan dengan timun dan lain-lain.
On the way balik jumpa 2 budak ni pulak. Dania tolong tolakkan troli boleh?.
Nak balik kami ikut jalan lain. Tepi sungai pulak. Macam bersih je sungai kat Singapura ni. Mereka memang jaga betul sungai mereka.
Ibu dan anak di bawah cahaya lampu. Yay akhirnya nak tiba hotel dah. Tempat ni petang tadi happening sangat. Baru pukul 9 malam dah tutup dan lengang area sini. Berdekatan dengan Hotel Bencoolen.
Hari ni ni lah aktiviti kami. Asyik jalan ajer. Penggunaan kasut yang sesuai adalah sangat penting yer.
seronok nyer tgk akak jalan sana sini...saya simpan impian dulu la :)
BalasPadamThanks for sharing..Ini yang buat saya rasa nak repeat gi sane ni...huhu
BalasPadamjauh berjalan lagi luas pengalaman :)
BalasPadam