Hubby menyambut birthday pada 28 Mac 2015 baru ni. Memang hubby tau yang saya dah buat tempahan steamboat buffet kat PICC Cafe Putrajaya. Apa yang hubby tak tau surprise saya. Hehehe...
Kami bertolak ke Putrajaya jam 6.15 petang. Beberapa hari sebelum tu dah tempah pavlova cake kat kawan saya yang tinggal di Putrajaya. Pada hari kejadian, kawan saya kata beliau ada kelas memasak kat Klang nun dan habis kelas pukul 5.30 petang. Dalam hati eh sempat ke nak baking pavlova.
Maghrib kami kat Masjid Besi. Lepas tu bertolak ke PICC Cafe. Tiba dalam pukul 8.15 malam. Masa dapat meja No 8 tu memang sebelum tu dah pakat2 dengan Dania supaya hubby saya tak duduk menghadap pintu (kang terkantoi la kot nampak saya keluar pintu kan). Jadi saya cepat2 cakap ngan Dania...tempat ni tempat saya dan Dania.
In between sempat berWhatsapp dengan kawan suruh hantar pavlova between 8.30 malam ke 8.45 malam tapi kawan cakap nak datang kol 8.50 malam sebab tiba rumah pun jam 7.30 malam dari kelas memasak. Nak baking pavlova lagi. Udah???? sempat ke?....
Ni tempat kami ni. Meja No. 8
Dalam periuk meja kami tu pun dah sedia ada sup tomyam dan ayam cuma nak nyalakan api ajer.
Boleh pilih la nak makan apa.
Ni seleksi makanan laut.
Nak pilih letak ajer dalam bekas ni. Kalau nak ambik banyak bekas ni boleh dibawa bertingkat-tingkat.
Sayurnya i tell you....banyak jenis tau.
Masa tengah makan ni pun saya ada pass kertas kat cashier suruh singer yang tengah menyanyi kat cafe ni wish happy birthday. Oh ya....saya tak sangka pulak ada penyanyi kat dalam cafe ni.
Tengah-tengah saya dan Dania gi washroom dulu. Dania kuar dulu. Dalam washroom jugak my friend call kata dah tiba so saya kena naik tingkat atas nak ambik pavlova. Kena la tengok kanan kiri kot hubby ternampak pulak kan. Hubby masa ni tengah ambik makanan. Dah ambik pavlova sempat la cakap kejap ngan kawan saya tu dan tiba je cafe saya pass kat cashier suruh hantar pavlova kat meja kami.
Masa gi kat meja hubby baru duduk dari ambik makanan. Itu pun nak bangun lagi tapi saya kata nanti la dulu tunggu la makanan ni masak. Padahal saya tak nak hubby takde kat meja masa cashier tu hantar pavlova. Bila hubby tanya kenapa saya tak ambik makanan lagi? Saya kata tunggulah dulu penat la. Dalam hati....ishhh mana lak orang nak hantar pavlova tak hantar lagi kat meja kami?....I was so surprise sebab ada 3 candle kat situ. Rasanya my friend tak letak candle pun. Err hubby nak masuk 43 tahun ok....bukan in his 30's lagi. Hehehe or adakah maksudnya I Love You untuk 3 batang candle itu?. Kali kedua penyanyi menyanyi lagu Happy Birthday. Saya dengar macam atas permintaan isteri. Muka hubby selamba tapi dalam masa yang sama macam terkejut gak tu. Hehe.
Ni gambar kami bertiga sebelum potong pavlova. Eh eh kali ketiga berkumandang lagu Happy Birthday bila hubby potong pavlova. Staff PICC Cafe memang awesome!!!!
Ni lah pavlova special untuk hubby. TQ kin @ Pav's Lover Bakery Tengok la penuh buah pic dan strawberry.
Ni hubby tengah bagi pavlova kat jiran meja kami. 2 orang daripada mereka pernah bekerja di LKIM dengan saya dulu. Kebetulan la pulak tetiba kakak tu tegur saya macam kenal la....Akhirnya memang kenal sebab 12 tahun yang lepas ok....12 tahun dahulu beliau masih cam saya cuma nama je tak ingat.Oh Kak Ainon namanya itupun selepas saya tanya nama sebab dah lama dah.
Oh ya steamboat buffet ni RM30/dewasa dan RM15/kanak-kanak dan dibuka dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Nak tau info dengan lebih lanjut boleh ke info ini
Oh ya steamboat buffet ni RM30/dewasa dan RM15/kanak-kanak dan dibuka dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Nak tau info dengan lebih lanjut boleh ke info ini
Selamat Harijadi abang / ayah !!! Ikhlas dari hati.....hadiahnya sepasang kasut warna hijau gelap. Dalam tak tau nak beli apa tu terus terjatuh cinta dengan kasut ini. Alhamdulilah......Kalau jalan-jalan tu ingatlah orang yang tersayang ni ha.....hehehe...yang macam best tu bila jalan-jalan hari ni saya berkenan dengan satu gadget ni. Hubby kata nanti insyaallah akan beli......oh...adakah kerna sepasang kasut hijau gelap ini atau surprise birthday ini?.....Alhamdulilah.....
Cntik kasut :)
BalasPadamsuwitnyaa heheheh
BalasPadamso sweet lahh..tp muka asben akak tu mcm relaks2 je..hehehe
BalasPadam