Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, March 24

2 Hari 1 Malam di Singapura Part 2

Memang menolong sungguh Smart Phone dalam package Hotel Ibis yang saya ambil ni. Ok....today kita nak pergi ke Sentosa Island. Tak jauh pun dari hotel kami tu. 



Dalam perjalanan saya nampak Hotel Marina Bay Sands tempat Asia's Got Talent. Huiii saya menonton siri ni sekarang ni. 


Kami parking kereta di Imbiah Lookout. Tak sangka pulak jumpa burung merak ni kat parking kereta. 


Risau gak bila nampak signboard ni. Kemungkinan ada serangan burung merak ke atas kereta kita kerana burung merak sangkakan imej di kereta tu imej burung merak yang lain. Haru jugak kalau tetiba burung ni serang kereta kita pulak. Kira kami bernasib baik juga terserempak dengan burung merak ni sebab masa nak balik dah takde dah burung ni. 


Kami tak masuk pun Madame Tussauds ni. Bruce Willis??


Kami di Pulau Sentosa. 


Nak pergi dari satu tempat ke tempat yang lain, kami naik train dalam Pulau Sentosa ni. Kalau naik kereta masuk Pulau Sentosa, jangan pilih  destinasi nak turun di Vivo City yer sebab kalau pilih Vivo City nak masuk ke Pulau Sentosa balik kena bayar lagi. 


Bergambar di spot ini. Tak masuk pun sini. Tumpang bergambar ajer. 


Exactly the same spot yang kami bergambar semasa di Universal Studio Hollywood.  


Singgah makan kat dalam ni. Semuanya kedai dari Malaysia. Cool sangat sebab siap ada tempat  makan Malaysia di Singapura. 
 

Kat dalam ni bukan semuanya halal yer. Kena tengok logo halal di depan kedai. Kedai ni dibina seakan satu bandar. Macam ala ala Kidzania jer. 


Kampung Nasi Lemak ni halal jadi kami beli 1 je la nasi lemak share buat kami bertiga. 


 Lepas makan jalan jalan ke sini. Aiseh Hard Rock ni tak buka lagi padahal dah jam 10 pagi. Saya nak beli fm Hard Rock yang original tu. 


Mata hubby ke mana?...mata hubby ke mana? TQ Dania sebab ambik gambar ummi dan ayah. 


Pokok candy nyumssssss




Beriya le makan lollipop tu haa.....hehehe


Awww comelnya kawan kawan awak tu haaa...Nanti jemput le datang rumah yer....hehehe.... 


  Ni air terjun dream tak silap saya. Siapa nak campak duit syiling?....


 Kami naik chairlift pergi dan balik. Owwwwww gayatnya. Tingginya??? Bangunan tujuh tingkat ok....


Nampak tak kereta kat bawah chairlift depan kami tu?. Ada yang naik chairlift kemudian bila nak turun naik Luge tu. Luge tu nak turun laju sebab turunnya laluan bukit. Eiii gayat jugak. 


 Semua ni tunggu giliran naik Luge. 


Macam Menara Taming Sari Melaka kan? Yeah you are right!.  


Masa ni kami turun bukit ni menggunakan chairlift juga. Hubby dok citer pasal satu Movie yang kami tonton iaitu Frost. Kisah sekawan yang pergi ke tempat ski. Bila nak balik, chairlift ni berhenti beroperasi dan mereka stuck di tempat tinggi. Ohhhhh tidakkkkk tak nak imagine ok....

Anyway, permandangan kat atas ni sangat cantik ok!!!...Dalam gayat tu sempat la ambik gambar. 


Singgah la bergambar di Pantai Siloso.   


 Kejap ajer kami di Pulau Sentosa. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami untuk menikmati makan tengahari di Kampong Glam berdekatan dengan Masjid Sultan. 

Ada juga Restoran orang Turki kat sini. 


Nak parking area sini jangan lupa beli kupon letak kereta di 7 Eleven. 


Kami pilih Kampong Glam Cafe. 


Banyak restoran halal area Kampong Glam. Lain kali anda berkunjung ke Singapura boleh la ke area Kampong Glam yer. 


Jom makan nasi berlauk. Dania makan nasi putih dengan ayam goreng berempah pun dah ok. 


Deretan kedai kat Kampong Glam. 


  Sebelum balik singgah tengok gadget kat sini. Tak ingat apa nama tempat ni. Ala ala Lowyat kat Malaysia. 


 Tiba je Johor, kita ke Masjid Negeri dulu. 


Makan malam kami di Restoran Singgah Selalu di JB. 


 Otak-otak ni kena beli 1 bekas ni. Takde jual 1-1 yer. 


Nasi Goreng Singgah Selalu. 


Nasi Goreng Patayya. 


Sup ekor goreng. 


Sup ekor pun ada tapi saya tak makan dengan sup pun. Makan gitu je. Itupun saya makan seketul ajer. 


Bihun ladna. 


Restoran Singgah Selalu ni saya rasa saya tak singgah selalu sebab total bill makanan kami RM60++ termasuk air. Rasanya makan kat Singapura lagi murah....

Dah la nak pergi sini pun pusing-pusing gitewww....kami kan bukan orang Johor so agak sesat-sesat jugak la. Hehehe......


 Tamatlah kisah percutian 2 hari 1 malam kami di Singapura. Ada rezeki boleh bawa masuk kereta lagi since boleh pakai lagi kupon letak kereta parking yang 1 buku tu. 

Oh ya kalau plan nak masuk lagi Singapura siap2 top up duit dalam Autopass tu kat 7-11 Singapura sebelum keluar Malaysia.  

No comments:

Post a Comment