Monday, March 2

Kembara ke bumi Siam : : Krabi > Hat Yai Part 3

Saya sambung cerita trip ke Thailand lagi. Pagi ni Dania kata nak mandi kolam kat hotel jadinya bagi dulu Dania mandi. Ni pun lepas kami breakfast kat Sakina kat tempat semalam. 


Kolam renang Dania ajer yang mandi. Nasib la Dania ni mendengar kata. Lepas 30 minit berendam saya dah suruh naik. Masih panjang lagi perjalanan hari ini. 


Lepas check out terus ke Ao Nang nak lunch dulu sebelum bertolak ke Hat Yai. 


Hari ni makan kat Hasna Palace ni pulak. 


Banyak restoran halal berdekatan dengan Hasna Palace ni. 


Deko dalam kedai. 


Restoran halal yang berdekatan. 


Hidangan tomyam ni menjadi pilihan. Ikan pun ada dimasukkan ke dalam tomyam. 


Lepas dah makan kita gerak ke pantai Ao Nang nak ambik gambar dulu sebelum memulakan perjalanan ke Hat Yai. 


Gambar ni mintak tolong ada tukang urut jalan jalan kat pantai nak promote service urut dia. Aisehhh beberapa kali mengajar beliau ambik gambar guna DSLR akhirnya inilah gambar yang jadi. Gambar sebelum ni langsung takde. milkysmile


Ok gambar last kat pantai ni. Cantik pantainya. Lautnya warna biru. 


Ada jumpa orang Malaysia dari Melaka kat sini. Ada juga mintak tolong ambikkan gambar kami bertiga. 


Perjalanan di tengah bukit ni. 


Ambik gambar kat patung Buddha yang sedang berehat. Besar sangat patungnya. 


Saya ambik gambar kat luar gate ni jer. 


Perjalanan tanpa berhenti mengambil masa selama 4 jam. Tiba Hat Yai jam 7 malam. Dalam perjalanan Hotel Centara dah call tanya kami jadi ke menginap kat sini sebab mungkin ada orang nak duduk sini. Hotel ni taraf 4 * dan terletak kat bandar Hat Yai. 


Ada shower tapi takde bath tub. 



Boleh buat coffee juga. 


Hotel ni syok. Kami jalan kaki ajer. Ini dulu kena serbu. Pulut mangga favourite Dania. 


Ada cam pasar malam luar kaki lima hotel. 


Udang ni sangat besar. 


Ketam pun ada. 


Ni lah bandar Hat Yai yang sangat busy. 


 Dinner di Hamid Restaurant. 


Somtam seafood. 


Ikan 3 rasa, somtam seafood dan telur dadar.


Lepas tu sambung jalan-jalan lagi. 


Saya ada beli fridge magnet kat sini. 1 packed 100 Baht. 


Kalau tak nak makan kat restaurant boleh makan kat gerai kecik macam ni. Ada few makanan saya nampak muslim. 


Nak beli sotong gelek kat sini tapi baru nak asap arang. 


Besarnya udang ni....harga 200 Baht seekor. 


Main tunjuk-tunjuk udang tapi tak beli pun. 


Lagi seafood yang gemuk-gemuk kat sini. 


Ingat nak beli pulut durian tapi peniaga ni siap merasa durian ni guna jarinya yang berwarna hitam. Patah selera. 


Kami masuk dalam Pink Lady Complex. Memang bukan kaki shopping. Langsung tak beli apa-apa. 


Hubby nak beli sotong gelek juga akhirnya jumpa kedai muslim. 


Sotong di bakar dulu. Baunya sangat kuat. 


Kemudian digelek. 


Kat luar hotel pun ada jual minuman dan makanan ala ala Hotel Puteri Pan Pacific kat PWTC kalau ada pameran.  


Ni dalam hotel ni ada waktu Malaysia. 


Lobi yang agak luas. 


Masuk bilik berehat dulu. Esok kami akan breakfast di cafe hotel yang halal. 

4 comments:

  1. haaa besar nyer udanggg...wahhh mewah nyer makannn...sedap nyer!

    ReplyDelete
  2. sedapnya pulut mangga tu.tak pernah makan lagi sotong gelek.dah lama plan nak ke siam tapi duit tabung belum penuh.hihi.

    ReplyDelete
  3. menariknya ezna.. udang tu nampak menarik.. tapi nak beli pun cam was was sebab udang tu telanjang lama sangat kot hehe

    ReplyDelete
  4. Ezzz...

    One day I nak jumpa u..
    I nak dapat details sedetails2 tentang trip u ni...

    I nak pegi ngan family end this year lps UPSR :)


    bestnyaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails