Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, March 17

Dettol Healthy Fresh Body Wash perlindungan dan keharuman sehingga 12 jam

Bertempat di Capri by Fraser yang terletak di Bangsar South, Dettol memperkenalkan variasi yang diperbaharui iaitu Dettol Healthy Fresh Body Wash.

Para media dihidangkan dengan refreshment sebelum majlis bermula. 


Dania saya bawa sekali sebab sekarang ni kan cuti sekolah. Janji dah minta izin organizer yer. :-) Sebelum majlis bermula, kita bergambar dulu dengan Nana AF. Kurus je orangnya. 


Close up celebrity mama yang mengamalkan cara hidup aktif. Nana memakai warna baju mengikut tema warna Dettol. 


Air yang sangat menyegarkan iaitu air timun. Saya dah cuba. Boleh tahan rasanya. 




Kerusi pun ikut warna tema Dettol. 


Majlis dimulakan dengan persembahan Zumba. 


Marketing Manager Dettol, Mr. Rakesh Kumar Singh melancarkan Dettol Lasting Fresh Variant. Daripada survey yang dilakukan, 83% pengguna menyukai variasi ini. 

Beliau percaya Dettol Lasting Body Wash adalah variasi yang terbaik untuk setiap rumah di Malaysia bagi melindungi dan keharuman berpanjangan sehingga 12 jam. 



Mr. Rakesh Kumar dan Nana Mahazan memperkenalkan produk terbaharu daripada Dettol. 




Mr Steven Chow, pakar dermatologi memperkatakan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri terutamanya negara kita yang bercuaca panas dan lembap. 

Penjagaan kebersihan diri yang betul terutama penggunaan produk sabun anti-bakteria akan dapat membantu menentang kuman dan mengelakkan bau badan. 


Variasi yang diperbaharui Dettol Healthy Fresh Body Wash boleh didapati dalam 4 variasi. 

i) Dettol Lasting Fresh Body Wash. (Baharu). Saya pilih bauan ni. Wangi sangat.
ii) Dettol Cool Body Wash. 
iii) Dettol Fresh Body Wash. 
iiii) Dettol Re-energize Body Wash. 

Dettol Healthy Fresh Body Wash ini boleh didapati dalam botol 250ml (RM6.90), 500ml (RM11.90), 950ml (RM17.90) dan pek isian semula 900ml (RM15.25) dijual di semua kedai di Malaysia dan sesuai untuk digunakan oleh satu keluarga. 


Para media juga dijemput untuk menjamu selera di Caprilicious Capri by Fraser. 


Seleksi makanan yang menyelerakan. 



Saya akhiri dengan secawan teh. 






4 variasi Dettol Lasting Fresh Body Wash, yang mana satu pilihanmu???

3 comments: