Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, December 23

Janda Baik Part 1

Ni hubby punya plan ni. Kalau boleh nak gi bercuti sebelum Dania masuk sekolah. Nak cuti week sebelum sekolah buka takut jalan jam. Bertolak dalam pukul 10 pagi dari rumah lepas breakfast. Tiba hotel awal tapi tak boleh check in sebab check in kol 3pm. 69km ajer dari rumah me. Perjalanan mengambil masa 1 jam ajer. Me just check nama je la. Lepas tu pusing kat area Janda Baik ni, makan kat gerai kakak ni. Gerai ni terletak kat sebelah sungai jadi boleh dengar air sungai tu mengalir. 


Sempat juga main main air kat sungai berdekatan dengan hotel kami. Setakat basah kaki ajer.


Dania takut2 nak main air kat sini. Takut terjatuh dan basah baju. Jarang2 me bawak Dania bercuti kat kawasan sungai. Air sungai ni sejuk sangat. 


Ni kawasan chalet yang terletak berdekatan dengan sungai. Tapi bagi me cramp pulak nampak chalet ni sebab nampak sempit. 


Masa naik mendaki bukit, ternampak pakcik ni jual rambutan, durian dan petai jadinya kami turun bukit menaiki kereta dan singgah makan durian kat sini. Nak bawak balik hotel tak dibenarkan jadinya makan kat sini ajerlah. Awwww durian pakcik ni mengancam. Me yang tak berapa makan durian makan sampai berulas ulas. Lemak berkrim. 


Ni dalam bilik superior king ni kat Cherengin Hills Convention & Spa Resort Janda Baik. Abaikan barang2 tu yer...hehe. Bagi kami okaylah kan. Bilik kami kat bawah sekali jadinya bertutup langsir ajer sebab sebelah bilik kami tu swimming pool. 


Ni lorong kat pintu keluar bilik hotel kami. Ada tempat nak masak air. Sayangnya peti ais takde. Me siap tapau pavlova dan cuppies yang beli all the way dari Kinrara. Kena makan cecepat la pavlova itu. 


TV kat bilik ni yang model terbaru. 


Lepas ni rehat-rehat sebelum makan malam di........................next entry :-) Dinner kami jam 6.30 petang. 
Ingatkan Janda Baik ni kawasan rata rupanya kawasan berbukit. Bukitnya tak la setinggi Genting tu. 

4 comments:

  1. haha... hari ahad ritu akk pun gi waterfall... otw beli doyan gak... sama plak...

    ReplyDelete
  2. Janda Baik memang best kan kak ezna..tenang jer ada hutan2, ada sungai dan makanan pun ala2 kampung...haishh bila nak gi lagi ni..

    ReplyDelete
  3. Berapa harga 1 mlm kat sini?

    ReplyDelete