Thursday, December 19

Arabian Bay Suite Part 2

Ni entry masa me and family cuti2 Gambang. Entry sebelumnya di sini. Punyalah lama entry ni nak keluar yer....hehe. Ok...paginya dapat breakfast untuk 4 orang for free. Kami 3 orang ajer. Tempat makan sangatlah luas. 


Ada beberapa station. Station telur, mee, dan lain lain. 


Ni sarapan me ni :-) Dimulai dengan waffle dan bubur nasi. 


Me sempat bergambar dengan pengacara baru Safiyya yang kebetulan tengah makan dengan krew Safiyya. Beliau duduk kat meja tak berapa jauh dari me and family. Me approach Bella ni masa kat bilik air. Hehehe. Terus la dengan selambanya suruh krew Media Prima ambikkan gambar kami. Bella ni sangatlah teruja then sempat minta alamat blog kat meja makan me. Hehehe. Sorry ya Bella, baru sekarang sempat update :-) Anyway nice talking to you. 


Lepas makan ke Gambang Water Park menaiki kereta. Dania siap2 pakai baju mandi kat dalam dan luar just sarung T Shirt ajer. 


Ni me snap operating hour Gambang Water Park. 


Lepas dah mandi. Err tak dapat lelama pun mandi sebab hujan turun dengan lebatnya. Me ada juga mandi even hujan turun. Hehehe....Hujan lebat so decide gi tukar baju dan terus makan kat sini. 


Lengang ajer kat food court ni. Pilihan makanan tak banyak la pulak. Lapar so order je kat sini. 


Locker ni memang sewa sebab nak letak sume barang kat dalam tu. Just scan di tempat scan locker ni dan locker kita akan terbuka. Ni photo dah nak balik ni. 


On the way back rasa badan seram sejuk dah. Errr tu lah dok main hujan kan. Hubby dan Dania tak demam pulak. Cuma lepas me baik, jangkit kat Dania pulak. 

Anyway, seronok sebab bilik hotel + breakfast dah dicover oleh LiteFM :-) Thank you LiteFM :-) 

2 comments:

Related Posts with Thumbnails