Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, August 30

Semangat Patriotisme

Masa me bercuti kat Gold Coast Australia, kalau berkesempatan menonton TV Australia mesti ada highlight pasal Gotye. Rupanya TV Australia highlight pasal Gotye sebab beliau warganegara Belgium yang mengikut keluarganya migrate ke Australia. Gotye memenangi 3 Grammy Awards dalam 55th Annual Grammy Awards yang kebetulan jatuh pada 10 February 2013. Me bercuti kat sana pada 8 Feb 2013 - 16 Feb 2013. 

Me tau lagu Gotye satu ajer Somebody That I Used To Know. Itu pun sebab me selalu dengar station music Red FM dan Mix FM. Dania kata lagunya ada sedikit unsur lagu Angry Bird. Hehehehe. Nak ceritanyanya semangat patriotisme sangat tinggi. Kalau ada warganegara kita yang menempa kejayaan di luar negara mesti kita bangga kan. Contohnya macam Allahyarham Sudirman yang berjaya mengharumkan nama negara kerana dapat mengadakan konsert di Royal Albert Hall. Itu dalam bidang hiburan. Bidang yang lelain pun sama la jugak. Dalam bidang lakonan, Dato Michelle Yeoh dapat berlakon citer James Bond. 

Dalam bidang pendidikan Dato Dr Afifi. Boleh refer kat wikipedia ni. Beliau merupakan anak Malaysia yang pertama dilantik menjadi pensyarah di universiti yang terkenal di dunia iaitu University Of Oxford. Wahhh Dato ni sebaya dengan me lah.....

Source : Wikipedia

Mementang le nak menyambut Hari Kemerdekaan kan....entry me ni bertepatanlah kan :-) Masa me dan family jalan-jalan kat Surfer's Paradise, ada seorang ni tegur me Singapura? Me kata tak.....Malaysia. Seronok sebenarnya dapat berjumpa rakan senegara kat negara asing. Semangat kenegaraan kita makin menebal. 

4 comments:

  1. klu duk Malaysia, jumpa orang senegeri pun dah seronok
    inikan pulak di oversea, klu jumpa orang senegara konpem lagi seronok

    apepun, salam kemerdekaan

    ReplyDelete
  2. pernah "rasa" itu masa pergi jepun :)

    ReplyDelete