Rabu, Ogos 7

Baju raya siap!!!!

Lama dah tak berupdate blog ni. Lappy buat hal lagi...grrr grrr sabar sabar bulan puasa ni :-). Baju raya dah siap sepenuhnya. Sorang dapat 2 helai. Tema pink dan purple dan maroon. Baju Dania peplum purple dengan kain polka dot. Baju kurung me pulak dari kain cotton vietnam hasil pemberian adik. Tq Eja :-) Mr hubby pulak baju melayu siap dari Kompleks PKNS. Beli hari ahad baru ni. Warna purplish pinkish dan ada biru sikit. Niat di hati nak cari kat Jalan TAR. Hampa sebab hampir semua akses ke Jalan TAR ditutup. Haishhhh....habis tu buat jalan nak buat apa kalau nak tutup semua?. No wonder ramai yang parking atas divider je. 

Baju raya kedua, malas pulak nak letak kat dalam ni. Tema maroon pulak. Kain baju me memang dah ada so tak payah nak beli baru. Buat apa yang ada je. Kebetulan warna pink dan purple dan maroon jadi buat tema warna tu je la. Dak gitu? Hehehe....


Baju raya me and Dania dibuat seawal 2 bulan sebelum puasa dengan tailor favourite me kat Kompleks PKNS, Shah Alam iaitu Azlinah Enterprise. Memang serasi dengan jahitan Kak Ina ni. 

You alls tema apa tahun ni? 

1 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Karnival Udara Antarabangsa Melaka

Lambat sikit post yang ni keluar sebab lepas pergi Karnival Udara ni kena batuk-batuk dan demam. Kami ke Karnival Udara dan Antarabangsa Mel...