Khamis, Ogos 8

Pengalaman Hari Raya Pertama 2013

Salam Aidilfitri semua. Ni baru balik dari Seri Perdana. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Pagi kami solat di Masjid Putra di Putrajaya. Terasa macam kita ni yang orang asing. Dengan pak arabnya, dengan orang Indonesianya, dengan orang Bangladeshnya. Memang penuh dan sangat packed. Kami tiba pun dalam 8.15am.

Hubby solat sebelah orang Bangladesh, ehmmm hubby kata 7 kali angkat takbir tujuh kali le bau semerbak. Errr pakai deodorant tak? Hubby terpaksa tahan nafas. Me and Dania solat kat kaki lima masjid sebab dalam tu dah penuh bebeno. Kena datang pukul berapa la gamaknya leh solat kat dalam tu yer....masa nak balik berderet beratur Bangladesh dan Pak arab nak ambik gambar ngan Tun Dr M. 

Lepas tu bertolak ke Seri Perdana. Beratur dalam pukul 9.55am. Kol 11.00am baru boleh masuk ke dalam. Deretan menteri termasuk PM kita. Budak kecik dapat duit raya. Orang dewasa dapat kuih raya + mug. Dania pun dapat jugak. Makanan punyalah variety. Sate ada, laksa, pau, soto ayam dan lain lain lagi. Clown pun ada. Persembahan semua lagi. SAYANGnya me bawak DSLR tapi......SD Card lupa nak masukkan. Huiiiiiiii rugi besar sungguh takde gambar. Selalu jugak jadi macam ni...Heheheh 

Inilah pengalaman pertama dan mungkin yang terakhir. Bab beratur tu yang me tak tahan....till then....Selamat Hari Raya. Nak bertolak ke Ipoh dah ni. Sempat lagi...hihihi.....

1 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Beriadah berbasikal dan brisk walk

Hari Jumaat sehari selepas perayaan Deepavali, kami beriadah di Taman Canseri, Presint Diplomatik Putrajaya. Cuaca nampak baik petang ni.  S...