Isnin, Ogos 26

2 hari di Hari Raya

Raya pertama tak sempatlah nak beraya sebab dalam perjalanan ke Ipoh jadinya Raya kedua sedang berkira-kira nak melawat sanak saudara dan teman tersayang. Mula2 ingat nak terjah rumah my friend Jona tetiba my friend Jona call kata kalau nak datang dalam pukul 11am. So, kami pun singgah la rumah sepupu di Kg Kepayang Fair Park.  Opps kat rumah tu tak pulak ambik gambar. Ada 2 orang sepupu perempuan me. Kak Pi dan Tak. Ibu mereka kakak my mama. Baru je meninggal. :-( Ingat nak singgah rumah ibu saudara me yang lagi satu kat Kg yang sama tetiba nampak kereta anak mereka lalu depan rumah sepupu me ni. Singgah jugak rumah ibu saudara me tapi takde orang la pulak :-). Dari situ terus ke rumah Jona. 

Sempat la me ambik gambar anak2 Jona dan Dania. Dari kiri : Fakhri, Dania, Airil dan Fitrah. Dah lama dah mereka ni berkawan. Dari Fitrah takde adik sampai Fitrah ada dua orang adik :-)


Wah wah wah Fakhri lentuk manja kat kakak Dania yer....


Ni baju raya kedua me ni. Tudung ni sangat comfy jadinya jangan terkejut banyak gambar pakai 'tudung raya' ni....Tudung Hari Raya pertama warna purple.....(baru perasan ada tema purple jugak kat tudung. Memang my favourite colour pun....)

Jona and me


Ni baru gambar dua dua tengok kamera. 


Hubby me dan hubby Jona 


Masa pergi rumah ibu Jona, adik beradik semua beraya kat rumah makcik mereka. Jona cakap ibunya tukar lapik meja sebab dengar me nak datang. Actually memang setiap tahun kalau me ada kat Ipoh memang singgah rumah my friend ni sebabnya rumah ibu saudara me tu sangat dekat dengan rumah Jona :-) Ibu Jona panggil me Na....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.